CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gores Dan Menang: Masih Ramai Yg Mudah Tertipu

29-11-2013 12:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3737| Komen: 7

Description: Selain Menasihati Orang Ramai Agar Menjauhi Individu Tidak Dikenali Yang Menawarkan Hadiah Istimewa Dengan Cara Mudah Melibatkan Pengeluaran Wang, Hasan Meminta Mereka Melaporkan Kegiatan Itu Kepada K ...
KUALA PILAH: Meskipun pelbagai peringatan dan nasihat diberi pelbagai pihak, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun masih ramai yang terpedaya serta tertipu dengan peraduan gores dan menang di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Hasan Malik berkata antara faktor orang ramai tertarik dengan peraduan ini ialah caranya yang mudah dan hadiah lumayan yang ditawarkan.      


"Modus operandinya ialah mendekati mangsa di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pusat membeli-belah, dan orang yang dikatakan bertuah terpilih untuk memenangi hadiah istimewa daripada 'syarikat' perlu melakukan cabutan kad peraduan yang pastinya akan memenangi salah satu hadiah istimewa seperti kereta sehinggalah wang tunai beratus ribu ringgit.      
      
      
"Mangsa yang telah menggores keratan kad peraduan ini dan memenangi hadiah barangan elektrik perlu ke pejabat syarikat untuk melakukan gores kedua bagi hadiah yang lebih hebat seperti sebuah kereta atau pelancongan ke luar negara mahupun wang tunai beratus ribu ringgit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program jualan kembali ke sekolah di sini hari ini.

Beliau berkata di pejabat syarikat gores dan menang, mangsa akan dipujuk membuat sejumlah bayaran sehingga puluhan ribu ringgit, kononnya bagi proses pengiklanan, insurans dan sebagainya jika mereka ingin memenangi hadiah itu.

Beliau berkata mangsa yang tidak mempunyai wang tunai di tangan akan diminta mengeluarkan simpanan dari bank, dan ada juga diminta menggadaikan barangan kemas.

"Mangsa yang termakan dengan tawaran ini akhirnya akan menyerahkan wang mereka. Mangsa mula menyedari diri mereka tertipu apabila scan kad peraduan itu tidak menawarkan hadiah sebagaimana yang dijanjikan," katanya.      
Hasan, yang juga ahli Parlimen Kuala Pilah, berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 578 aduan berhubung penipuan gores dan menang dikesan kementerian ini yang menyaksikan Kuala Lumpur, Johor serta Negeri Sembilan mencatat kes tertinggi.

Beliau berkata bagi tempoh itu, sebanyak 86 aduan membabitkan kerugian RM836,500 dikesan di Negeri Sembilan.

Selain menasihati orang ramai agar menjauhi individu tidak dikenali yang menawarkan hadiah istimewa dengan cara mudah melibatkan pengeluaran wang, Hasan meminta mereka melaporkan kegiatan itu kepada kementeriannya dengan segera.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 28-11-2013 11:59 PM
yang pling banyak kena confirm org melayu.. nk kaya cepat, tapi kerja malas ya ampun..
Quote salimrock 29-11-2013 12:34 AM
la ada lagi ke gores dan menang ni...

di zaman moden dan canggih ni  pun masih lagi org percaya benda tahyul ni ek..
Quote mrseller 29-11-2013 12:53 AM
@jengkoil
Quote ikan_nemo 29-11-2013 12:55 AM
Mane ader benda free zaman sekarang nieh .... mesti kene jengkaut nyer
Quote nurul_akmar 29-11-2013 03:01 AM
len kali kalau gores n menang kete, ko bg je kat salesman tu balik ko cakap, "amik ni bang. sy sedekah kat abang. bg lah kat sedara2 or kenkawan abang yg xde kete tu. anggap jelah sy wat amal jariah"
Quote anishacute 29-11-2013 03:22 AM
Sasaran utama makcik2 dok kg.. kat bandar dah kena pelangkung dah agen gores menang ni.
Quote shysari 29-11-2013 12:22 PM
Gores dan menang tak kan lapuk dek hujan lekang dek panas..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051436 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top