CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Lelaki Norman Hakim Dah Mula Tanya Tentang Pasangan Hidup

5-10-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9891| Komen: 49

Description: Pelakon, Norman Hakim berkongsi anak terunanya, Danish Hakim yang kini berusia 22 tahun mula bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan hidup.
Pelakon, Norman Hakim berkongsi anak terunanya, Danish Hakim yang kini berusia 22 tahun mula bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan hidup.

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, menyarankan kepada anak lelakinya itu untuk mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT.


Kredit foto: IG


"Kali ini, abang Danish memetik mengenai teman hidup. Yang mana dia bertanya sama ada perlu ke pada usianya untuk mencari pasangan hidup? Itu topik utama pada hari ini.

"Untuk memendekkan cerita, pada penghujung perbualan saya meminta Danish untuk fokus kepada impian dan cita-cita terlebih dahulu kerana pasangan yang tepat akan muncul apabila tiba masanya.


"Walau apapun, keputusan dan pilihan terletak pada tangan Danish. Mohon bantuan dan petunjuk dari Allah SWT. Maka, berakhirlah perbualan kami pada hari ini.

"Kami jika duduk bersembang 18 jam pun tak pernah cukup. Perbualan kami juga mengenai pelbagai topik dan tidak berbatas kerana antara ayah dan anak," katanya.



Menurut Norman, lazimnya jadual harian anak sulungnya itu padat dengan jadual mengajar mengaji setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam.

Oleh itu, Norman memanfaatkan hari cuti Danish iaitu Isnin untuk bersenam bersama-sama. Selain turut melatih anak lelakinya itu, dia juga berkongsi rutin pemakanan sihat kepada wargamaya. 




Biarpun bergelar bapa kepada enam orang cahaya, mata namun Norman dapat mengekalkan bentuk tubuh ketika zaman bujang, malah fizikalnya lebih sasa berbanding sebelum ini. 





Ramai pengikutnya di Instagram meninggalkan komen mengagumi tahap disiplin suami Memey Suhaiza itu, dalam menjaga bentuk badannya supaya kekal berotot dan tegap. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-10-2021 01:04 PM
terbaik...buktikan anda bleh kalahkan ayah anda...kawin 4 dik
Quote Nenasketum 5-10-2021 01:18 PM
Ewwww, gang Ebit Liew. Duit tuuuut ada dapat skali kot? Hehehehe
Quote Kurex 5-10-2021 01:25 PM
Dapnyehhhhhh
Quote inspektoremos21 5-10-2021 01:25 PM
Eh 22 dah umur danish ni. Meols ingat kan dia still budak sek.
Quote namr 5-10-2021 01:45 PM
Dh 22 ke budak ni?rasanya baru baca itu hari 17tahun
Quote Orangelily 5-10-2021 02:01 PM
namr replied at 5-10-2021 05:45 AM
Dh 22 ke budak ni?rasanya baru baca itu hari 17tahun

ye laaa..rs bdk ni baru 18 thn. ari tu kan sibuk nk kenen dgn ank girl ns aym pariiiihhh
Quote tootii 5-10-2021 02:06 PM
laaa ingatkan jadi berbesan ngan nasik ayam paris .. kemain ari tu kenen2 kan derang ..
Quote Orix 5-10-2021 02:08 PM
geli plak tgok gmbar elelew tersengih cmtu
Quote awanysss 5-10-2021 02:16 PM
Orix replied at 5-10-2021 02:08 PM
geli plak tgok gmbar elelew tersengih cmtu

meols baru semalam unfollow ig and unlike fb heols..
tiber rasa jijik walaupun belum terbukti..
Quote miss_perfect 5-10-2021 02:21 PM
Wahhh dah 22 tahun rupanya.

Teringat time bertunggu tangga kat forum ni masa kes normiang dgn memey vs abby dulu. Aku ingat ada org kata muka dia ni cam hamid gurkha
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 03:46 PM
Ahhh demmmmm
Patah selera tengok bibit
Quote apedehal 5-10-2021 04:05 PM
Bagus norman ni masit fit n jaga badan dah tau tu punca pendapatan dia.. jauh beza la dgn pacik namron
Quote apedehal 5-10-2021 04:07 PM
Xsangka rapat camni hubungan deyol..baik bermadu je dlu tayah mnx cerai bakyah oi..rugi taw..hihihi
Quote KamikuP 5-10-2021 04:21 PM
Normiang bole bukak citer cara2 nak usung tilam kat  Danish sebelum carik pasangan hidup yaachh..
Quote jiji85 5-10-2021 04:22 PM
ya ampun sis rasa tua yahamat...dah besar dah anak abby ni..
Quote nurkasih74 5-10-2021 06:41 PM
apedehal replied at 5-10-2021 04:07 PM
Xsangka rapat camni hubungan deyol..baik bermadu je dlu tayah mnx cerai bakyah oi..rugi taw..hihihi

Kan???? Ni mesti tgh nyesal..
Quote asfaz 5-10-2021 07:00 PM
[attach]594831[/attach]

Ye ke 22? Ni tulis 17. Norman and Abby kawin 2002. Mana dtg umur 22
Quote kakigojes 5-10-2021 07:26 PM
“Kami jika duduk bersembang 18 jam pun tak pernah cukup..”

Bersembang apa 18jam diknon
Quote kelapaparut 5-10-2021 07:30 PM
Kurex replied at 5-10-2021 01:25 PM
Dapnyehhhhhh

bpknye, budaknye atau ebitliew errkk..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.109274 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top