CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Biadab! Laki Bini Kelentong Nenek Jual Pinggan Dengan Sampul Tebal 'Kosong'

24-2-2021 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3340| Komen: 12

Description: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi dilalui peniaga wanita warga emas ini apabila ada insan tergamak mengambil kesempatan menipuny ...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi dilalui peniaga wanita warga emas ini apabila ada insan tergamak mengambil kesempatan menipunya.


Kisah pilu ini dikongsikan menerusi TikTok Visbrila yang menceritakan pengalamanya dipertemukan dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama nenek Sariyo yang diduga ketika menjual pinggan mangkuk di kaki lima.



Sariyo memaklumkan ketika sedang berniaga, dia didatangi sepasang suami isteri menaiki motosikal yang mahu membeli pinggan mangkuk dijualnya. 

Selepas selesai ‘membeli’, pasangan itu menyerahkan satu sampul tebal kepadanya sambil berpesan supaya membuka sampul tersebut selepas mereka beredar kerana mereka kononnya khuatir timbul perasaan iri hati orang sekeliling yang memerhati.



Kredit foto: TikTok Visbrila

Sariyo mengakui agak teruja dan menyangka sampul tebal itu berisi sejumlah wang. Tetapi, sangkaannya meleset selepas dia mendapati isinya hanyalah helaian surat khabar yang telah dikoyak-koyakkan. 

Jelas Sariyo lagi, dia sangat sedih dan terkilan kerana ada insan tergamak menipu dan mempermainkan perasaan orang tua.



Sebelum beredar, gadis ini telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada Sariyo.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang tidak menghormati orang tua. 

Menurut mereka, jika benar individu tersebut mahu bergurau, ini bukanlah caranya kerana tindakan ini sangat tidak bermoral. 


Sumber: OhBulan
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rookiecake 24-2-2021 04:39 PM
Kenapalah ramai orang yang tidak berhati perut di dunia ni...
Quote missyL 24-2-2021 04:46 PM
Harap2 pinggan yg di beli tu di bayar lah.
Kesian btol... Mesti btol2 ssh nenek nie
Quote makneng 24-2-2021 05:44 PM
Dasar maling!
Quote LadyCarefree 24-2-2021 06:09 PM
Kesiannya. Semoga nenek ni dikurniakan rezeki lain yg lebih baik.
Quote Itzy 24-2-2021 08:54 PM
Ni dekat indon pjnya berita ke? Kat indon ni macam2 benda pelik mereka buat, biadap sungguh.
Quote imransulaiman 24-2-2021 09:24 PM
Aku doakan laki bini tu tercekik kaca ketika makan... Aaamiin
Quote hasniey 24-2-2021 09:35 PM
Ni bukan brgurau.ni mencuri terang-terangan!
Quote batmana 24-2-2021 10:51 PM
Pinggan pn nk curi...
Quote Tinot7 25-2-2021 06:17 AM
Jahat betul pasangan tu.. mendapat la balasan buruk nnt
Quote Afifi82 26-2-2021 01:51 AM
Ba alif ba ya nya akhlak..
Quote dudaberhias 26-2-2021 02:05 AM
ya allah tergamak sungguh manusia2 ni buat macamtu lepastu suami isteri pulak tu...
pinggan mangkuk je kot... sampai aniaya orang tua dah kenapa?

moga dua eko tu eksiden lepasni.... kalau boleh dua2 cacat kekal dan mati kebuluran...
Quote Artemesiaa 26-2-2021 12:50 PM
Ramai betul kaki scammer sekarang ni nenek jual pinggan tepi jalan pun tak terkecuali dari jadi mangsa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048028 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top