CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peralatan Tak Cukup? Petugas Kesihatan Guna Plastik Sampah Jahit Baju PPE

24-3-2020 11:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6681| Komen: 45|Original author: oleh: natrahn

Description: Peningkatan kes COVID-19 sehingga kini menyebabkan stok peralatan petugas kesihatan semakin berkurangan. Tambahan pula, isu kekurangan bekalan sut pelindung (PPE) kini merupakan satu isu global.


Peningkatan kes COVID-19 sehingga kini menyebabkan stok peralatan petugas kesihatan semakin berkurangan. Tambahan pula, isu kekurangan bekalan sut pelindung (PPE) kini merupakan satu isu global.

Satu klip video menunjukkan kakitangan hospital menggunakan beg plastik sampah sebagai sut pelindung sementara menjadi tular di media sosial.

Video tersebut yang dipercayai diambil dari sebuah hospital di Kelantan menunjukkan petugas kesihatan di barisan hadapan melawan Covid-19 menggunakan plastik tersebut sebagai penutup kepala.


Loading FB Post...


Sementara itu, di Hospital Lahat Datu, petugas kesihatan terpaksa menjahit sendiri pakaian pelindungan diri (PPE) berikutan kes COVID-19 di Sabah meningkat.



Ada juga rakyat Malaysia yang prihatin, Muhsin Abd Ghani membuat sendiri pelindung muka untuk disumbangkan kepada petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.


Kredit Foto - Facebook Muhsin Abd Ghani

Ia menjadi pakaian sementara untuk melindungi kakitangan tersebut daripada dijangkiti virus maut berkenaan.

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam sidang media di sini hari ini (23 Mac), pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini, 

"Kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE daripada pelbagai pihak dan sejumlah tiga juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti kesihatan mengikut keperluan," katanya yang dipetik dari laporan Astro Awani.

Moga dipermudahkan urusan barisan hadapan kita. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 24-3-2020 11:25 AM
Geng geng jahit ada bantu. Hospital bagui material. Depa jahit tanpa upah. Terharu dgn sikap mereka. Ramai2 nak bantu berkhidmat utk negara
Quote Dwdrum 24-3-2020 11:30 AM
guna raincoat sakarang bukan hujan season ...
Quote Scheherazade 24-3-2020 11:33 AM
Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan mereka dan dilindungi dari jangkitan.
Quote Tinot7 24-3-2020 11:37 AM
desperate times call for desperate measures...
Quote im4me 24-3-2020 11:39 AM
Kalau dari awal tahun membuat persediaan tidak lah jadi macam ni ....
Quote sarah82 24-3-2020 11:40 AM
Dwdrum replied at 24-3-2020 03:30 PM
guna raincoat sakarang bukan hujan season ...

Boleh beli dan bagi hospital? Kalau boleh aku nak cari.
Quote MadameOnion 24-3-2020 11:42 AM
sarah82 replied at 24-3-2020 11:40 AM
Boleh beli dan bagi hospital? Kalau boleh aku nak cari.

kat penang dah byk corporate company dok bagi ppe suit dgn n95..kalau hang nak bg sumbangan boleh call terus pengarah kesihatan negeri...sedia menunggu ni
Quote mamija 24-3-2020 11:42 AM
sedihnya tengok video ni. semoga semua frontliners bertabah
Quote sarah82 24-3-2020 11:46 AM
MadameOnion replied at 24-3-2020 03:42 PM
kat penang dah byk corporate company dok bagi ppe suit dgn n95..kalau hang nak bg sumbangan boleh  ...

Wokies.. Aku nak cari la kat shopee harga ok dan berkualiti.. Lps tu pos terus ke pejabat kesihatan negeri.
Quote sarah82 24-3-2020 11:48 AM
MadameOnion replied at 24-3-2020 03:42 PM
kat penang dah byk corporate company dok bagi ppe suit dgn n95..kalau hang nak bg sumbangan boleh  ...

Mcm ni boleh kan? Aku tak ada la mampu byk byk.. Tapi boleh la setakat 50 set.
Quote Dwdrum 24-3-2020 11:49 AM
sarah82 replied at 23-3-2020 07:40 PM
Boleh beli dan bagi hospital? Kalau boleh aku nak cari.

aku tidak bagi raincoat ..tapi simpanan aku ada raincoat tidak banyak... aku sudah barang hantar bagi kepada security guard tapi paper bag aku ada tulis ward ....

hang cari di 7e ..aku beli di 7e ...... hang grab cepat sebelum habis ... murah saja

Quote xtahumenahu 24-3-2020 11:50 AM
Nak buat ppe tu guna material apa2 je ke?janji pakai buang eh?
Quote sarah82 24-3-2020 11:54 AM
Dwdrum replied at 24-3-2020 03:49 PM
aku tidak bagi raincoat ..tapi simpanan aku ada raincoat tidak banyak... aku sudah barang hantar b ...

Mslh aku x boleh keluar.. Kalau boleh mmg aku borong dah...
Quote FanTasyCreaTioN 24-3-2020 11:55 AM
Moga dipermudahkan urusan mereka dan dilindungi mereka dari jangkitan.
Quote sarah82 24-3-2020 11:58 AM
Dwdrum replied at 24-3-2020 03:49 PM
aku tidak bagi raincoat ..tapi simpanan aku ada raincoat tidak banyak... aku sudah barang hantar b ...

Material plastik sampah sama mcm ni kan?
Quote Ladybird910 24-3-2020 12:05 PM
Oh mai...menangis tgk how the struggle...kasihan mereka...

Yet there are some selfish ignorant ppl ke hulu ke hilir siap ckp i know what im doing..speechless!
Quote Ladybird910 24-3-2020 12:07 PM
Edited by Ladybird910 at 24-3-2020 12:10 PM
sarah82 replied at 24-3-2020 11:46 AM
Wokies.. Aku nak cari la kat shopee harga ok dan berkualiti.. Lps tu pos terus ke pejabat kesihata ...


Semoga Allah murahkan rezeki ko sarah dan juga forumer2 lain yang mbantu.amin..jiwa besar..baik hati.Allah sahaja yang boleh bls jasa chuols sume..tahniah!
Quote sarah82 24-3-2020 12:09 PM
Ladybird910 replied at 24-3-2020 04:07 PM
Semoga Allah murahkan rezeki ko sarah.amin..jiwa besar..baik hati btol.jgn lupa tunjuk jahitan ko  ...

Wakakakaak.. Choiiii.. Aku x ada mood nak menjahit.. Dok tido saja ni.. HHaha.
Quote MadameOnion 24-3-2020 12:18 PM
sarah82 replied at 24-3-2020 11:48 AM
Mcm ni boleh kan? Aku tak ada la mampu byk byk.. Tapi boleh la setakat 50 set.

hang try call JKN kedah..sbb ikut negeri jugak..tengok pengarah dia nak luluih spec mcm mana 04-7741000..btw aku bukan frontliner tau...aku bukan doktot or paramedic...aku backliner ja support frontliner..tak penting pun..hahaha

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.161078 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top