View: 2607|Reply: 11
|
"Kalau Dikira-Kira Dari Tahun 2013, Saya Sudah Jutawan," -Achey
[Copy link]
|
|
Walaupun pelawak dan pelakon Achey sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk tempatan, dia berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri.
Achey berkata, selepas memahami serba sedikit selok-belok perniagaan dia bercadang untuk mengusahakan perniagaan kedai runcit tahun ini.
Foto: IG
"Insya-Allah, saya memang sudah lama ingin menjalankan perniagaan kedai runcit. Contohnya Lan Solo pun ada kedai runcit. Tahun ini, banyak perancangan perniagaan yang terkandas. Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal, namun tidak dapat dilaksanakan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Jadi untuk perniagaan kedai runcit, saya sudah tengok beberapa kawasan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan, Palut's Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru- baru ini.
Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Palut's Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.
Menurut Achey, dia belum mencapai status seorang jutawan, namun jika dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, dia sudah bergelar seorang jutawan.
"Kalau dikira-kira dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan. Bukan hanya kesan daripada PKP, tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mentua.
"Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong. Tapi, saya bukan boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus gak la dia ni compare dgn pelawak lain wlpun rengsa dgn suara bingit dia..
Openly bagitahu jutawan, LHDN boleh dah slow2 |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya ye achey.
Achey jgn lupa hamzah. Lama dah tak nmpk achey tgok hamzah. Pkp ni susah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Haahaa..lhdn triggered ahh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku allergic melampau kat dia ni. Tapi village hidiots kan, tak pernah nak ikut resam padi, makin berisi makin tunduk. Nak gak buat perangai si kudung baru dapat cincin, gitteww. |
|
|
|
|
|
|
|
Acey kena prbetulkn iktikad nak berniaga, harus bersandarkn kpd usaha mencari menambah nafkah dn ibadah bukan nak kejar gelaran jutawan. Kalau dah jutawan sekali pun biar lah masyarakat yg iktirafnya agar tak terkesan riak dlm diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
palut ni mahal giler ... sekali sekala boleh la beli ... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm pundek. nak citer jugak dia banyak duit. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Geng-geng pelawak ni banyak aje duitkan. Hairan & kesian arwah Abam tak sama level dengan kawan-kawan pelawak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kaya manade announce dia kaya |
|
|
|
|
|
|
|
dia dgn izreen..dedua bingit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|