CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Rasa Pening Atau Demam," -A.Aida Artis Pertama Dapat Vaksin Covid-19

16-4-2021 11:05 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7519| Komen: 50|Original author: Oleh: Saiful

Description: Datuk A.Aida memberitahu dia tak mengalami sebarang kesan sampingan Selepas beberapa jam menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Datuk A.Aida memberitahu dia tak mengalami sebarang kesan sampingan Selepas beberapa jam menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Katanya sebelum itu dia sudah diingatkan mungkin akan mengalami pening atau demam selepas sehari menerima suntikan vaksin tersebut.


Foto: IG

"Masa disuntik itu saya tak ada rasa apa-apa pun... dan Alhamdulillah juga, sehingga kini keadaan saya masih okay. Tak ada rasa pening atau tak sedap badan.

"Buat masa sekarang ini, memang saya tidak ada mengalami sebarang kesan. Tapi tak tahu la... kawan-kawan ada cakap mungkin saya akan rasa kesan itu pada hari esok," katanya kepada mStar.

Difahamkan pernerbit terbabit menerima vaksin menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Leftenan Kolonel Bersekutu.




Bermakna ini sekaligus menjadikan dirinya beliau artis tempatan pertama negara menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech 

Tambahnya, suntikan dos kedua akan diterima pada 6 Mei.

Dalam masa yang sama, Aida sempat menyeru seluruh rakyat Malaysia mendaftar suntikan vaksin dan mematuhi saranan kerajaan untuk mencegah Covid-19.



"Saya menyeru kepada semua orang untuk mendaftar vaksin... sekarang ini terlalu ramai orang yang anti-vaksin. Dalam keadaan Covid sekarang, kita sepatutnya kena patuhi saranan kerajaan.

"Suntikan vaksin itu merupakan salah satu untuk mencegah wabak tersebut. Jadi, janganlah rasa tak nak ambil vaksin. tak perlu takut... mati ini bila-bila masa bukannya disebabkan vaksin."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-4-2021 11:49 AM
Ni bukan gosip la ****
Quote debab_78 16-4-2021 01:40 PM
Tunggu la dos kedua...
Quote hazzy0304 16-4-2021 03:12 PM
ooooo.... ok... next !
Quote uda 16-4-2021 03:21 PM
Bolehlah seru2 orang lain sebab awak dapat pfizer.
Cuba kalau dapat sinovac atau astrazeneca. Orang lain dapat entah apa2 vakzin. Mana orang tak takut. Orang bukan anti vaksin tapi takut
Quote laradelara 16-4-2021 03:22 PM
Lawak plak pic baju oren tu
Quote phone_5 16-4-2021 03:39 PM
Edited by phone_5 at 16-4-2021 03:41 PM

bodoh lar perempuan ni.


tunggu lar dos kedua...

baru kau tahu nanti...demam ke apa?

bengap sungguh betina ni
Quote Lolalala 17-4-2021 09:02 AM
Laki aii dapat vaksin Comirnaty. Bila google kata vaksin dr company Pfizer. So Pfizer la kan yg dia dapat tu? Panas naik muka lepas 1st dose vaksin. Lepas tu perit kat tempat cucuk katanya. Bulan 5 nnt 2nd dose. Gigih puasa.
Quote debab_78 17-4-2021 09:18 AM
Lolalala replied at 17-4-2021 09:02 AM
Laki aii dapat vaksin Comirnaty. Bila google kata vaksin dr company Pfizer. So Pfizer la kan yg dia  ...

nanti chuols update penangan dos kedua ye... sbb meols dah rasa...
Quote elnor_81 17-4-2021 10:12 AM
Lolalala replied at 17-4-2021 09:02 AM
Laki aii dapat vaksin Comirnaty. Bila google kata vaksin dr company Pfizer. So Pfizer la kan yg dia  ...

Ye..comirnaty dr pfizer. Bdn org x sme penerimaannya..aku 1st demam. 2nd dose...3hari mc. Jantung aku laju, aku muntah, skt kepala. Tmpt cucuk bengkak n skt,demam.
Quote miracle_forever 17-4-2021 10:24 AM

hahahaha kannn... most people 1st dose cuma next day tu ada sore sikit tempat jab tu. after 2nd dose...ameeekkkk. ramai yg at least demam. ada yg collapse & ada jugak yg dapat allergic reaction. sabaar..tunggu effect 2nd dose tu baru boleh sembang. haha
Quote mrsamz 17-4-2021 10:27 AM
1st dose takde apa2 selalunya..2nd dose yg baru teruk
Quote GegarVaganja 17-4-2021 10:48 AM
elnor_81 replied at 17-4-2021 10:12 AM
Ye..comirnaty dr pfizer. Bdn org x sme penerimaannya..aku 1st demam. 2nd dose...3hari mc. Jantung  ...

Agreed.
Ada org bila tak rasa apa, boleh la meriak cakap xde apa pun. Padahal badan setiap org lain2 kot.
Kau mungkin la xde impak dengan vaksin time kena cucuk, tapi ada yg akan react dengan vaksin tu. baidewei, untung la chuolls dah dapat full vaksin. Boleh la pergi Langkawi. Tiber.

Quote honeybee1802 17-4-2021 10:50 AM
uda replied at 16-4-2021 03:21 PM
Bolehlah seru2 orang lain sebab awak dapat pfizer.
Cuba kalau dapat sinovac atau astrazeneca. Orang ...

Samo la sistur...iols ok je dgn vaksin...but iols risau keselamatan vaksin yg ni...astra zeneca dah distopkan kt denmark...
Quote Suchi 17-4-2021 11:05 AM
Tadi baca berita kat awani kot katanya staff kesihatan yg dah amik vaksin pun still dijangkiti juga virus.Adakah sbb baru amik lum tunjuk kesan?
Kalau gitu apo guna amik kalau tetap dijangkiti.
Quote Suchi 17-4-2021 11:08 AM
honeybee1802 replied at 17-4-2021 10:50 AM
Samo la sistur...iols ok je dgn vaksin...but iols risau keselamatan vaksin yg ni...astra zeneca da ...

Kan kita bukan anti ngan vaksin tu selama ni tadah je bahu ni
Tapi hat vaksin baru ni haruslah ada kerisauan sbb benda baru.

Quote elnor_81 17-4-2021 11:33 AM
GegarVaganja replied at 17-4-2021 10:48 AM
Agreed.
Ada org bila tak rasa apa, boleh la meriak cakap xde apa pun. Padahal badan setiap org la ...

Hahaha!!xde makna klo aku sorg je dh vaksin. Laki aku x vaksin lg.xkn i nk g sorg2 je makan angin..tp ok gak kan..me time. Hahaha
Quote Cik_jantung 17-4-2021 11:56 AM
Edited by Cik_jantung at 20-1-2022 02:25 PM
mrsamz replied at 17-4-2021 10:27 AM
1st dose takde apa2 selalunya..2nd dose yg baru teruk

.............
Quote Cik_jantung 17-4-2021 11:58 AM
Edited by Cik_jantung at 20-1-2022 02:25 PM
Suchi replied at 17-4-2021 11:05 AM
Tadi baca berita kat awani kot katanya staff kesihatan yg dah amik vaksin pun still dijangkiti juga  ...

...........
Quote Cik_jantung 17-4-2021 11:59 AM
Suchi replied at 17-4-2021 11:08 AM
Kan kita bukan anti ngan vaksin tu selama ni tadah je bahu ni
Tapi hat vaksin baru ni haruslah a ...

Kann.. standard la benda baru.. mesti la risau. Badan kits yg kita pertaruhkan

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.275269 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top