CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dadah: Pekerja Kilang Diperintah Bela Diri

22-10-2013 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3420| Komen: 3

Description: Alor Setar - Seorang Pekerja Kilang Diperintah Membela Diri Manakala Isterinya Dilepas Dan Dibebaskan Oleh Mahkamah Tinggi Di Sini Hari Ini Terhadap Tuduhan Mengedar Dadah Dua Tahun Lepas.
ALOR SETAR - Seorang pekerja kilang diperintah membela diri manakala isterinya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mengedar dadah dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim dalam keputusannya berkata mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Fauzi Ismail, 35.

"Benda-benda dalam kereta itu patut dalam pengetahuan Ahmad Fauzi (tertuduh) kerana kereta itu didaftarkan atas namanya yang dibeli kira-kira lima bulan sebelum ditangkap. Isterinya mungkin tidak mengetahui.

"Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan tujuh saksi pendakwaan termasuk pegawai penyiasat dan pakar kimia yang tidak dicabar pihak pembelaan," katanya.

Mahkamah menetapkan 1 Dis ini untuk mendengar pembelaan kes itu.

Ahmad Fauzi dan isterinya Faizah Hamzah, 39, pengusaha butik di Kulim dituduh mengedar dadah methamphetamine seberat 6,782.2 gram dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pasangan itu ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam sebaik tiba dari Thailand pada 9.30 pagi 5 Ogos 2011.

Polis yang menggeledah kereta dipandu Ahmad Fauzi itu menemui 16 paket dadah di dalam satu ruang tempat menyandar penumpang bahagian belakang.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Faizah melahirkan kesyukurannya dengan keputusan itu selain akan meneruskan perniagaannya mencari wang bagi membela suaminya.

Mereka mempunyai empat anak berumur lima hingga 20 tahun.

Pasangan itu diwakili peguam Datuk Naran Singh dan Anbanathan Yathiraju manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menjalankan pendakwaan.

12

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote undark 21-10-2013 11:33 AM
bersalah.. terimalah hukuman..
Quote Al-Patih 22-10-2013 06:28 AM
Ahmad Fauzi Ismail, 35....tu dah besar gajah ...siapa nak bela dia  ..

Quote nurul_akmar 23-10-2013 11:18 AM
umur husband 35, anak dh 20 tahun?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058179 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top