CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lah Mengaku 'Old Fashion', Masih jual CD Lagu

23-11-2020 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5596| Komen: 24

Description: Ketika pasaran dunia tertumpu kepada platform digital, penyanyi Lah Ahmad berani mengambil risiko menerbitkan album fizikal.
Ketika pasaran dunia tertumpu kepada platform digital, penyanyi Lah Ahmad berani mengambil risiko menerbitkan album fizikal.

Tampil dengan album berjudul Selamat Datang Cinta, sebagai permulaan, Lah menjual 1,000 unit cakera padat (CD) buat peminat.


Lah atau nama penuhnya, Abdullah Ahmad teruja menghasilkan album fizikal dan memasarkannya melalui media sosial.


"Jika diikutkan, saya merancang mengadakan sidang media pelancaran album ini.

"Namun, dengan keadaan pandemik COVID-19, ia tidak mengizinkan. Jadi, saya jual CD ini melalui media sosial seperti Instagram," katanya kepada BH Online.

Lah yang mencipta nama bersama kumpulan VE sedar banyak pihak skeptikal dengan penghasilan album fizikal ketika pasaran muzik tidak menentu.

"Namun, saya rasa lebih puas apabila menghasilkan album yang boleh disentuh dan dirasa dengan tangan... Lebih berkat.

"Mungkin saya jenis 'old fashion', tetapi tidak mengapa. Cetakan CD hampir terjual semuanya. Ini yang membuatkan saya puas dan gembira," katanya.



Bercerita lanjut mengenai album Selamat Datang Cinta, Lah berkata, proses rakaman bermula sejak Mac lalu, iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

"Album ini ditawarkan dalam dua pakej. Pakej A hanya cakera padat. Pakej B pula menawarkan hadiah lain.

"Saya fikir masih ada peminat mendengar lagu melalui CD seperti di dalam kereta ketika memandu. Jadi, bukan masalah buat saya.

"Namun, Insya-Allah, saya akan pasarkan album ini secara digital kelak," katanya.

Foto: IG

Dalam buah tangan terbarunya itu, Lah bekerjasama dengan Haqiem Rusli dan Aina Abdul.

"Haqiem cipta lagu berjudul Sejarah untuk saya. Haqiem jumpa saya dua tahun lalu menyatakan hasrat mahu memberikan lagu... Akhirnya jadi kenyataan.

"Aina pula saya tampilkan dalam lagu Tunggu Kamu. Lagu itu ciptaan saya sepenuhnya.

"Saya memang bercita-cita berduet dengan artis baharu. Dalam ramai penyanyi, tuah menyebelahi Aina," katanya.


Mengenai pembabitan dirinya dalam Konsert Inteam 20 Tahun, Lah akan menyanyikan dua lagu solo selain berduet dengan kumpulan nasyid itu.

Selain Lah, Khai Bahar, kumpulan Exists, Hijjaz dan UNIC turut diundang memeriahkan konsert dalam talian yang akan dianjurkan di Warisan Hall Studio, Sijangkang, pada 12 Disember ini.

Konsert itu dikendalikan melalui Geran Dana Kandungan Digital (DKD) yang disalurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tiket konsert dalam talian yang ditawarkan pada harga serendah RM10 hingga RM200 itu boleh dibeli dengan melayari www.inteam.my. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 23-11-2020 02:01 PM
Suara dia best
Quote Ara_roro93 23-11-2020 02:16 PM
I ngaku I slh sorang fan setia kat suara heolls since wif VE , now I paling suka dgr heolls zikir/qasidah ... heolls pun slh 1 retis yg ada signature voice ! Go Lah go !
Quote KIM.K 23-11-2020 02:16 PM
Ala..cd boleh burn tp tak boleh copy
Kan copyright intelligence gitu
Lgpun kalau jual tenet murah gila RM4.99 bagai
Baik lg cd
Quote Kurex 23-11-2020 02:18 PM
Suka tgk lukisan dia
Quote mamajawie 23-11-2020 03:49 PM
suara lah ni sedap..n muka kendu gak..cuma yela skang da makin berumur tapi muka still herlok lagi..ehehhe
Quote husna_amal 23-11-2020 04:21 PM
Mungkin dia dah ada target sasaran pembeli.
Quote nazzse 23-11-2020 04:23 PM
Still your fan bang lah {:childlike
Quote Jitu 23-11-2020 04:27 PM
mcm mana nak play dlm kete2 baru skrg dah xda tmpt play cd
Quote j4bl4i 23-11-2020 04:37 PM
bukan kereta je, dekat rumah aku pundah xde tempat cucuk cd..
ikut trend please.
Quote September14 23-11-2020 05:21 PM
Skg ni pkai spotify etc senang.. mp3 pun dah ketinggalan apatah lg cd. Tp x tau la mcmne spotify byr kt pnynyi smua tu. Mesti x masyuk sgt kn
Quote dekmieDandy 23-11-2020 05:38 PM
nape dia tak join SFMM haritu memang tak geng dah ke
Quote Perawankota 23-11-2020 07:27 PM
Suara dia sedapnya alahai...
Quote alesandra 23-11-2020 07:33 PM
bagi peminat muzik sejati ada je lagi cd player tu berfungsi.......
Quote addamnor 23-11-2020 09:40 PM
Aiyoh please move along with technology iya kalau nak survive longer
Quote RatuDunia94 23-11-2020 10:18 PM
More to collection item utk peminat je. Bbnu beli pun x tau nak cucuk kat mana.. kat kamlung iols ada sorang pakcik ni dia gantung2 cd kat kebun utk halau babi n monyet.. haha
Quote August 23-11-2020 10:21 PM
Bestnya suara Lah.
Quote izat123 23-11-2020 10:25 PM
Sebagai salah sorang yang beli cd dia, memang laku lah jugak kot cd dia sampi first batch sold out, aku beli second batch punya. Second batch pun selling fast. Tapi dia print 1000 cd je so stock agak limited. Btw market untuk cd dengan vinyl kalau ada peminat boleh je jalan setakat 1000 keping.
Quote Carcosa 23-11-2020 10:38 PM
Dulu Lah ni membuat kan korsani meols vibrate bak gempabumi berskala richter 10.3 ya.
Tgk VE performed kat MidValley, then meols dgn kwn meols kejar mwreke sehingga ke parking lot
Dpt jua bergambar dgn Lah. Buat modal lepas tu
Quote mamarilia 23-11-2020 10:39 PM
piring hitam pun ada yg mengumpul lagi...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059630 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top