CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rambut Mayat Keluar Dari Kubur, Tersepit Pada Batu Nisan

18-9-2021 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3548| Komen: 10

Description: California – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan objek didakwa rambut manusia kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapo ...
California – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila  memaparkan objek didakwa rambut manusia  kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapor akhbar The Sun semalam.


‘Rambut’ yang ditemui oleh Joel Morrison, 37, itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di  atas tanah.

Menurut Morrison, dia pada awalnya tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah rambut sebenar.


Foto: Jam Press

“Bagaimanapun, selepas diperiksa, saya mendapati ia sememangnya rambut manusia yang keluar dari dalam kubur tersebut,” katanya.

Video itu dimuat naik di TikTok dengan ramai netizen cuba membuat spekulasi masing-masing mengenai kejadian luar biasa itu.


“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.

Morrison  kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.

“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” ujarnya.

Tambah Morrison, dia merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia adalah rambut manusia. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 18-9-2021 01:59 PM
Video itu dimuat naik di TikTok


aku terus stop baca  
Quote Artemesiaa 18-9-2021 02:02 PM
Awalnya nak Halloween
Quote Supersirap 18-9-2021 08:32 PM
Macam-macam hal mereka ni
Quote dani-rox 19-9-2021 12:20 AM
*Majalah Mastika has entered the chat*


Quote fazamania 19-9-2021 11:42 AM
Anak sapa lah yg derhaka tu
Quote fatinandreanna 19-9-2021 02:15 PM
Klu kat sana lubang kubur tu di simen kan? Tu yg mayat boleh terapung ke atas klu ada banjir besar kt area cemetary sana.
Quote Atata 19-9-2021 02:25 PM
Omg skerihhhh
Quote Cece1234 19-9-2021 11:23 PM
Scary plak tgk rambut tu..
Quote kakikuDibibirmu 20-9-2021 07:17 AM
Mayat keluar dari Parlimen

Quote gideoncross 20-9-2021 08:42 AM
Unicorn, Zombie Apocalypse!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.125389 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top