CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Guru Mangsa Covid-19 Salahkan Sekolah Sebab Tak Bagi Kerja Dari Rumah

18-2-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1255| Komen: 0

Description: Guru wanita maut akibat dijangkiti virus Covid-19, selepas sekolah tempatnya mengajar enggan membenarkannya bekerja dari rumah.
Guru wanita maut akibat dijangkiti virus Covid-19, selepas sekolah tempatnya mengajar enggan membenarkannya bekerja dari rumah.

Karen Johnson, 57, meninggal dunia pada 11 Februari baru-baru ini, lapor Metro.co.uk.



Kredit foto: WMC5

Keluarganya mendakwa mendiang semestinya masih hidup jika dia tidak 'dipaksa bekerja' di sekolahnya di New Rochelle, New York.

Johnson dalam masa yang sama berdepan dengan masalah obesiti dan asma.

Salah seorang anaknya, Robert Johnson Jr, menyalahkan Sekolah Menengah Albert Leonard di mana ibunya bekerja di atas kematian wanita itu, lapor media tempatan.

Apa yang menimbulkan kemarahan keluarga berkenaan adalah sekolah tersebut menolak permohonon Johnson untuk bekerja dari rumah meskipun dia mendapat pengesahan surat daripada doktor mengenai tahap kesihatannya.

Suami Johnson, Robert Johnson Sr, berkata: "Kami kehilangan seorang wanita hebat. Saya sangat sayangkan isteri saya. Dia sangat penyayang".


Johnson bekerja di sekolah tersebut sebagai guru pendidikan khas selama lebih dari dua dekad. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.045277 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top