CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Ais Rm3 Satu Plastik

14-10-2013 12:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7540| Komen: 17

Description: Kota Bharu - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Kelantan Menyelaraskan Harga Pasaran Ais Rm3 Satu Plastik Di Kelantan Sejak 5 Oktober Lalu Disebabkan Beberapa Faktor Termasuk Bahan Api, Gaji Minimum
KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Kelantan menyelaraskan harga pasaran ais RM3 satu plastik di Kelantan sejak 5 Oktober lalu disebabkan beberapa faktor termasuk bahan api, gaji minimum dan kenaikan kos bahan plastik.


Pengerusi persatuan itu, Wan Rosdi Wan Yusoff berkata, penyelarasan harga ais itu mendapat persetujuan daripada 15 kilang di negeri ini dan kenaikan berkenaan berkuat kuasa kelmarin.

“Sabtu lalu, harga ais diumumkan naik sebanyak 50 sen di negeri ini, namun beberapa masalah timbul termasuk harganya tidak diselaraskan dan berbeza dengan jualan dari RM2.50 hingga RM3.

“Masalah kekeliruan ini masih berlaku dalam kalangan agen di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, manakala di tempat lain seperti Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah, masalah harga sudah selesai,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, kata beliau, biarpun harga ais naik, keadaan itu tidak menjejaskan permintaan iaitu 900 tan sehari, yang mana secara purata permintaan ais di seluruh Kelantan 800 hingga 850 tan sehari.

“Mesyuarat kali pertama dibuat bertujuan mengumumkan kenaikan harga ais, namun tidak mendapat kata sepakat oleh beberapa ahli persatuan.

“Pada awalnya beberapa pengusaha tidak bersetuju untuk menjual dengan harga yang asal, namun selepas mesyuarat kali kedua dan perjanjian tindakan akan dikenakan jika ingkar, akhirnya kami menerima persetujuan,” katanya.

Beliau berkata, persatuan akan mengenakan tindakan kepada agen iaitu tidak akan memberikan bekalan ais kepada mereka.

Wan Rosdi berharap agar pengguna dapat memahami situasi ini dan persatuan berjanji kenaikan harga  tersebut dijamin akan kekal dalam jangka masa yang panjang melibatkan lima hingga 10 tahun akan datang, juga bergantung kepada keadaan semasa kelak.

7

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kupouchen 12-10-2013 02:13 PM
RM3 besor beg plastik org meniaga tu ok kot kan. Kak yah charge mkn 6ribu ok je bohh.
Quote Juadah 12-10-2013 02:38 PM
Palastik ni yg depa jual utk stok  kedai2 makan. Byk juga qtt ais batu dpt utk rege rm3. (ni yg i tengok kat kantin mak i ler).
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 02:42 PM
masih murah kalau dibanding dgn negeri2 lain..
Quote aurora273 12-10-2013 02:48 PM
Mmg tu le regenye dari thn sudah..
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 03:02 PM
aurora273 posted on 12-10-2013 02:48 PM
Mmg tu le regenye dari thn sudah..

ye ke tahun sudah..

cer tengok tarikh yg disiarkan oleh Sinar Harian ni...takkan Sinar pun nak kelentong gak...malah kan dikata diselaras dikelantan.

http://www.sinarharian.com.my/harga-ais-rm3-satu-plastik-1.211064
Quote AbukRokok 12-10-2013 03:47 PM
itu naik
ini naik
aptb
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 03:49 PM
ni kesan dari kenaikkan takrif air secara senyap oleh kerajaan PAS Kelantan...ramai tak tahu.
Quote nize 12-10-2013 03:54 PM
boh loh minum beng sokmo...
Quote gorjeous 12-10-2013 03:58 PM
Tu kat kelantan..
Kat Selangor ni dr 2 tahun lepas dah diselaraskan harga tetap ais adalah Rm 3.00.
Org meniaga kat selangor tau laa harga ini..
Rm 3.00 untuk 1 beg 18kg maa..
Masih banyak untung utk yg meniaga air.. he he he
Quote razhar 12-10-2013 04:00 PM
Anak_Nogori posted on 12-10-2013 03:49 PM
ni kesan dari kenaikkan takrif air secara senyap oleh kerajaan PAS Kelantan...ramai tak tahu.

bukan dari kenaikan harga minyak diesel ke tua lahanat pitnah celaka? engko kalu x pitnah dalam 1 saat tak sah hidup ke,lahanat? kenaikan harga minyak ko x nak kait ke,tua lahanat? ingat kan dah tuo..makin berakal..tapi makin bahalol ade lah....
Quote jengkoil 12-10-2013 04:02 PM
plastic byk saiz..ape ke bongek sgt xleh nak tulis saiz tu..dulu kat skolah,cikgu mengajar kt depan dok ngorat awek kat belakang ek?
Quote Anak_Nogori 12-10-2013 04:02 PM
gorjeous posted on 12-10-2013 03:58 PM
Tu kat kelantan..
Kat Selangor ni dr 2 tahun lepas dah diselaraskan harga tetap ais adalah Rm 3.00. ...

kat selangor susah nak dapat air kot...pasal tu naik harga..
Quote roblucci 12-10-2013 04:16 PM
susoh jadi orang Kelantam
Quote famri7 12-10-2013 04:20 PM
Kelantan diberi tekanan..bertahanlah.
Quote mixed 12-10-2013 04:31 PM
Mg kt selangor ais rm3 kan dh lama pn
Quote edee_91 13-10-2014 02:08 PM
tahun depan lepas GST berapa pula agaknya harga ais...
Quote fcl29 13-10-2014 02:15 PM
plastik beso mane tu... yg wat niaga la ni kot...
aku x rajin buat ais sndr... so beli je kat 7e gitu.. rm1.50 standard size.. kalo kat kedai runcit, rm0.50 sebungkus plastik merah...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.070860 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top