CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kenapa Rakyat Masih Tenang? Kami Perlu Cari Sesuap Nasi, Bukan Macam YB Gelabah Ja"

26-2-2020 09:43 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 8727| Komen: 37|Original author: Oleh: green_lantern

Description: "Rakyat kena tenang, sebab walau siapa pun yang dipilih gaji korang sama je."


"Rakyat kena tenang, sebab walau siapa pun yang dipilih gaji korang sama je."


Kredit foto: Twitter


Masih dalam kemelut tidak berkerajaan, sikap rakyat Malaysia yang disifatkan masih tenang serta menjalankan tugasan seperti biasa dipuji ramai pihak. 

Mengakui perpaduan ini adalah hasil masyarakat majmuk yang mengamalkan demokrasi, semuanya dilihat masih terkawal.

Namun, laporan berita ini disambut sinis oleh warganet yang menegaskan mereka tetap perlu bekerja mencari sesuap nasi kerana politik itu sendiri tidak menjanjikan pendapatan buat mereka. 


Kredit foto: Google

Itu adalah pendapat ikhlas rakyat kerana masih ramai yang dalam kesusahan hanya untuk menyara hidup.

Jika ahli politik masih ego dengan parti masing-masing, golongan marhein masih setia membuat dua atau tiga kerja hingga ada yang mengalami kemalangan kerana terlalu penat. Jadi, kesibukan dari hiruk-pikuk politik ini dinamakan ketenangan rakyat Malaysia.



Kredit foto: Google

Ya, masing-masing sudah bosan dengan percaturan politik yang hanya mementingkan poket ahli politik sahaja. Walau siapapun menjadi Perdana Menteri dan ahli kabinet, rakyat masih perlu bekerja dan mengharapkan yang terbaik untuk negara tercinta.


Kredit foto: Google

Sebenarnya, rakyat memerhati segala yang berlaku dari dulu hingga sekarang, tetapi muak dan letih dengan percaturan politik yang tidak pernah habis. 

Apa yang kami mahukan hanyalah kehidupan yang lebih baik seperti diberikan pada mandat Pilihan Raya terdahulu. Ketenangan perlu ada supaya hidup masih kekal seperti biasa. 

Takkan rakyat nak buat himpunan pula? Jadi, semoga ada cahaya dihujung jalan menuju politik yang lebih matang. - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 26-2-2020 09:51 AM
Tenang sebab bodoh
Quote JohnyEnglish 26-2-2020 09:51 AM
bodoh lah sapa yg jadi ulat politik lebih jagn menundi mcm gua ni
Quote rosli_nurizzati 26-2-2020 10:07 AM
bil sampai on time jugak.. hehehe.. yuran tadika, det mengasuh, hutang piutang, semua on time..
Quote Boomibulat 26-2-2020 10:23 AM
Kesian plk kat org tua2 kg..x pgi motong getah sbb nk mengundi..pastu diperkotak katik oleh pemimpin bila dh menang
Quote Skuau 26-2-2020 10:27 AM
dh nk 'abeh' bln ni..bnyk menda nk kena bayor....
Quote fliphair8 26-2-2020 10:29 AM
Motip nak merusuh....macam la takde bil yg nak dibayar...politician makan tak miss walopun dah takde kuasa...helok jek bole layan twitter segala...marhaen tak pi koje takde ler bole main twitter sebab tak bayo telco...pepuak bershit dapig berangan je le nak wat perhimpunan segala bagai....who cares je le....di saat2 ekonomi merudum dan tak menentu...periuk nasi harus dijaga lebih baik....tuan punya syarikat pun patut menghargai jasa staff yg x batak merusuh sebab periuk nasi dia yg dijaga pekerja!
Quote husna_amal 26-2-2020 10:34 AM
Jalankan kehidupan macam biasa itu memang pasti. Sebagai rakyat ambil tahu tentang politik negara pun penting jugak.
Quote sarah82 26-2-2020 10:35 AM
Kami ni.. Jenis relax... Kalau tak, mana ada kes pi shopping raya pukul 1 am di pagi raya.. Korang ada? Hanya rakyat malaysia saja relax mcm ni..
Quote Cassieopeia 26-2-2020 10:56 AM
dengan bil bil yg nak kene bayar, perut yang nak disi harusla buat lek buat keje..
Quote tagas 26-2-2020 10:59 AM
pakat2 tak pyh ngundi jer nnti bkn dpt ape pun penat beratur

nasib marhaen tetap mcm tu jgk parti mane pon yg merintah


cuma mungkin masih ade sekelumit rase cinta pd agama n bangsa jer

terpaksa la jgk hadap
Quote syidasaleh 26-2-2020 11:17 AM
Nak merusuh risau nnt kena penyakit. Org batuk bersin dlm train pun ramai buat muka geli. Ni nnt ramai2 berpanas berhujan lg la senang sakit
Quote cikatilia 26-2-2020 11:28 AM
ambik kisah tapi takkan dok melangut tunggu berita takyah keje apa
sapa nak bayar bill aku suap makan family aku der?
and yg penting... gaji belom dpt lagi sebab belum cukup bulan.
Quote RatuDunia94 26-2-2020 11:38 AM
Kannn.. iols senyum sinis jah dgn ofismate iols yg hari2 sembang psl politik sampai kerja bertangguh2. Baik ko berhenti kerja je lah.. duk umah sembang politik je.
Quote sonatalady 26-2-2020 11:39 AM
Setuju dgn semua komen atas.
Quote Zack8hunter 26-2-2020 11:39 AM
aku rasa ramai malas nak react aggresively sbb 1) dah muak; 2) Masih ada risiko kene Covid-19; 3) komitmen menyara keluarga lebih prioriti..  lagipun skrg zaman internet, kita merusuh dlm internet jah.. lebih jimat masa dan tenaga.. bawangrangers punyer style..
Quote Artemesiaa 26-2-2020 11:52 AM
Masyarakat dah makin cerdik, sekarang zaman informasi dihujung jari.  Tak perlu nak bersuah payah sangat sentiasa ada update dari portal berita utk tahu perkembangan terkini.  Buat apa yang susah2 berpanas tambah2 tengah bimbang akan merebaknya wabak covid-19.  Jika ada yang sakit sendiri jugak yang susah.  Kalau yang jenis gaji hari kalau dah tak kerja mana nak dapat duit bayar bill itu ini bayar hutang tanggung anak bini.
Quote chicozinn 26-2-2020 12:01 PM
Edited by chicozinn at 26-2-2020 04:33 PM

habis rakyat perlu gelabah tetek ke hape skang ni??maaf kak kiah pinjam ayat ko sat..

dah rakyat ni ade ribut ke corona virus tetap la kena pergi kerja kalu tak kena potong cuti tahunan xpun paling jahanam kena ptong gaji..time aku kekecik dulu circa 1997-1998 kat sarawak kena musibah jerebu dahsyat n ribut taufan la nina pun bapak aku tetap kena gi kerja gak walaupun budak2 skola disuruh cuti sebulan time tu..
Quote Bholatchomel 26-2-2020 12:04 PM
duit bukan segala- galanya tp segala - galanya memerlukan duit.. buat apa nak rakyatnak merusuh hanya sebabkan kebodohan dan ketamakan, kegilaan kuasa  korang YB. baiklah pastikan anak bini kat rumah sihat dan cukup makan pakai.. bil2 yang main naik tu kena bayar gak..
Quote DayangKirana 26-2-2020 12:05 PM
tenang tak bermaksud tak risau ape2..

keje tetap kena keje..
tetap kena cari rezeki demi sesuap nasi..

tapi, hati pon risau jugak.
risau percaturan politik yang tak habis2.. risau effect kat ekonomi..
kalau ekonomi dah effected, rakyat jugak yang makin susah..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.217077 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top