CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Minat Bola, Feeya Iskandar Namakan Anak Zidane

24-3-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2916| Komen: 4

Description: Selepas sebulan melahirkan cahaya mata ketiga, penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar mengumumkan nama anak lelakinya iaitu Muhammad Zidane.
Selepas sebulan melahirkan cahaya mata ketiga, penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar mengumumkan nama anak lelakinya iaitu Muhammad Zidane.

Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, 32, berkata nama itu dipilih kerana suaminya Nurashid Abdul Wahab meminati sukan bola sepak termasuklah pemain terkenal dunia, Zinedine Zidane.



Foto: IG

"Untuk nama anak ketiga ini kita cari-cari dan fikir banyak nama sehinggalah jumpa kata sepakat... kami ternampak nama Zidane, jadi mengapa tidak kita beri nama Zidane.

"Nama Muhammad pula nama nabi junjungan kita. Apabila dicantumkan jadi Muhammad Zidane... sedap juga, terus on sajalah!


Feeya akui berpantang anak ketiga lebih mencabar.

"Lepas itu suami saya pun memang minat bola, mana la tahu kut-kut nama Zidane ni nanti anaknya hebat main bola," katanya kepada mStar.

Feeya Iskandar selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 11 Februari lalu.



Ditanya mengenai pengalaman berpantang kali ini, Feeya mengakui lebih mencabar kerana dalam masa sama perlu menguruskan dua anak yang sedang membesar.

"Pantang kali ini memang sungguh mencabar sebab ada dua hero yang sekarang ni memang tengah lasak... memang saya tak boleh nak leka sebab dua hero itu suka kacau baby, kalau dibiarkan habislah di cubit-cubit pipi adiknya itu.

"Ada beberapa hari lagi nak habis pantang! Alhamdulillah saya sihat dan tak ada masalah untuk mengikuti sesi fotografi bersama radio Suria FM untuk kempen bulan Ramadan dan Aidilfitri.




"Memang saya tak reti nak duduk diam, walaupun di rumah sekalipun ada sahaja kerja yang nak dibuat... yang penting kita tahu kemampuan badan kita macam mana," ceritanya.

Feeya mendirikan rumah tangga Rashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 24-3-2021 12:46 PM
nape tk letak nama ronaldinho je
Quote makneng 24-3-2021 01:36 PM
Letak la nama sape yg jual kasut emas itu hari.. Lajen ape sblm2 ni..
Quote chekacheku 24-3-2021 04:56 PM
Jauh cari nama..
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:50 PM
Asalkan maksud yg baik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045276 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top