CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Bayangkan Kalau Ada Anak Dan Bercerai" - Cita Citata Tak Menyesal Batal Kahwin

21-9-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3174| Komen: 10

Description: Penyanyi dangdut Cita Citata mengakui tidak menyesal membatalkan perkahwinannya dengan jejaka Belanda dikenali sebagai Roy Geurts pada tahun lalu, lapor Tabloid.
Penyanyi dangdut Cita Citata mengakui tidak menyesal membatalkan perkahwinannya dengan jejaka Belanda dikenali sebagai Roy Geurts pada tahun lalu, lapor Tabloid.


Kredit foto: tabloidbintang


"Itu cuma mencuba sahaja, kalau tak jadi jangan sedih... dalam hal ini saya seolah-olah diselamatkan.

"Bayangkan kalau dah nikah, ada anak dan bercerai itu lebih parah dan menyusahkan," katanya dalam temu bual bersama program Tonight Show pada Ahad.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini berkata, dalam setiap perhubungan haruslah mempunyai persamaan dan tidak boleh dipaksa.

"Saya akan beri kesempatan terlebih dahulu. Kalau tak sesuai dan tak serasi ya tak perlu diteruskan," ujarnya.

Jelasnya, buat masa ini dia memilih untuk memberi tumpuan pada kariernya.



Cita Citata yang terkenal sebagai penyanyi dangdut, kini sedang cuba membawa genre lain yang sesuai dengan minat asalnya iaitu musik jaz dan pop.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 21-9-2021 09:34 AM
Yang aku tau lagu dia tu Sakitnya Tuh Di Sini
Quote sarah82 21-9-2021 10:03 AM
Aku sokong dia.. Bukan sebab apa..

2 hari aku layan postcard reddit tentang spouse curang yg membuatkan anak2 terkesan dan kena dptkan terapi.

Salah satu postcard reddit aku dengar semlm.. Aku rasa sedih sangat.. Sebab mak hanat.. Anak umur 17 tahun terus dapat anxiety attack bila tau mak dia curang dgn lelaki umur 27 tahun.. Tapi puas hati aku sebab cara bapa dia balas dendam kat mak tak guna tu

Bila nikah dan ada anak... Berlaku penceraian.. Yg paling terkesan adalah anak2 tu sendiri.

Quote heythere123 21-9-2021 12:38 PM
sarah82 replied at 21-9-2021 10:03 AM
Aku sokong dia.. Bukan sebab apa..

2 hari aku layan postcard reddit tentang spouse curang yg mem ...

u ada tak link reddit tu? kalau nak baca jugak boleh ke?
Quote sarah82 21-9-2021 01:41 PM
heythere123 replied at 21-9-2021 12:38 PM
u ada tak link reddit tu? kalau nak baca jugak boleh ke?

Jap.. Nak bagi link.. Mmg mcm nuklear bom dia balas kat isteri hanat dia.

[youtube]QcKoVHX_H2g[/youtube]
Quote Konahhh 21-9-2021 11:57 PM
Setuju, couple bertahun pun kalau in the end rasa tak sesuai just be honest. Selagi belum kahwin, boleh lagi ubah pape.
Quote nakkomenjugak 22-9-2021 12:46 AM
Betul.
Keputusan kita tapi kesan kat orang lain
Jangan macam kawan iol
Dah tau laki bewak main dadih
Nak jugak kawen dengan mamat tu
Sekarang rasakan
Quote BlackOpium 27-9-2021 10:42 AM
sarah82 replied at 21-9-2021 10:03 AM
Aku sokong dia.. Bukan sebab apa..

2 hari aku layan postcard reddit tentang spouse curang yg mem ...

Best ke reddit ni kaka Sarah? Meols baru nak berjinak dengan reddit ni. Kalau kaka Sarah banyak story best kat reddit tu boleh share..
Quote sarah82 27-9-2021 10:49 AM
BlackOpium replied at 27-9-2021 10:42 AM
Best ke reddit ni kaka Sarah? Meols baru nak berjinak dengan reddit ni. Kalau kaka Sarah banyak st ...

Kak sarah layan postcard kat utube.. Best juga.. Nanti kak sarah buka thread paste citer menarik dari reddit
Quote BlackOpium 27-9-2021 11:44 AM
sarah82 replied at 27-9-2021 10:49 AM
Kak sarah layan postcard kat utube.. Best juga.. Nanti kak sarah buka thread paste citer menarik d ...

Kalau dah bukak nanti jangan lupa tag ya kaka. Suka baca pasal crime, history, yang unsur2 mystery.
Dah tengok video yang kaka Sarah share tu. Laki punyalah elok provide semua bini masih nak curang. Lain la kalau lakinya tak amik kisah pasal dia ke, duk habiskan duit dia ke, abusive ke. Laki tu cuma 'terjejas' pasal lutut dia je, take time untuk recover.
Quote sarah82 27-9-2021 11:57 AM
BlackOpium replied at 27-9-2021 11:44 AM
Kalau dah bukak nanti jangan lupa tag ya kaka. Suka baca pasal crime, history, yang unsur2 mystery ...

Tu la.. Ni kak sarah tengah layan ttg owner hotel yg dia yakin dia sewakan bilik kepada keluarga vampire.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060904 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top