CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Akan Perangi Jepun Jika Pesawatnya Ditembak!

29-10-2013 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5113| Komen: 28

Description: Tokyo: Tentera Jepun Diletakkan Di Dalam Keadaan Berjaga-Jaga Semalam Ketika Tokyo Dan Beijing Terus Bertikam Lidah Berhubung Kepulauan Yang Menjadi Rebutan Di Laut China Timur Yang Terletak Antara O ...
Amaran Beijing, Tokyo dianggap  isytihar perang jika pesawatnya ditembak


Tokyo: Tentera Jepun diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga  semalam ketika Tokyo dan Beijing terus bertikam lidah berhubung kepulauan yang menjadi rebutan di Laut China Timur yang terletak antara Okinawa dan Taiwan.      


Pada masa sama Tokyo mengerah jet tempur membuat rondaan  di kepulauan Okinawa selama dua hari sebagai reaksi balas apabila pesawat tentera China terbang berhampiran di ruang udara di perairan antarabangsa berhampiran wilayah itu.  
    
Kami menasihatkan pihak yang relevan supaya tidak memandang rendah pendirian tegas tentera China untuk menjaga kedaulatan wilayahnya” Geng Yansheng, Jurucakap kementerian pertahanan China
      
Beijing berang

Kelmarin, Beijing berang dengan laporan yang menyatakan Jepun merancang menembak jatuh pesawat kawalan jauh asing yang menceroboh ruang udaranya jika amaran meninggalkan kawasan itu tidak dihiraukan.

“Kami menasihatkan pihak yang relevan supaya tidak memandang rendah pendirian tegas tentera China untuk menjaga kedaulatan wilayahnya.

“Jika Jepun mengambil tindakan seperti menembak jatuh pesawat seperti dikatakan, ia bakal menimbulkan provokasi serius, tindakan perang dan kami akan memberi tindakbalas keras dengan akibatnya, ditanggung pihak yang menyebabkan provokasi,” kata jurucakap kementerian pertahanan China, Geng Yansheng.      

Agensi berita Kyodo menyatakan, Tokyo membuat rancangan itu selepas pesawat kawalan jauh tentera China memasuki zon  pertahanan udara Jepun berhampiran pulau yang menjadi rebutan di Laut China Timur bulan lalu.

Laporan menyatakan pesawat tentera China, dua pesawat Y8 dan dua pesawat pengebom H6,  terbang dari Laut China Timur ke Lautan Pasifik sebelum kembali, tetapi tidak menceroboh ruang udara Jepun.

Pemimpin Jepun sebaliknya  memberi amaran kepada China supaya tidak mengubah keseimbangan kuasa di rantau itu dengan kekerasan, ketika laporan semalam menyatakan kerajaan mengerah jet tempur sebagai tindak balas kepada pesawat tentera China yang berlegar di ruang udara berhampiran Okinawa.                            



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 28-10-2013 02:27 PM
china tu tak cukup2 lg ka tanah yg luas....
Quote wak_karman 28-10-2013 02:28 PM
sbb 1 pulau...

jepun tuntut

china tuntut

taiwan pun tuntut...
Quote sueism 28-10-2013 02:43 PM
Gila KUASA !!!!!
Quote MissNigga 28-10-2013 02:45 PM
Dah ler tu CHN oite....
Punya ler luas tanah CHN tu... lagi mau klaim pulau pulau kecik....
Quote tebuanharimau 28-10-2013 02:46 PM
dino posted on 28-10-2013 02:27 PM
china tu tak cukup2 lg ka tanah yg luas....

tamaknye lah kan?
Quote dino 28-10-2013 02:49 PM
tebuanharimau posted on 28-10-2013 02:46 PM
tamaknye lah kan?

mmg tamak gile... aku ingat china leh jd pelindung negara2 rantau ni.... lawan sama US nun.... rupanya tidak.....
Quote NIXAR 28-10-2013 02:51 PM
Indon x nak klaim sekali ke? bang @dino         
Quote tebuanharimau 28-10-2013 02:52 PM
dino posted on 28-10-2013 02:49 PM
mmg tamak gile... aku ingat china leh jd pelindung negara2 rantau ni.... lawan sama US nun.... rup ...

Taiwan tu pun dia dok klaim kan? dah dapat Hong Kong , Macau pun x cukup2 lagi
Quote BurningTimes 28-10-2013 02:53 PM
Dua-dua ummah ini ada sejarah ketamakan, si jepun caprut yang hampir membuat semua melayu mempunya DNA japanois ini dahulu  ini pun tamak jugak sebab nak menjajah negara orang dan mengambil tanah, yang cina kefir lehnatullah bukit Qmolangma ini pun sama tamak dengan perangai komunisnya. Selayaknyalah dua2 ini berperang, janji Malaysia masih aman.
Quote nexusys 28-10-2013 02:54 PM
China ni patut di nuclear kan jek..... menyusahkan jek..
la ni bajet dah lengkap semua kelengkapan, sudah naik tocang daaaa......

Quote JohnDeSouza 28-10-2013 02:57 PM
hati2 dgn orang tamak .bahaya..
Quote apam 28-10-2013 03:08 PM
china vs jepun. Korang sokong mana?
Quote PerKasa 28-10-2013 03:13 PM
apam posted on 28-10-2013 03:08 PM
china vs jepun. Korang sokong mana?

aku sebagai org bumi mestilah sokong Jepun dan juga korea.
kedua2 bangsa ni sangat dihormati dunia.




Quote Artemesiaa 28-10-2013 03:18 PM
Musuh lama dedua tu kena cuit sikit cepat je panas
Quote lavajaza 28-10-2013 03:33 PM
korang kutuk kutuk perangai ummah ummah CHN vs. JPN

apa bedanya ummah ummah malaysia berperang mulut ngan ummah ummah indon
Quote apam 28-10-2013 03:33 PM
PerKasa posted on 28-10-2013 03:13 PM
aku sebagai org bumi mestilah sokong Jepun dan juga korea.
kedua2 bangsa ni sangat dihormati duni ...

aku sokong china la. China dah lama jadi kawan malaysia. Baru2 ni presiden china  xi jinpeng pun turun kl. jepun/korea ade?
Quote PerKasa 28-10-2013 03:39 PM
apam posted on 28-10-2013 03:33 PM
aku sokong china la. China dah lama jadi kawan malaysia. Baru2 ni presiden china  xi jinpeng pun t ...

president dia turun pasal supplied amoi kat mesia
untung manyak wooi
low cost high return.



Quote jkkkj 28-10-2013 04:05 PM
Kalau jadi betul,alamatnya meletus la Perang China-Jepun yang ketiga...huhuhu.
Quote putput 29-10-2013 11:50 AM
kalu china vs jepun perang...sapa menang?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056488 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top