CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Dikira-Kira Dari Tahun 2013, Saya Sudah Jutawan," -Achey

13-1-2021 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3602| Komen: 11

Description: Walaupun pelawak dan pelakon Achey sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk tempatan, dia berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri.
Walaupun pelawak dan pelakon Achey sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk tempatan, dia berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri.

Achey berkata, selepas memahami serba sedikit selok-belok perniagaan dia bercadang untuk mengusahakan perniagaan kedai runcit tahun ini.

Foto: IG

"Insya-Allah, saya memang sudah lama ingin menjalankan perniagaan kedai runcit. Contohnya Lan Solo pun ada kedai runcit. Tahun ini, banyak perancangan perniagaan yang terkandas. Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal, namun tidak dapat dilaksanakan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jadi untuk perniagaan kedai runcit, saya sudah tengok beberapa kawasan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan, Palut's Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru- baru ini.


Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Palut's Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.




Menurut Achey, dia belum mencapai status seorang jutawan, namun jika dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, dia sudah bergelar seorang jutawan.

"Kalau dikira-kira dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan. Bukan hanya kesan daripada PKP, tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mentua.

"Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong. Tapi, saya bukan boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-1-2021 08:10 AM
Bagus gak la dia ni compare dgn pelawak lain wlpun rengsa dgn suara bingit dia..

Openly bagitahu jutawan, LHDN boleh dah slow2
Quote de_ikea 13-1-2021 08:15 AM
Semoga berjaya ye achey.

Achey jgn lupa hamzah. Lama dah tak nmpk achey tgok hamzah. Pkp ni susah jugak
Quote alieyrina 13-1-2021 08:31 AM
Haahaa..lhdn triggered ahh
Quote Nenasketum 13-1-2021 09:05 AM
Aku allergic melampau kat dia ni. Tapi village hidiots kan, tak pernah nak ikut resam padi, makin berisi makin tunduk. Nak gak buat perangai si kudung baru dapat cincin, gitteww.  
Quote tagas 13-1-2021 09:19 AM
Edited by tagas at 13-1-2021 09:21 AM

https://youtu.be/C7kQ-AlDM7Q

takde sakit carik penyakit @LHDN
Quote nolya 13-1-2021 09:59 AM
Acey kena prbetulkn iktikad nak berniaga, harus bersandarkn kpd usaha mencari menambah nafkah dn ibadah bukan nak kejar gelaran jutawan. Kalau dah jutawan sekali pun biar lah masyarakat yg iktirafnya agar tak terkesan riak dlm diri sendiri.
Quote airisa 13-1-2021 10:27 AM
palut ni mahal giler ... sekali sekala boleh la beli ...
Quote mrseller 13-1-2021 10:34 AM
mcm pundek. nak citer jugak dia banyak duit. hahaha
Quote NekNgah 13-1-2021 11:37 AM
Geng-geng pelawak ni banyak aje duitkan.  Hairan & kesian arwah Abam tak sama level dengan kawan-kawan pelawak tu.
Quote kuchenta_81 13-1-2021 11:47 AM
Orang kaya manade announce dia kaya
Quote kucingitam 13-1-2021 11:47 AM
dia dgn izreen..dedua bingit..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060554 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top