CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2594|Reply: 10

Rambut Mayat Keluar Dari Kubur, Tersepit Pada Batu Nisan

[Copy link]
Post time 18-9-2021 01:04 PM | Show all posts |Read mode
California – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila  memaparkan objek didakwa rambut manusia  kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapor akhbar The Sun semalam.


‘Rambut’ yang ditemui oleh Joel Morrison, 37, itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di  atas tanah.


Menurut Morrison, dia pada awalnya tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah rambut sebenar.




Foto: Jam Press




“Bagaimanapun, selepas diperiksa, saya mendapati ia sememangnya rambut manusia yang keluar dari dalam kubur tersebut,” katanya.


Video itu dimuat naik di TikTok dengan ramai netizen cuba membuat spekulasi masing-masing mengenai kejadian luar biasa itu.


“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.


“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.


Morrison  kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.


“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” ujarnya.


Tambah Morrison, dia merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia adalah rambut manusia. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 01:59 PM | Show all posts
Video itu dimuat naik di TikTok


aku terus stop baca  
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 02:02 PM | Show all posts
Awalnya nak Halloween
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 08:32 PM | Show all posts
Macam-macam hal mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 12:20 AM | Show all posts
*Majalah Mastika has entered the chat*


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 11:42 AM | Show all posts
Anak sapa lah yg derhaka tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu kat sana lubang kubur tu di simen kan? Tu yg mayat boleh terapung ke atas klu ada banjir besar kt area cemetary sana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg skerihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary plak tgk rambut tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mayat keluar dari Parlimen

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Unicorn, Zombie Apocalypse!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043762 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list