CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Reban Manusia' - RM450 Untuk Bilik Sewa Sekecil Ini Sangat Kapitalis Harganya

24-2-2020 08:40 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 10283| Komen: 55|Original author: Oleh: green_lantern

Description: Kisah ini adalah rentetan kemarahan rakyat Malaysia mengenai harga rumah yang semakin melampau. Sementelah, wujud segelintir pembeli rumah kos rendah, lalu menyewakannya kembali dengan harga 'yahudi'.



Kisah ini adalah rentetan kemarahan rakyat Malaysia mengenai harga rumah yang semakin melampau. Sementelah, wujud segelintir pembeli rumah kos rendah, lalu menyewakannya kembali dengan harga 'yahudi'. 

Bukan sahaja harga rumah 'cekik darah', kemudahan yang disediakan juga tidak berpadanan dengan harga dikenakan kepada penyewa. 

Namun, kerana terpaksa, ada sahaja yang sanggup menyewa lalu menelan sahaja kesusahan tersebut. Masalahnya, sampai bila situasi begini harus dibiarkan? Mereka untung, tapi kita?


Kredit foto: Twitter

Rata-rata warganet berkata ianya seperti kembali pada zaman 50-an, lalu merujuk pada cerita Masam-Masam Manis lakonan arwah Tan Sri P Ramlee yang tinggal di rumah 'lodging' Mak Minah dengan kemudahan percampuran lelaki dan wanita serta dapur dan tandas berkongsi. Atau sebenarnya, lebih teruk kerana tiada sebarang perabot di dalam bilik!



Rupa-rupanya, situasi ini sudah pun berlaku di beberapa bandar besar seperti Pandan, Shamelin, Maluri, Johor Bahru dan lain-lain tempat yang kepadatan kilang dan pejabatnya sangat sesak. 

Tidak mustahil jika ianya dibiarkan berterusan, maka lebih ramai kapitalis yang lebih dasyat seperti yang berlaku di negara luar; Singapura, Hong Kong dan New York. 



Kredit foto: Twitter

Apabila berlaku perkara seperti ini, satu yang terlintas, bagaimana ianya diluluskan oleh pihak berkuasa? Jawapannya adalah tiada kelulusan dan ianya dilakukan secara haram. 

Jika berlaku perkara buruk seperti kebakaran, maka ketika itu barulah terbongkar seperti mana tragedi terhadap pusat tahfiz tidak berdaftar.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ada juga yang berkata harga itu adalah normal untuk lokasi di bandar dan sangat banyak permintaanya. Jadi, usahlah menyalahkan kapitalis semata-mata kerana permintaan melebihi penawaran. 


Kredit foto: Twitter

Menurut Azmandae, situasi begini akan terus-terusan berlaku kerana rumah tersebut terletak di lokasi berhampiran pengangkutan awam menyebabkan ramai terpaksa menyewa juga kerana dekat dengan tempat kerja. 

Biarpun ada rumah yang lebih selesa dan harga lebih murah, namun kedudukannya di pinggir bandar yang cuma bas sahaja menjadi  perantara dianggap tidak efektif.

Jadi, susah juga sebenarnya untuk mengekang situasi sebegini. Bilik sewa mahal disebabkan lokasi bandar dan dekat kemudahan, kalau nak murah kena jauh ke dalam. Jadi, kita nak salahkan siapa? - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • kookie92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 24-2-2020 09:02 AM
mcm rumah ayam kat belakang petaling street je
Quote Kurex 24-2-2020 09:09 AM
aku pernah tumpang rumah member satu malam.. macam ni la rumah dia. panassssssssss
Quote nazzse 24-2-2020 09:17 AM
i pun ada bilik nak sewakan ni..middle room, fully furnished lagi..
baru je kosong,untuk perempuan muslim jerr
Quote minahmanja 24-2-2020 09:23 AM
stupid betul sapa yg ckp suke tu... sempit nak mamp...
Quote innocent_me 24-2-2020 09:23 AM
tak lemas ke dalam tu? ke takde pintu?
Boleh report je benda2 gini kat pihak berkuasa.
Quote NekNgah 24-2-2020 09:24 AM
Tolonglah, fikir keselamatan.  Dah lah mahal, renovation macam tu ada ke kelulusan bomba, etc.

SAFETY FIRST !
Quote chicozinn 24-2-2020 09:27 AM
bodohnya la..cm besar bilik air je..muat ke nk letak katil, almari kecik??tah2 tido pkai toto je..kapitalis yahudi btul!!
Quote KIM.K 24-2-2020 09:29 AM
Edited by KIM.K at 24-2-2020 09:32 AM

Ni apa wad kuarantin ke?
Kat korea pun ada tapi ada tingkap pastu floor laki dan perempuan tak bercampur
Advance lagi msia ni[youtube]0YWRPWDqzVg[/youtube]
Quote salmon-suki 24-2-2020 09:37 AM
Ejen selalu amek kesempatan..tgh geram skrg ni sbb ejen tiba2 mtk fee utk renew contract sewa rumah,not per house tp per person..owner pun xtaw ejen bt gitu..

Bila suh ketua rumah tny owner,ketua rumah pn xtny..takut..aiyaaa..mcm2 laa..
Quote salmon-suki 24-2-2020 09:38 AM
nazzse: i pun ada bilik nak sewakan ni..middle room, fully furnished lagi..baru je kosong,untuk perempuan muslim jerr


ktne tu sis?{:smile
Quote rospinki 24-2-2020 09:38 AM
rumah ke reban...ni patutnya kena sita. suka hati letak harga sewa tinggi dgn tahap mcmtu.
kerajaan patut buat rumah sewa mcmni khas utk malaysian saja. selesa dan berpatutan. ni mcm nak kena bakar je aku rasa.
Quote damsel_fiji 24-2-2020 09:39 AM
kat oversea ada je bilik sewa camni..tp lengkap la pengudaraan kitchenette bagai..
ni ruang begitu kau bagi sewa dgn xde tingkapnya..mmg babi
Quote MadameOnion 24-2-2020 09:50 AM
boleh bernyawa ka dalam tu?
Quote bakingsoda 24-2-2020 09:55 AM
patut kosong mcm tu rm100, ada perabot rm200. takyah nak menindas orang sangat, size tu boleh la utk org yg asal ade tpt berteduh
Quote any42 24-2-2020 09:55 AM
xkepam ke bilik xde pngudaraan luar. bnda pling pnting aspek kselamatan mmg out trus ni. pastu camna tah nk ltak brang2 bju bgai. rimasnya. tido mesti mlekap kt dinding. tgk pun dah claustrophobic.
Quote sarah82 24-2-2020 09:59 AM
Kalau aku buat rumah pprt arwah elok2 boleh gak aku sewa no.. Masyukk
Quote sarah82 24-2-2020 10:00 AM
Lagi satu.. Sapa cari rumah sewa area dato keramat sila PM tepi.. Makcik aku ada rumah kosong utk disewa area tu..
Quote LostStar 24-2-2020 10:01 AM
aiyooo seram la.. bg aku mahal sbb xde apa.. kosong gitu jaaa.. atlist buh la katil ka apa ka..

ada kawan daku menginap kat permaisuri appartment jek, tp dia tak renovet satu rumah.. cume dlm bilik tu dia pasang papan pembahagi so kawan daku share dua org la dlm satu bilik tu.. tp tuan rumah sedia2 lengkap barang baik dari sekecik2 anak(cth blender, pembakar roti)  sampai ke benda besar(cth mesin basuh, wifi)... ang bawak sehelai sepinggang jaa...

kemaih elok, keselamatan pn terjamin.. pintu masok dgn ruang tamu pon dia buh cctv...
Quote CiliPadiSedap 24-2-2020 10:02 AM
350 dah termasuk bil air elektrik unifi tu. cuba check balik??

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063912 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top