CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Yang Penting, Dapur Rumah Berasap,"-Acong Tak Malu Meniaga Manisan

24-6-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6672| Komen: 40

Description: Enggan berpeluk tubuh ketika sedang bergelut meneruskan survival, artis serba boleh, Acong Sweetchild mencari pendapatan lain dengan berniaga manisan.
Enggan berpeluk tubuh ketika sedang bergelut meneruskan survival, artis serba boleh, Acong Sweetchild mencari pendapatan lain dengan berniaga manisan.

Vokalis kumpulan Sweetchild itu mempertimbangkan cadangan isteri, Marya Zuraida berniaga pai keju pelbagai perisa ketika aktiviti seni direhatkan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan hingga ke 30 Jun ini.

Acong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat berkata, tiada apa yang mahu dimalukan apabila terpaksa berniaga makanan dengan mencari sesuap rezeki.

Foto: IG

"Bukan sahaja golongan penggiat seni, malah ramai yang terkesan saat sekatan pergerakan penuh dilaksanakan hampir sebulan lalu. Semua aktiviti seni tidak berjalan, jadi saya ambil peluang berniaga demi meneruskan survival.


"Tidak perlu hendak rasa malu mencari rezeki dengan berniaga. Yang penting, dapur rumah berasap. Sekurang-kurangnya bolehlah tambah pendapatan ketika bergelut dengan era pandemik ini.

"Secara kebetulan, isteri pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Jadi, isteri cadangkan saya jual manisan. Sebelum ini, isteri hanya masak untuk sesi keluarga, sekarang bolehlah orang luar merasainya," katanya kepada BH Online.



Bagi Acong, dunia perniagaan bukan asing buatnya.

"Jika diimbas kenangan berniaga, saya pernah jual cendol santan sawit di Punggol, Singapura pada 2018. Memang tak sangka percaturan saya berniaga minuman menjadi dan tular.

"Ramai suka kerana cendol dijual menggunakan gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan," katanya.




Acong yang pernah menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim kedua bersyukur, isteri terus menjadi kekuatan untuknya mencari rezeki dengan cara apapun.

"Macam saya berniaga manisan, peminat menjadi penyokong tetap dengan membelinya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 24-6-2021 11:28 AM
teringin la pulak nak rasa cendol santan sawit tu bagaimana.
Quote chandrahusin 24-6-2021 11:33 AM
@cmf_premierleag boleh la cari ni pulak
mcm sodap yo ni
Quote sarah82 24-6-2021 11:37 AM
kaedahnya replied at 24-6-2021 11:28 AM
teringin la pulak nak rasa cendol santan sawit tu bagaimana.

Sedap weiii...tak lemak sangat tapi mmg kena la dgn tekak aku.. Tambah kalau boh pulak tapai.
Quote cheezel 24-6-2021 11:40 AM
sapela yg salu hina artis berniaga. bodo ke? dia cari duit gak. nk malu apa
Quote pearl.silver 24-6-2021 11:48 AM
kaedahnya replied at 24-6-2021 11:28 AM
teringin la pulak nak rasa cendol santan sawit tu bagaimana.

Sedap..
Santan sawit jenama khalis yg sdp
I pernah beli tiba2 rasa xsdp, tanya seller tu, dia ngaku tukar jenama sbb habis stock khalis
Quote sleepandream 24-6-2021 11:57 AM
lotus biscoff tu rasa apa chuols...
daripada tahun lepas iols jumpa org buat flavor ni tapi tak penah try lagi
Quote Ciktiekus 24-6-2021 12:27 PM
cheezel: sapela yg salu hina artis berniaga. bodo ke? dia cari duit gak. nk malu apa


Takde org hina pon sbenarnya..saja nak up story..penambah perasa..kalau x xde la masuk porem..
Quote bambimbom 24-6-2021 12:30 PM
aku respek tgk laki yg rajin usaha utk family dia dari pemalas dok mengangkang je kat umah
Quote kedekek 24-6-2021 12:46 PM
sleepandream replied at 24-6-2021 11:57 AM
lotus biscoff tu rasa apa chuols...
daripada tahun lepas iols jumpa org buat flavor ni tapi tak p ...

Rs sedap hahaha..i like
Quote boboiyot 24-6-2021 12:50 PM
pearl.silver replied at 24-6-2021 11:48 AM
Sedap..
Santan sawit jenama khalis yg sdp
I pernah beli tiba2 rasa xsdp, tanya seller tu, dia n ...

Mostly kalau org berniaga mmg guna jenama khalis sbb sedap. Ni yang aku tau dari org yang duk buka class ajar buat cendol. Even jimat sbb 1kg santan tu boleh dapat banyak.
Quote msdummy.2018 24-6-2021 12:51 PM
kaedahnya replied at 24-6-2021 11:28 AM
teringin la pulak nak rasa cendol santan sawit tu bagaimana.

Sdsp lg santan jelspa biasa
Quote lazim 24-6-2021 01:03 PM
pearl.silver replied at 24-6-2021 11:48 AM
Sedap..
Santan sawit jenama khalis yg sdp
I pernah beli tiba2 rasa xsdp, tanya seller tu, dia n ...

Klu jenis msk sikit better gn santan khalis sbb lps dh buka lmbt rosak thn seminggu lbh rasanya..  Klu santan kotak lain hyt 3 hr gitu je..  Rmh iols sllu pki khalis sbb blh simpan berhari.  Nk kndali pon sng sbb xpyh bekukan
Quote Nenasketum 24-6-2021 01:08 PM
Suka pulak tengok dia ni. Teringat kisah lama Aida Aris cintan cintun dengan dia ni masa menjanda. Macam sedap jer, semoga sukses Acong!
Quote Kitty_catz 24-6-2021 01:23 PM
sleepandream replied at 24-6-2021 11:57 AM
lotus biscoff tu rasa apa chuols...
daripada tahun lepas iols jumpa org buat flavor ni tapi tak p ...

satu je, manis
mmg tak masuk tekak meols.. ntah naper org mesia suka... patot la ramai obese

kut nak mkn tu kena pair dgn kopi o kosong, no sugar no creamer


Quote pearl.silver 24-6-2021 01:24 PM
sleepandream replied at 24-6-2021 11:57 AM
lotus biscoff tu rasa apa chuols...
daripada tahun lepas iols jumpa org buat flavor ni tapi tak p ...

Pd i rasa biskut kelapa

Xtau nape hype sgt

Haha..
Quote xpdckelate 24-6-2021 01:24 PM
bagus la chong..menyanyi boleh,berlakon boleh,melawak boleh,meniaga pun bolehhhhh..hebakkk
Quote pearl.silver 24-6-2021 01:25 PM
boboiyot replied at 24-6-2021 12:50 PM
Mostly kalau org berniaga mmg guna jenama khalis sbb sedap. Ni yang aku tau dari org yang duk buka ...

Betul2

Rasa lemak santan sawit khalis ni mmg ngam betul wat cendol..
Quote Kitty_catz 24-6-2021 01:25 PM
tak kisah la ko retis ke, MUA ke, selebetburit je janji makanan or jualan ko tu sedap, berkualiti and padan dengan harga

lgpn mcm le cari rezeki jual besekut kek ni low class.. retis tu pun bukan high class pun
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 01:28 PM
Kenangan yang lama menjelma.. ingatan ku padamu menyala nyala..
Tinggal sayang tinggal lah pujaan..teringat lagu Achong terasa nk karok
Steady Achong..janji rezeki halal

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.230874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top