CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Jaga Maruah Suami, Syanie Kini Berhijab

26-2-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6089| Komen: 32

Description: Demi menjaga maruah suami, pelakon dan usahawan Syanie Hisham menetapkan hati untuk terus mengenakan hijab sejak hari pernikahannya pada 19 Februari lalu.
Demi menjaga maruah suami, pelakon dan usahawan Syanie Hisham menetapkan hati untuk terus mengenakan hijab sejak hari pernikahannya pada 19 Februari lalu.

Menurut Syanie, 47, keputusan itu sebenarnya sudah disuarakan kepada suaminya, Zahril Hafiz Mohammed Nor sejak tahun lalu.

"Saya ada berkongsi dengan suami yang ketika itu masih berstatus tunang tentang keputusan mahu bertudung dan dia ada bertanya bila saya akan ke arah itu. Saya hanya jawab belum pasti bila akan bertudung.

“Bagaimanapun saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan.

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan," katanya kepada mStar.



Foto: VIA mStar

Syanie melangsungkan pernikahan kali ketiganya dengan perunding kewangan berusia 41 tahun berstatus duda tanpa anak itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Majlis ringkas itu berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu dalam perkembangan lain, Syanie bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul, Hantu Kuat Ketawa yang diarahkan oleh Mawi.

Filem itu juga bakal menyaksikan penyatuan keempatnya bersama rakan gandingan Saiful Apek.

"Secara kebetulan dan bagai dipermudahkan, filem kedua arahan Mawi yang menggandingkan saya dengan Saiful Apek itu memang watak bertudung.


Foto: VIA mStar

"Jadi, saya 'on' saja. Insya-Allah penggambaran filem itu akan bermula 27 Februari ini. Saya sendiri teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbau kembali kenangan berlakon dengan Saiful Apek suatu ketika dahulu.

"Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Saiful Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 26-2-2021 03:16 PM
Pelik2 jer alasan.
Quote MadameOnion 26-2-2021 03:44 PM
tahniah sekali lagi syanie...semoga kekal ke jannah..syanie pun sudah...yg sorang lagi tu bila pulak?
Quote likecandy 26-2-2021 03:46 PM
Semoga istiqomah Syanie
X sangka sheols dah late 40s, ingatkan masih early 40s gitu
Quote meteorspeed 26-2-2021 03:47 PM
Kira hebat gak shanie dah 3 kali kawin ek.. Laku dia.. Ramai lagi andartu yg tak kawin lagi
Quote salmon-suki 26-2-2021 03:56 PM
Comel je dia ni.. nampak bersih je kulit dia..semoga istiqomah n semoga berkekalan hingga akhir hayat..
Quote AshkieLa 26-2-2021 03:57 PM
betulkanlah niat tu. suami hanya pinjaman bukan tuhan.
selamat pengantin baru...
Quote helicornia 26-2-2021 04:07 PM
tahniah dh bertudung
tapi niat tu tk berapa kena
bukan bertudung sbb tanggungjawab diri sendiri
abis klu dh tak berlaki nak bukak semula tudung ke?
Quote bottombikini 26-2-2021 04:13 PM

kan ..
Quote bulalof 26-2-2021 04:46 PM
mennderrrr......
Quote Noraniza_Iblis 26-2-2021 04:47 PM
sebelum berlaki..
perempuan ni still tanggungjwb mak ayah..
so x fikir maruah mak ayah ke?
Quote wikedsaikel 26-2-2021 04:50 PM
Nak tanya. Sapa tahu dia ni sekolah mana dulu? Bukit Tungku ke?
Quote Rogue98 26-2-2021 04:52 PM
Lerrrrre...dah 47 tahun dah pun....ingat 20s lagi.
Quote farhani87 26-2-2021 04:54 PM
Tahniah. Comelnyaaaaa dia bertudung.
Quote ayorsuam 26-2-2021 05:07 PM
wikedsaikel replied at 26-2-2021 04:50 PM
Nak tanya. Sapa tahu dia ni sekolah mana dulu? Bukit Tungku ke?

TTDI rasanya...rumah area athinahapan
Quote downiey 26-2-2021 05:09 PM
meteorspeed replied at 26-2-2021 03:47 PM
Kira hebat gak shanie dah 3 kali kawin ek.. Laku dia.. Ramai lagi andartu yg tak kawin lagi

terase i
Quote SayaSayangMama 26-2-2021 06:39 PM
Dia ni bukan ada buat ptong usus ke perut tp xkurus kurus jugak ye cm adik comel tu
Quote Nenasketum 26-2-2021 07:51 PM
So kalau bercerai, bukak tudung ke camne
Quote kivio 26-2-2021 08:04 PM
Tuhan suruh tutup, nanti dulu la.
Dapat laki, ala kesian ke laki, pakai la.
Menderrrrr
Quote CikYaYaYa 26-2-2021 10:39 PM
comel laa diaa ni. Nampak muda pulak dri usia benar sheols.. Btw alasan pakai tudung to mcm xleh blahh bagi iols. Apa2 jelaa asalkan istiqomah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.069433 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top