CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Sayur Recycle

22-10-2013 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13479| Komen: 46


Warga Myanmar menolak troli mengandungi sayur di sekitar pasar borong Selayang.

PERNAHKAH anda terfikir sayur yang dimakan mungkin datangnya dari tong sampah?


Bunyinya mungkin tidak masuk akal, namun hakikatnya itu yang berlaku di Pasar Borong Selayang apabila warga Myanmar terus melakukan kegiatan mengutip sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar borong sebelum mereka 'recycle' dan menjualnya semula.
        
Permasalahan tersebut terus berulang meskipun isu tersebut pernah dilaporkan sebelum ini.
        
Pelbagai langkah juga telah diambil untuk menghalang kegiatan kaut untung atas angin selain mencemar kualiti sayur yang telah digredkan sebelum dijual kepada umum.

        
Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati kegiatan itu masih berlaku meskipun tidak terlalu ketara.
        
Salah seorang pekerja pembersihan, Munish, 21, berkata, sejak dia bekerja di situ lapan bulan lalu, kegiatan itu masih berlaku lebih-lebih lagi selepas pembersihan dilakukan.
        
“Biasanya mereka akan kutip sekitar jam 7.30 pagi sebelum pembersihan dan tengah hari selepas pembersihan dibuat.
        
“Mereka biasanya datang secara individu, ada kalanya ramai kadangkala hanya dua atau tiga orang,” katanya kepada Sinar Harian.
        
 Wartawan yang berada di lokasi sejak kira-kira jam 7 pagi bagaimanapun tidak melihat kelibat mencurigakan di tempat pembuangan sampah.
        
Penantian sehingga kira-kira jam 11.30 pagi akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa lelaki dipercayai warga Myanmar dilihat menolak troli berisi bakul yang dipenuhi sayur-sayuran dari arah pasar borong dengan lagak mencurigakan.
        
Wartawan turut menemui bakul-bakul berisi sayur yang tidak berapa segar dilonggokkan di kawasan parkir.
        
Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat lelaki mencurigakan dalam tong tempat pembuangan sampah di pasar borong sedang membongkokkan badan mengeluarkan sesuatu.
        
Apabila didekati, kelihatan lelaki itu mengeluarkan sebiji buah tembikai namun situasi itu tidak sempat dirakamkan.
        
Tidak puas hati dengan keadaan itu, wartawan mengambil keputusan untuk masuk ke ruang tempat pembuangan sampah itu untuk melihat dengan lebih dekat.
        
Mengejutkan apabila terdapat seorang wanita dipercayai warga Myanmar bersama anaknya sedang mengasingkan sayur jenis kacang panjang di satu sudut tempat pembuangan itu.
        
Kehadiran wartawan untuk beberapa ketika itu ternyata mendatangkan rasa kurang senang apabila dia kemudian segera bangun dan bergegas meninggalkan tempat tersebut.


12

Bagus
2

Marah
11

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 22-10-2013 12:55 PM

Longgokan sayur yang diletakkan bersebelahan tempat pembuangan sampah.

Quote rospinki 22-10-2013 12:58 PM
....baru balik cameron banyak beli sayur segar2 dari ladang pastu pgi je pasar malam belambak sayur2 yg aku suka..kailan..brandi..eh bendi..turung..brokoli..kobis bunga ..karet..murah2 je takat makan aku sorg
Quote DianKdeja 22-10-2013 01:16 PM
kalu org gaji 1500 ada anak 5 duk kat bandar ..so apa pilihan yg dia ada? takkan nak beli sayur organic
Quote famri7 22-10-2013 01:19 PM
Belajar2 la tanam sayur sendiri..feeling gila mkn sayur hasil sendiri..nyum2
Quote mawarmatahari 22-10-2013 01:29 PM
adik i dlm proses menanam sayur..i???aduh...
Quote JohnDeSouza 22-10-2013 01:33 PM
mana ndak cr panduan menanam sayur?
Quote monreyes 22-10-2013 01:35 PM
hopefully sayur tu diambil utk kegunaan mrk sendiri je...
maklum la..mrk suka save bajet..kucing pun balun
Quote jengkoil 22-10-2013 01:36 PM
famri7 posted on 22-10-2013 01:19 PM
Belajar2 la tanam sayur sendiri..feeling gila mkn sayur hasil sendiri..nyum2

A'a...tanam sayur ketom..bleh letak dlm laksa...
Quote fire_place 22-10-2013 02:03 PM
Dekat flat pendatang asing kat tmn u johor..
Dulu ada warga asing buka meja jual sayur kutip.
Skrg xtau lh.
Quote mommymonster82 22-10-2013 02:08 PM
jengkoil posted on 22-10-2013 01:36 PM
A'a...tanam sayur ketom..bleh letak dlm laksa...

Dlm laksa tu daun kesom..
Daun ketom org buat menagih..klu tanam leh kena tangkap...
Hihihihi...boh daun ketom mmg lakulah laksa korg tu..
Org sumer ketagih mkn laksa tu...hihihihi
Quote cammie1711 22-10-2013 02:28 PM
monreyes posted on 22-10-2013 01:35 PM
hopefully sayur tu diambil utk kegunaan mrk sendiri je...
maklum la..mrk suka save bajet..kucing pu ...

tak payah nak hopefully sangat....
sayur tu mmg dorang jual balik...
untung kan? tak payah nk kuar modal apepun
jual sayur je dah boleh beli kete exora
jeles aku!
nk selamat, beli kat dlm pasar jgn beli kt burma tepi jalan
nak lagi selamat, sila la tanam sayur sendiri


Quote haryatie 22-10-2013 02:34 PM
cammie1711 posted on 22-10-2013 02:28 PM
tak payah nak hopefully sangat....
sayur tu mmg dorang jual balik...
untung kan? tak payah nk ...

sayur tu dia org jual semula ker
x pernah lak beli sayur kat dia org..
baik beli kat pasar/shopping mall sekalipun harga mahal sikit
tp kalau beli yg da siap masak...mungkin ker peniaga/taukeh restoran beli kat dia org.. Last edited by haryatie on 22-10-2013 02:36 PM

Quote prettyuglybabe 22-10-2013 02:43 PM
dah lama issue ni. dah berapa kali kena serbu pun, esoknya datang balik myanmar bertiketkan pbb ni.. kat selayang tu penuh dengan kaum dorang je..
Quote alepmama 22-10-2013 02:44 PM
ni dah lama berlaku kat pasar borong selayang yang jijik dan busok tu!!
Quote cammie1711 22-10-2013 02:57 PM
haryatie posted on 22-10-2013 02:34 PM
sayur tu dia org jual semula ker
x pernah lak beli sayur kat dia org..
baik beli kat pasar/shopp ...

dorang jual balik kat tepi jalan pasar borong tu
selalunya I tgok ade je org yg beli byk2 dr burma ni
maybe tu pengusaha restoran kot..
tu la, kalau sanggup makan boleh je beli, jimat pun jimat
kalau x sanggup mkn, beli je kt supermarket
mahal tapi puas hati
nak beli yg hidroponik pun boleh
I selalu pegi supemarket BIG kt opis ni
geram je tgok daun salad dia segar bugar
xdela mahal sgt pun


Quote AbukRokok 22-10-2013 03:02 PM
bila la nak buat operasi pembersihan etnik ni....
hari tu kejap je buat operaasi pemutihan ...berapa je kne tangkap dah agak dah....

malaysia bukan tanah melayu tapi tanah rojak
Quote niceghost2005 22-10-2013 03:06 PM
tongkatwaran75 posted on 22-10-2013 12:55 PM
Longgokan sayur yang diletakkan bersebelahan tempat pembuangan sampah.

O.k. ler tu.................

Kalau depa tak makan, depa kasi jer kat VAVI makan.
Hangpa kena ler intip.................kandang VAVI mana yg depa kasi tu??
Entah2 yg berdekatan.

p/s rezeki ada di mana mana. Saper ghajin............dier yg dapat. Hangpa apa tau....
Quote gaara_X 22-10-2013 03:24 PM
korang kena pilih betoi laa.....ngan agak rasa murah beli....beli yang tong sampah ler tue....
Quote Muntz 22-10-2013 03:40 PM
Sayur camnie elok buat kimchi jer.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.234475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top