CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Najwa Mahiaddin Rancak Bina Nama Di Kota New York

17-10-2013 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15870| Komen: 124

Description: Baru Sahaja Selesai Membuat Persembahan Di Wynn Resorts, Las Vegas, Najwa Mahiaddin Yang Kini Menetap Di Kota New York Mula Mengorak Langkah Dalam Bab Baru Kehidupannya. . Baru Sahaja Selesai ...

.



Baru sahaja selesai membuat persembahan di Wynn Resorts, Las vegas, Najwa Mahiaddin yang kini menetap di kota New York mula mengorak langkah dalam bab baru kehidupannya.

Setelah menamatkan pengajiannya di Berklee College of Music di Boston, Massachusetts dalam jurusan Contemporary Writing and Production, dia telah membuat keputusan untuk pergi ke Big Apple untuk meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian. Hanya baru beberapa bulan sahaja berpindah, Najwa kini sibuk dengan persembahan-persembahan gig di kafe-kafe and kelab-kelab di sekitar Brooklyn dan Manhattan.

Sewaktu membuat persembahan dengan kumpulan tersebut, Najwa selalunya akan menyanyikan lagu-lagu Erykah Badu atau Jill Scott dan juga lagunya sendiri. Seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Haruka Yabuno selaku keyboardist turut menyumbangkan lagu ciptaannya untuk dinyanyikan oleh Najwa.

Dia bukan sahaja membuat persembahan di Las Vegas, bahkan juga di Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica, semua oleh kerana idea rakannya, Andres.

“Saya berasa amat teruja dapat membuat persembahan di hadapan para penonton di sana. Sambutannya amat menggalakkan! Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal saya kerana ianya lain daripada yang biasa mereka dengar dan mereka hanya bertutur dalam bahasa Sepanyol. Walaupun bahasa merupakan masalah utama, ia sama sekali tidak menghalang mereka untuk menghayati persembahan kami kerana muzik itu kan bahasa yang universal dan itulah keistimewaanya”, ujar Najwa.

Bercerita lagi mengenai pengalamannya, “Selesai membuat persembahan di Costa rica, pagi berikutnya kami menaiki bas untuk ke Nicaragua dan perjalanan tersebut memakan masa selama sepuluh jam. Setibanya di destinasi, kami terus melakukan sound-check, makan sedikit dan terus membuat persembahan.”

Walaupun perjalanan tersebut panjang dan memenatkan, dia sedikit pun tidak mengeluh kerana baginya bukan selalu peluang sebegini rupa muncul.Dalam kesibukkan membuat persembahan, Najwa masih sempat menghasilkan projeknya sendiri. Terbaru, dia dalam proses menghasilkan EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono.

“Sebenarnya lagu tersebut telah pun dihasilkan pada tahun lepas and kami ingin menerbitkannya pada tahun yang sama. Malangnya, berlaku kecurian dan rakan saya kehilangan lagu kami dan kami terpaksa menghasilkannya semula.”

Akhirnya EP tersebut terpaksa ditangguhkan penghasilannya semula kerana masing-masing sibuk, Najwa dengan persembahan di New Yowk dan Harsya dengan pelajarannya.

“Kini, kami berdua tidak beberapa sibuk dan kami rasakan sekarang adalah masanya untuk menyiapkan lagu tersebut,” tambahnya. EP tersebut akan mempamerkan sentuhan berbeza daripada apa yang pernah dihasilkannya sebelum ini,

“Lagu ini pastinya berlainan daripada lagu Got To Go yang mempunyai nada gembira. Kami juga telah menambahkan elemen elektronik tetapi masih mengekalkan irama RNB. Ia sebenarnya mempunyai pengaruh lagu-lagu daripada James Blake dan Little Dragon. Kami mengharapkan lagu tersebut dijangka siap pada bulan hadapan dan akan di keluarkan lewat tahun ini.”

“Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan saya di arena muzik di sini dan saya juga masih mempunyai beberapa lagi projek yang bakal dihasilkan bersama penerbit-penerbit lain. Salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, seorang gitaris dan komposer yang amat berbakat.

"Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. Insya-Allah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai atau jika ada peluang dan untuk tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan mini showcase ataupun konsert.

“Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan ramai individu-individu yang menakjubkan dan berbakat luar biasa yang saya kenali sejak dari kolej lagi dan perlahan-lahan membuat jaringan kenalan dan terus bekerja keras.”, jelasnya.

Kini, Najwa merasakan bahawa masih banyak yang perlu di capai di Kota New York dan walaupun dia merindui peminat-peminatnya di Malaysia, dia berharap bahawa mereka dapat memahami ketiadaannya yang sementara dan akan tetap terus menyokong perjalanan seninya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adik^manis 17-10-2013 11:01 AM
die ni boleh dianggap sendu jugak ke caner??
Quote lyza2474 17-10-2013 11:14 AM
suara dia best giler
Quote adik^manis 17-10-2013 11:15 AM
lyza2474 posted on 17-10-2013 11:14 AM
suara dia best giler

agreed....

Quote ellZack 17-10-2013 11:23 AM
suara dia best tapi mungkin tak boleh masuk dgn most of rakyat malaysia..
Quote forex 17-10-2013 11:24 AM
anak muhidin yasin...
Quote forex 17-10-2013 11:25 AM
anak ketiga...
Quote exowl 17-10-2013 11:38 AM
anak muhyiddin tapi ejaan lain je?
Quote jaja4 17-10-2013 11:38 AM
walaupn aku x suke bapaknye.. hihi, tp suara die best.. lain dari market malaysia yg balik2 suara  nk mcm siti..
Quote adik^manis 17-10-2013 11:41 AM
ellZack posted on 17-10-2013 11:23 AM
suara dia best tapi mungkin tak boleh masuk dgn most of rakyat malaysia..

takpalah..bapak die kaye....
duit boleh popularkan orang...
Quote bby2124 17-10-2013 11:50 AM
yup suara best tp susah nak masuk pasaran malaysia
Quote little_sis 17-10-2013 11:50 AM
suara dia mmg best.. ok la dia ada bonus kira org berada gak kan..
Quote larikesurga 17-10-2013 11:56 AM
got to go je kot yg best..
Quote aminsaniah 17-10-2013 12:03 PM
lagu dia yg aku tau got to go ja..
Quote mafilee 17-10-2013 12:12 PM
dia nyanyi live gempak kot..masa aku gi AIM live dia perform utk opening .. meremang bulu roma aku dgr dia nyanyi...dia bawa lagu klasik pun sedap gile...aku tak paham kenapa dia x fames kat mainstream malaysia..
Quote cikatilia 17-10-2013 12:21 PM
lyza2474 posted on 17-10-2013 11:14 AM
suara dia best giler

yep. setuju!
sedap banget
Quote hanezzafirah 17-10-2013 12:23 PM
kat malaysia pun x laku nak gi new york bagai...sian
Quote alin80jb 17-10-2013 01:06 PM
lyza2474 posted on 17-10-2013 11:14 AM
suara dia best giler

setuju sgt!
Quote aqissa 17-10-2013 01:34 PM
suara dia mmg ada class tersendiri...suka
Quote engkumoon 17-10-2013 01:39 PM
kalau femes kat malaysia nanti di kata gak..anak TPM kan.

biarlah dia kat sana. jatuh bangun sendiri tak guna populariti bapa.

suara dia unik. genre dia tak hadam dek org sini.

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.063960 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top