CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Padan Sakit, Seronok Pesta Seks Dan Dadah Di Hospital Covid-19

30-8-2021 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3230| Komen: 9

Description: Sebuah hospital lapangan Covid-19 di Samut Prakan, barat daya Bangkok diserbu pihak polis susulan laporan yang mengatakan berlaku pesta seks dan dadah dalam kalangan pesakit di sana, lapor akhbar Tha ...
Sebuah hospital lapangan Covid-19 di Samut Prakan, barat daya Bangkok diserbu pihak polis susulan  laporan yang mengatakan berlaku pesta seks dan dadah dalam kalangan pesakit di sana, lapor akhbar Thaiger News semalam.


Serbuan dilakukan selepas pasukan perubatan yang mengendalikan hospital menempatkan 1,000 pesakit itu mengadu tentang  sebilangan pesakit terlibat dalam seks beramai-ramai hingga tercetus perbalahan.

Serbuan yang dilakukan Pihak Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand  gagal menemui barang terlarang kecuali 23 karton rokok seludup.


Salah satu hospital lapangan yang didirikan di Bangkok, Thailand. - AFP

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ada menunjukkan bahawa beberapa pesakit keluar masuk di wad lelaki dan wanita tetapi tiada bukti bahawa pesta seks berlaku.

Pesakit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti terlarang itu telah diberi amaran oleh pihak berkuasa dan mengingatkan sebarang kesalahan berulang akan mengakibatkan mereka dipindahkan ke hospital lapangan lain.


Pegawai kesihatan yang bertugas di semua hospital lapangan Thailand sentiasa ditemani oleh anggota  polis dan tentera untuk mencegah pergaduhan, penggunaan dadah atau pesta seks daripada berlaku.


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-8-2021 04:46 PM
Suntik aje varian Delta kat mereka bang. Settle.
Quote Decaffeinated 30-8-2021 04:49 PM
tiada bukti bahawa pesta seks berlaku


dah tu nak juga buat tajuk gempaq?

Quote sharlenetexas 30-8-2021 05:14 PM
Abangkak nyah kat side yg mana satu?
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 05:33 PM
Hamboiiiiii tak boleh tinggal sungguh bangkok life
Quote CikYaYaYa 30-8-2021 08:12 PM
amboiii sempat lagii dalam duk sakit pon
Quote MarryPottet 30-8-2021 10:05 PM
Nama sokabar yg melaporkan pun sama mcm nama aktiviti tarikan sex kat sana
Quote I.K.A888990 30-8-2021 10:38 PM
dah benda free kan
Quote heythere123 30-8-2021 11:00 PM
so, ada je takde sebenarnya?
Quote whitebeard 30-8-2021 11:02 PM
Enjoy life while you still can lah ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049075 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top