CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berkelulusan TESL Saya Nak Ajar BI Di DidikTV Boleh?" - Adibah Noor

18-2-2021 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10358| Komen: 69

Description: Sejak kebelakangan ini nama pelakon dan pengacara Adibah Noor hangat diperkatakan selepas dia menegur sebutan bahasa Inggeris selebriti, personaliti televisyen dan tokoh politik.
Sejak kebelakangan ini nama pelakon dan pengacara Adibah Noor hangat diperkatakan selepas dia menegur sebutan bahasa Inggeris selebriti, personaliti televisyen dan tokoh politik.

Terbaharu, Adibah yang juga merupakan bekas guru subjek bahasa Inggeris menawarkan diri untuk berkhidmat di saluran televisyen pendidikan, DidikTV yang baharu sahaja dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.




Menerusi ciapannya di Twitter, Adibah melahirkan hasrat untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar bahasa Inggeris di saluran DidikTV.

Hasrat Adibah itu turut mendapat sambutan positif daripada peminatnya yang rata-rata memberikan sokongan di atas perkara tersebut.

Malah, terdapat netizen yang berkongsi video penyampaian seorang guru di satu segmen di DidikTV yang dianggap kaku kerana tidak biasa berkerja di hadapan kamera.



"Saya rasa problem dia tak biasa guna kamera. Tak biasa eye contact dalam video. Mungkin dia malu. Kalau Adibah Nor dah biasa tiada masalah.

"Saya sokong. Biar pun apa je orang kutuk, saya sangat berterima kasih kerana banyak yang saya belajar. Daripada dulu saya selalu follow Adibah Noor perbetulkan sebutan yang sepatutnya. Setiap kali ada perkataan baharu yang dibetulkan, saya akan tunjuk pada anak-anak saya untuk sama-sama belajar.

"Calon paling layak, sebab Adibah mengajar mudah faham. Sekali dia buka mata luas-luas students terus faham sampai mati," kata netizen.

Walaupun ada yang memberikan sokongan terhadap hasrat Adibah itu, tidak kurang juga terdapat golongan haters yang tidak senang duduk dengan permintaan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu.

Segelintir netizen mempertikaikan kelayakan Adibah untuk dia menggalas tugas sebagai guru bahasa Inggeris di saluran TV berkenaan.



Tidak berdiam diri, Adibah tampil berkongsikan latar belakang pendidikannya yang mana dia merupakan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), malah pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris sebelum melibatkan diri dalam bidang seni.

Adibah sebelum ini pernah meluahkan tentang ketiadaan pekerjaan yang diterima (job offer) memandangkan negara masih lagi terikat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, nama Adibah mula menjadi buah mulut apabila menegur pembaca berita TV3, Ramzan Mohd Saufi dan penyanyi Haqiem Rusli.

Manakala pada Selasa lalu, penyanyi itu membuat teguran dan membetulkan satu perkataan daripada ucapan Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 18-2-2021 02:05 PM
Boleh tak apply formally? Buat mcm org lain mintak keje.
Quote idril 18-2-2021 02:06 PM
tahnya, apply la ikut saluran yg betul......
Quote stinger.baik 18-2-2021 02:07 PM
takde job

patut la up diri sana sini

npe tk offer ngajar inggeris kt negara lain ye?

nape masih hrp dkt negara ni?

ckp bkn main besau

sama besau ngn orangnya

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote cmf_premierleag 18-2-2021 02:08 PM
apply guna saluran yg betul la
ko ingat ko retis bleh main pass2 mcm tu je ke?
#bencioranggemuk
Quote Scheherazade 18-2-2021 02:10 PM
Bgs la jd pendidik, share the knowledge/expertise yg dia ada
Quote snowflakes 18-2-2021 02:11 PM
Cikgu2 yang kena buat video tu dibayar ke?
Quote EJALTI 18-2-2021 02:14 PM
Tak boleh apply guna cara yg proper ke?  Species batak like...Nyampah pulak dengan sheols...

Sila kurangkan berat badan, tak kira la dengan cara apa pun untuk kesihatan....Cara Menteri Rina kuruskan badan pun sheols boleh tiru ...
Quote damsel_fiji 18-2-2021 02:19 PM
Menyampah plak ngan minah ni
Quote Noraniza_Iblis 18-2-2021 02:24 PM
tnggu laa japgi..
dibaa AA hamunkan sheols...
Quote TravellingBear 18-2-2021 02:29 PM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt
Quote pelicano 18-2-2021 02:30 PM
If she's good, why not....

Mengajar live vs mengajar dlm video tv... tak sama. Maybe Adibah boleh contribute  sebab ada pengalaman 2-2 bidang
Quote notM 18-2-2021 02:33 PM
TravellingBear replied at 18-2-2021 02:29 PM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt

Kannn...Meleis memang cepat bitter
Quote bulalof 18-2-2021 02:44 PM
make yourself useful...
Quote yusryimran 18-2-2021 02:47 PM
TravellingBear replied at 18-2-2021 02:29 PM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt

kan ai pun fikir mcm tu...
Quote EJALTI 18-2-2021 02:54 PM
TravellingBear replied at 18-2-2021 06:29 AM
Dia tanya pendapat public je takyah bitter sgt

Perlu ke nak tanya pendapat public bagai?

Kalau suka mengajar, nak cari duit masa zaman pendemik Covid-19 sesambil berbakti kat anak bangsa, apply jer.  Then pergi interview, biar interviewer yg decide samada sheols layak atau tidak...

Nih kuhnun2nya golongan terpilih la nak mintak pendapat public bagai...
Quote Innrukia 18-2-2021 02:57 PM
Seingat aku dia ni resigned jd cikgu english psl nk jd retis kan. Ilmu dah ada so apply jer la kat pihak terbabit, follow proper channel. Hidup ni berperaturan, tambah nk jd pendidik pulak tu..
Quote R2D2 18-2-2021 03:05 PM
dia boleh je jadi YouTuber
ajar BI tu
tak pun buat Facebook Live
income pun sure masuk
Quote bakingsoda 18-2-2021 03:41 PM
ingat aku sorang rasa janggal dia mintak job melalui twitter
Quote c===8 18-2-2021 04:11 PM
teringat bing & bong....learning english is lots of fun lots of fun

mungkin kak dibah boleh cari partner sebagai badut macam bing & bong

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.085988 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top