CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didie Alias Semakin Memilih, Tak Nak Watak Yang Sama

28-9-2021 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1359| Komen: 0

Description: Di saat industri kreatif kini kembali beroperasi, masih ada beberapa kekangan daripada pemain industri sendiri yang masih menolak dan menggunakan alasan tidak bersedia untuk menerima vaksin Covid-19.
Di saat industri kreatif kini kembali beroperasi, masih ada beberapa kekangan daripada pemain industri sendiri yang masih menolak dan menggunakan alasan tidak bersedia untuk menerima vaksin Covid-19.


Bagi pelakon senior, Didie Alias dia tidak menafikan ada antara orang terdekat dan kenalannya yang juga masih berkeras untuk tidak menerima vaksin.

Menurutnya, itu hak mereka, namun fikirkan sedalam-dalamnya jika kerja seni masih menjadi periuk nasi.


Foto: IG

"Saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih memandangkan itu adalah hak masing-masing. Perkara itu (vaksinasi) tak ada paksaan dan bukan wajib, tapi untuk komitmen kerja bila ditetapkan kita mengambil vaksin, sila ambil.


"Tapi, sekiranya ada dalam kalangan mereka yang menolak vaksin itu sudah berjaya dalam cabang lain, contohnya perniagaan atau memang dah tak ada jiwa untuk mencari rezeki dalam dunia seni, tak mengapa. Vaksin mungkin tak penting buat anda," katanya.

Tambahnya, dia sebagai anak seni turut memainkan peranan dalam menyajikan karya hiburan di samping sentiasa mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya pengambilan vaksin.



"Kita pemain industri seni ini juga ada tanggungjawab dan masyarakat ingin melihat kita beraksi di layar. Jadi, untuk terus bekerja dan berkarya, ikut apa yang ditetapkan.

"Baru-baru ini, ada juga kenalan saya yang menolak vaksin. Tapi, saya nampak dia dah mula menjalani penggambaran. Bila saya tanya, dia cakap dia pun dah ambil vaksin sebab nak mula bekerja semua.

"Nasihat saya, jangan terlalu mengikut kata-kata orang yang tak sahih. Tentunya kerajaan sudah mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan keadaan dalam situasi pandemik sekarang," katanya.



Terbaharu, Didie sudah selesai menjalani penggambaran drama seram yang kini ditayangkan di Astro.

"Alhamdulillah, sejak dibenarkan kembali aktiviti penggambaran beroperasi, jadual saya pun dah kembali padat. Ada yang terpaksa saya tolak kerana tak mahu menyusahkan mana-mana pihak," katanya.


Katanya, dia juga terpaksa memilih watak yang ditawarkan untuk mengelak daripada lakonan karakter yang berulang.

"Kalau boleh, saya tak mahu melakonkan watak sama berulang kali dalam masa terdekat. Jadi, cara terbaik adalah dengan menyaring dan memilih watak sesuai sebelum menerima sesuatu tawaran itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038616 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top