CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik motosikal "ekzos bising" berdepan denda RM2000 atau penjara 6 bulan

24-2-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5215| Komen: 45

Description: PETALING JAYA – Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.
Gambar sekadar hiasan



PETALING JAYA – Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik motosikal juga perlu memastikan ekzos tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.



“Pihak polis juga boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan sama tidak berulang.


“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend bagi golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal selain mencantikkan fizikal motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis diberi kuasa untuk menyita motosikal di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tujuan untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” jelasnya.

Katanya, JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan kerjasama jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Menerusi operasi tersebut, motosikal akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan dan sekiranya paras bunyi melebih daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal.

“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.



Sumber -K!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 22-2-2021 02:41 PM
Terbaik.. nak tengok siapa yg pertama ke penjara ni
Quote Artemesiaa 22-2-2021 02:46 PM
Baguslah tu memekak je nak2 kalau dah lepas tengah malam
Quote kabukiman 22-2-2021 02:48 PM
About fucking time
Quote kabukiman 22-2-2021 02:49 PM
Jgn lupa bila dah tahan Tu kapakkan saja ekzos kete atau muto tu
Quote MissVixen 22-2-2021 02:52 PM
Baguslahhhh. Preng2 pukul 2-3 pagi tak lawak ok. Aku doakan yang bising2 tu eksiden macam final destination je.
Quote bintangct 22-2-2021 03:00 PM
bagus... meh aku nak report motor yg memekak kat rumah aku ni..
Quote shernazz 22-2-2021 03:01 PM
Bising tau
Kalau tengah malan tu dah sama tarap dgn anjijg menyalak la...
Pastu siap bunyi letup letup tu..jilaka
Quote alieyrina 22-2-2021 03:11 PM
Mcm mana nak repot..ketaq tgn dah ni
Quote prettyuglybabe 22-2-2021 03:40 PM
motor besar memang bising ke atau dorang yang buat ekzos jadi bising?
Quote Skuau 22-2-2021 03:40 PM
sian kat abg yg tembak bdk guna senapang angin aritu...kan kjaan dh 'IKTIRAF' ekzos bising tuuu...sbg 'KESALAHAN'.
Quote saviour_09 22-2-2021 04:12 PM
walk the talk la

bingit telinga nak lepak santai2 depan rumah nokharom2 ni memekak main motor

Quote EJALTI 22-2-2021 04:19 PM
Penjara enam bulan atau denda RM2,000 jika ekzos bising

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... -jika-ekzos-bising/

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
22 Februari 2021, 3:42 pm


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemilik motosikal yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik motosikal juga perlu memastikan ekzos tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.

“Pihak polis juga boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemilik motosikal mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan sama tidak berulang.

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend bagi golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal selain mencantikkan fizikal motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis diberi kuasa untuk menyita motosikal di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tujuan untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” jelasnya.

Katanya, JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan kerjasama jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Menerusi operasi tersebut, motosikal akan diukur paras bunyi ekzos yang dibenarkan dan sekiranya paras bunyi melebih daripada yang ditetapkan, JAS akan mengeluarkan kompaun saman ke atas pemilik motosikal.

“Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.-
Quote TOPwind 22-2-2021 04:22 PM
yg blow daun dpan rumah - pun memekak dan berabuk
Quote tikusmontok 22-2-2021 04:27 PM
Artemesiaa replied at 22-2-2021 02:46 PM
Baguslah tu memekak je nak2 kalau dah lepas tengah malam

betul sangat2...ada satu kicap ni tiap nak masuk maghrib mula la lepas bunyik enjin sangkut2 pelepop pelepop....iols hari2 menyumpah dalam hati babee lahanat
Quote tikusmontok 22-2-2021 04:28 PM
kabukiman replied at 22-2-2021 02:49 PM
Jgn lupa bila dah tahan Tu kapakkan saja ekzos kete atau muto tu

terus letupkan dgn molotov cocktail
Quote kakikuDibibirmu 22-2-2021 04:43 PM
Tak nak bagi bunyi pun boleh


[youtube]_31MLFG3Q2Y[/youtube]
Quote Betara_Indera 22-2-2021 05:35 PM
elok sangat la tu.. babiii ekzos ubah suai mcm nokharrrommm, pastu salahkn kedai jual
Quote Boomibulat 22-2-2021 05:40 PM
Syukur..dh lama sy tggu ada hukuman ekzos bising ni..ingat sdp sgt ke bunyi tu..skrg ada ekzos yg bunuy meletup2 pulak
Quote arm_band 22-2-2021 06:16 PM
memang semak dengar ekzos memekak ni tak kira laa moto ke keta ke....  tambah sakit hati bila dia saja2 round dua tiga kali sambil press minyak. hanjeng betul... ni dah takde curfew pkp 10pm, mula laa start baik preng preng pelepop pelepop tak tentu hala

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.311264 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top