CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pelanggan' larikan kereta pandu uji jenis Perodua Axia

24-2-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1882| Komen: 8

Description: IPOH: Sebuah kereta pandu uji jenis Perodua Axia dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian di sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kampar, di sini, kelmarin.




IPOH: Sebuah kereta pandu uji jenis Perodua Axia dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian di sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kampar, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang itu selepas suspek berpura-pura sebagai pelanggan yang mahu memandu uji sebuah kereta di situ.

Beliau berkata, siasatan mendapati seorang jurujual wanita berusia 25 tahun didatangi suspek kononnya mahu membeli kereta Perodua Myvi, sebelum meminta untuk pandu uji Perodua Axia yang kemudiannya disyorkan oleh mangsa.

"Jurujual wanita itu sempat membuat kiraan mengenai bayaran ansuran kenderaan yang disyorkannya itu, namun tidak mencatatkan sebarang butiran mengenai suspek sebelum membenarkan kenderaan itu dipandu uji.


"Mangsa duduk di bahagian penumpang belakang ketika suspek memandu kereta dan sempat berhenti untuk mengisi minyak, sebelum mangsa memberitahu dia perlu pulang semula kedai.

"Bagaimanapun, suspek tidak berhenti ketika melintasi premis menjual kereta berkenaan, sebaliknya berhenti di satu simpang berdekatan kononnya terlajak.

"Suspek kemudian meminta mangsa untuk memandu kereta dan sejurus mangsa turun daripada kenderaan itu, suspek terus memecut melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian suspek memakai pelitup muka, selain mangsa mendakwa tidak dapat mengenal pasti wajah suspek.

"Kereta yang dilarikan itu dianggarkan bernilai RM24,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber - BeritaHarian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 24-2-2021 12:39 PM
Semoga kereta ini dapat dijumpai semula.
Quote CiliPadiSedap 24-2-2021 01:17 PM
semoga suspek tak boleh rentas negeri
Quote batmana 24-2-2021 01:18 PM
klu kete pandu uji ni, skalipun terpakai, laburla sket letak gps tracker, bukan rm3k pun, bukan rm3rtus pun.. bwh seratus aja ada klu gune sim based gps..




Quote mamajawie 24-2-2021 01:26 PM
apo la perampok tu pun cer la test drive kete mahal skit baru sedap skit nak merampok kok ye pun..murah nau kete axia ni spec apa ni bru rm24k?apsal aku beli tahun lepas rega rm34k cmpur gedebak gedebuk jadi rm40k??baru beli spec G manual je pun..
Quote Belibis 24-2-2021 01:38 PM
Biasanya kereta untuk test drive ada sticker sebesar badan,ala2 iklan gitu.mana nak lari?
Quote user.name 24-2-2021 04:19 PM
Quote user.name 24-2-2021 04:20 PM
Quote GigaMom 24-2-2021 08:52 PM
Ntah2 bersubahat ngan sales girl tu
Logik langsung x ambik info
Berani lak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047004 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top