CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badan Makin Kurus, Ada Benjolan Di Bahagian Kiri Payudara Haiza

21-9-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4261| Komen: 8

Description: Fizikal penyanyi dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin yang susut terjawab apabila dia mendedahkan, timbul satu benjolan di bahagian kiri payudaranya bersaiz dua sentimeter ...
Fizikal penyanyi dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin yang susut terjawab apabila dia mendedahkan, timbul satu benjolan di bahagian kiri payudaranya bersaiz dua sentimeter Jun lalu.


Perkara yang berlaku sekaligus mengundang serangan panik atau kebimbangan kepda dirinya.


Foto: IG

“Apabila dapat tahu fasal benjolan itu, saya mula fikir bukan-bukan. Ditambah dengan situasi semasa pandemik, kebimbangan datang tiba-tiba. Sampai berat badan turun mendadak.

“Selera makan terus tak ada. Saya lebihkan minum air masak. Air manis takut nak minum.

“Dalam masa sama, saya turut memikirkan nasib diri sama ada kontrak sebagai penyampai radio di Media Prima Network (kini dikenali Media Prima Audio) ketika itu.


“Ikutkan saya pernah kena serangan panik sekitar 2016. Tak tahu apa punca. Mungkin juga sebab setahun sebelum itu penat dan terbeban perlu berulang alik dari KL ke Johor bertugas sebagai penyampai radio di Best FM dan komitmen Gegar Vaganza musim kedua,” katanya.



Bagaimanapun, isteri kepada Norhanapfe Omar memaklumkan keadaannya kini sudah kembali baik. Malah benjolan yang timbul di bahagian berkenaan juga sudah lenyap.

“Julai lalu, saya berkeras mahu bertemu pakar di sebuah hospital. Saya buat pemeriksaan mamogram dan Ultrasound. Doktor juga terangkan apa yang terjadi selain proses lanjutan perlu dibuat.

“Untuk kes saya, memang tak perlu apa apa. Malah doktor memaklumkan ‘cyst’ yang wujud juga akan hilang dengan sendirinya. Tapi saya bersyukur kerana benjolan pun sudah tiada.

“Paling penting, sokongan suami, ibu bapa, adik beradik, keluarga jadi azimat. Doa mereka sangat bermakna saat saya berdepan kegetiran sebegitu,” kata calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu.



Justeru, pengalaman sakit dilalui berkenaan turut menjadi asbab dan kekuatannya mengendalikan segmen Santai Siang Bersama Haiza di Buletin FM yang turut mengupas perihal kesihatan.

Selain kesihatan, segmen yang turut diimbangi dengan hiburan dan lagu itu juga merangkumi informasi berkaitan gaya hidup, keibubapaan, tips ekonomi, pemerkasaan dan kerohanian.

Haiza mengendalikan segmen itu setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi sampai 3 petang.



“Dalam apa situasi pun kesedaran itu penting. Jangan biar berlanjutan baru nak bertindak. Semua wanita digalakkan untuk berjumpa doktor jika ada kemusykilan. Jangan cepat buat andaian. Ia akan mendorong kita fikir bukan-bukan.

“Tambah pula setiap Oktober diraikan program kesedaran kanser payudara atau dipanggil Pink October. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

“Ditambah dengan peningkatan usia, bab kesihatan jangan diambil mudah. Jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat.

“Berat badan saya pun mula naik sekarang bila hati sudah tenang dan kembali berselera. Mulalah nak ‘balas dendam’ makan itu ini. Tapi kenalah seimbangkan dengan hal lain termasuk fokus bekerja,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 21-9-2021 10:03 AM
Kesahnye nk upkan segmen die kat radio je ke?
Quote rosmahisham 21-9-2021 01:03 PM
Dia lawa kat mata aku..senyuman dia manis sgt!tp laki sheols x ensem..hi hi
Quote belacan_gurl 21-9-2021 04:05 PM
rosmahisham replied at 21-9-2021 01:03 PM
Dia lawa kat mata aku..senyuman dia manis sgt!tp laki sheols x ensem..hi hi

Haah dia lawa..dulu masa gigi serabut pun lawa gak cuma bila senyum x cantik sbb gigi.. lesbungy pipit dia yg mahal tu
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 12:48 AM
Moga yang baik2 saja
Quote fry 22-9-2021 02:06 AM
antara retis yang bijak mengambil peluang
apa ada peluang  grab dan improvise

utk kekal relevan di dunia retis Malasiee
Quote helicornia 1-10-2021 07:49 PM
rosmahisham: Dia lawa kat mata aku..senyuman dia manis sgt!tp laki sheols x ensem..hi hi

Mmg lawa pun.iols nampak dia lawa sejak GV.and pernah attend event yg dia hadir sbg penyanyi jemputan merangkap MC.cantik sgt
Quote melinda_kerr 1-10-2021 07:53 PM
rosmahisham replied at 21-9-2021 01:03 PM
Dia lawa kat mata aku..senyuman dia manis sgt!tp laki sheols x ensem..hi hi

Yer muka perempuan melayu yg cantik. Bdn pun masih cantik di usia skrg
Quote 3chanceno 1-10-2021 08:04 PM
Semuga sihat..cantik orangnya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.329934 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top