CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

55 Menu Makanan, Semuanya Harga RM1

2-12-2020 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5009| Komen: 27

Description: "Niat saya bukan nak untung sangat tetapi lebih kepada membantu orang ramai yang memerlukan, kata Nurul Hidayu Zulkifli.
"Niat saya bukan nak untung sangat tetapi lebih kepada membantu orang ramai yang memerlukan, kata Nurul Hidayu Zulkifli.

Nurul Hidayu, 34, dari Kampung Tasik Padang Khabor tular di media sosial apabila menjual 55 jenis menu sarapan pagi termasuk nasi goreng, nasi minyak, nasi lemak dan pelbagai jenis kuih muih dengan harga RM1 setiap satu.


Katanya, dia menjalankan perniagaan itu sejak 14 Oktober lalu dengan hanya empat jenis menu sahaja.

"Bagaimanapun sambutan yang diterima sangat menggalakkan menyebabkan dia menambah jumlah menu makanan yang dijual.

"Sebanyak 55 menu makanan dijual sekarang dan semuanya berharga RM1 setiap satu.

"Saya menyasarkan 100 jenis menu dijual bermula tahun hadapan dalam usaha mempelbagaikan lagi pilihan selain memenuhi permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, hari ini.

Foto: Harian Metro


Nurul Hidayu berkata, dia berasa seronok dan mendapat kepuasan apabila makanan yang dijualnya itu laris.

"Hanya dalam tempoh satu jam sahaja semua makanan habis terjual malah ada pelanggan yang tidak sempat membelinya kerana datang lewat.

"Ada pelanggan yang datang bersama enam anak dan mereka seronok kerana dapat memilih dua hingga tiga menu untuk setiap seorang berbanding membelinya di kedai lain.

"Semua makanan itu dijual itu disediakan oleh 10 ahli keluarga terdekat termasuk ibu saudara, adik beradik dan sepupu.

"Masing-masing menyediakan tiga hingga empat menu setiap seorang," katanya.

Tambahnya, kebiasaannya pelanggan membeli tiga hingga 10 juadah seorang manakala nasi minyak serta nasi lemak ialah menu yang paling laris.

"Berasa puas dapat bantu orang ramai maklumlah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai penduduk yang terjejas dan mengalami masalah kewangan.

"Sekurang-kurang jika mereka yang terjejas datang membeli di gerai saya, mereka boleh berjimat cermat," katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya akan meneruskan perniagaan itu selagi mendapat sambutan.

"Perniagaan seperti itu boleh diteruskan. Biarpun harga jualan murah namun sekiranya ramai yang membelinya pasti memperolehi keuntungan juga," katanya yang memulakan perniagaan seawal 7 pagi setiap hari.

Sementara itu, Amy Syafika Nazri, 25, dari Kampung Mak Kemas berkata, dia dan dua rakannya sanggup datang dari jauh untuk membeli di gerai makanan pagi yang tular itu.

"Pertama kali saya dan rakan membeli makanan pagi dengan harga RM1 setiap satu.

"Biasanya RM5 diperuntukkan seorang untuk makan pagi tetapi sekarang RM5 boleh berkongsi juadah yang dibeli bersama dua rakan lain.

"Saya akan datang ke gerai itu setiap pagi selepas ini kerana membantu saya berjimat cermat," katanya.

Nurin Nazirah Mohd Noor, 18, dari Kampung Banggol Katong berkata, dia berharap lebih ramai peniaga menjual makanan dengan harga yang murah seperti itu.

"Saya berterima kasih kepada peniaga berkenaan kerana menjual makanan dengan harga yang murah dan lebih penting semua juadah yang dijual itu menepati seleranya.

"Biasanya makanan berharga murah tidak sedap tetapi berlainan dengan 55 menu makanan yang dijual itu kerana semuanya sedap," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamason 2-12-2020 04:33 PM
Moga dimurahkan rezeki sentiasa.  Aamin...
Quote Nnasda53 2-12-2020 04:43 PM
Alhamdulillah...semoga di murahkan rezeki.
Quote vespa_oren 2-12-2020 05:00 PM
penah aku gie yg kedai harga rm2 setiap bowl, itulah last aku gie
Quote makadek 2-12-2020 05:02 PM
vespa_oren replied at 2-12-2020 05:00 PM
penah aku gie yg kedai harga rm2 setiap bowl, itulah last aku gie

Tak sedap haha eat and repeat
Quote eplasbpafree 2-12-2020 05:03 PM
vespa_oren replied at 2-12-2020 09:00 AM
penah aku gie yg kedai harga rm2 setiap bowl, itulah last aku gie

kenapa?


tak sedapt atau portion sikit sgt?


Quote vespa_oren 2-12-2020 05:04 PM
eplasbpafree replied at 2-12-2020 05:03 PM
kenapa?



x sedap, semua rasa lebih kurang sama
Quote eplasbpafree 2-12-2020 05:06 PM
vespa_oren replied at 2-12-2020 09:04 AM
x sedap, semua rasa lebih kurang sama

kira masak tak ikhlas lah ni




Quote ninja9 2-12-2020 05:14 PM
untung mesti kecil, tak affect bisnes ker.. barangkali itu nak promosi jer dulu... tp klu kualiti teruk sgt orang tak nak pegi dah spt pengalaman forumer diatas..
Quote Normabaru 2-12-2020 05:22 PM
Kat mana ni..

Btw eat and dont repeat tu mmg xbest.. Rasa cm lagi mahal ada la klu nk mkn betul2 sbb dpt dua suap for rm2
Quote EvieWanKenobi 2-12-2020 05:51 PM
Kampung Tasik Padang Khabo ni kat mana?
Quote Cenderakirana9 2-12-2020 06:09 PM
Sedap ke tidak?
Quote Kitty_catz 2-12-2020 06:50 PM
rm1 so sekali telan abes kut
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2020 07:02 PM
EvieWanKenobi replied at 2-12-2020 05:51 PM
Kampung Tasik Padang Khabo ni kat mana?

Tak dikhabokan pulak dekat mana
Quote salmon-suki 2-12-2020 07:30 PM
EvieWanKenobi replied at 2-12-2020 05:51 PM
Kampung Tasik Padang Khabo ni kat mana?

Ai gugel,di ganu sis..
Quote salmon-suki 2-12-2020 07:32 PM
Ada je y jual murah gini tp sedap..banding ngn y jual mahal tp xsedap lgsg..

Pernah beli nasi lemak singgit,portion mmg sesuai dgn harga laa..tp sedap..4suap dah habis..hahahahah
Quote anony-mous 2-12-2020 08:31 PM
Klau da kaya ala ebit i xkisah. Tp klau meniaga utk sara hidup, xpyh la murah tahap ni. 1) ko dah rosakkan market 2) silap2 x lama pon sbb costing x jaga 3) ada scalper beli byk jual balik.

Kalau boleh supply dgn murah, better ko cari org tgh. Ko dpt untung, org tgh pon dpt merasa (gaji kan org)
Quote EvieWanKenobi 2-12-2020 08:56 PM
salmon-suki replied at 2-12-2020 07:30 PM
Ai gugel,di ganu sis..

ok.. terima kasih sis..
Quote kroit92 2-12-2020 09:18 PM
area rumah lama kroit dulu ada peniaga buat macam ni. tapi takde la sampai RM1 satu.
harga biasa je.

tapi banyak la kuih muih, bukak petang sampai malam.
panjang meja bersambung-sambung, macam pasar malam rasa. berderet kuih atas meja. macam2 jenis.

geng-geng makcik suri rumah berpakat, sorang masak 2-3 jenis kuih, ikut kemampuan.
lepas tu geng makcik yang berniaga, prepare meja, khemah and tempat berniaga. (kat Negeri Sembilan rilek sajeerrr nak berniaga mana2)

itu 4 tahun lepas. lepas pindah, tak tau apa cerita
Quote ikanmasin 2-12-2020 10:02 PM
alhamdulillah semoga sentiasa dimurahkan rezeki..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.187849 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top