CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Naruto & Son Goku Pun Ada" - Meriahnya, Olimpik Tokyo 2020 Penuh Dengan Watak Anime

14-1-2020 02:15 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 5235| Komen: 22|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menceritakan serba ringkas tentang warna-warni sebelum kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula, dengan pelbagai tarikan diperkenalkan, seperti maskot rasmi kejohanan serta peranan watak ...

Kredit foto: Wow! Ini rupa Jalur Gemilang bila dijadikan anime samurai untuk Olimpik Tokyo, astroawani.com



Acara Sukan Olimpik ialah acara sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Menurut sumber Wikipedia, sukan yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas ini telah diadakan setiap empat tahun sejak 1986 kecuali ketika Perang Dunia. 


Acara atau temasya yang disertai oleh atlet-atlet handalan dari serata dunia ini telah menyaksikan pelbagai negara menjadi tuan rumah, dan pada tahun ini, Negara Matahari Terbit, iaitu Jepun akan menjadi tuan rumah rasmi kejohanan Olimpik 2020.



Logo Rasmi Bagi Sukan Olimpik (kiri) dan Sukan Paralimpik (kanan)
Kredit foto: The Tokyo Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games, tokyo2020.org/en/


Memetik sumber Wikipedia, pada 7 September 2013, pada  perjumpaan International Olympic Committee yang ke-125 yang dijalankan di Buenos Aires, Argentina, Tokyo menewaskan Istanbul dan Madrid sebagai bandar rasmi tuan rumah kejohanan kali ini. Sebanyak 33 lokasi pertandingan untuk kejohanan kali ini telah disediakan, dengan 28 darinya terletak lapan kilometer dari perkampungan Olimpik. Sebanyak 33 jenis sukan akan dipertandingkan melibatkan 339 buah acara. Untuk kejohanan kali ini, 141 buah negara telah layak untuk bertanding.



New National Stadium, stadium rasmi untuk pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Tokyo 2020
Kredit foto: Japan urged to stop using deforestation-linked wood for Kengo Kuma's Olympic Stadium


Tetapi, mungkin perkara yang menarik perhatian kita pada kali ini adalah duta kejohanan kali ini. Untuk menampilkan kelainan, Jepun menggunakan karikatur anime, yang juga adalah watak-watak anime ikonik kepada peminat anime di seluruh dunia seperti Naruto, Luffy, Shin Chan, Son Goku, Astro Boy dan ramai lagi.





Tokyo yang akan menjadi bandar raya pertama di Asia yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik lebih daripada sekali, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menarik peminat dari seluruh dunia melihat keindahan di negara mereka. Karakter seperti Naruto dan Son Goku yang terkenal menerusi anime dan manga Naruto, Naruto Shippuden, Dragon Ball, serta Dragon Ball Z, pasti akan menjadi pertaruhan negara ini. Tidak ketinggalam juga karakter Luffy yang merupakan tunjang dalam siri anime One Piece yang boleh dianggap sebagai lagenda anime zaman moden.



Selain itu, karakter Miraitowa dan Someity telah dimumkan sebagai maskot rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, dengan Miraitowa menjadi maskot untuk Sukan Olimpik, manakala Someity menjadi maskot untuk Sukan Paralimpik. Memetik sumber Astro Awani, rekaan maskot-maskot ini membawa maksud yang tersendiri.





Miraitowa (kiri) akan menjadi maskot untuk Sukan Olimpik, manakala Someity (kanan) akan menjadi maskot untuk Sukan Paralimpik
Kredit foto: Meet the Tokyo 2020 Olympic Mascots!, tokyotreat.com



Miraitowa yang berwarna biru dan putih, berserta corak uniknya digambarkan mempunyai kuasa istimewa yang mampu bergerak bebas serta pantas. Someity yang berwarna merah jambu dan putih, diilhamkan dari bunga sakura selain boleh menggerakkan barang dengan kuasa melihat.


Di samping itu, menurut penganjur Tokyo 2020, Miraitowa melambangkan semangat yang kuat tentang keadilan sukan. Someity pula disifatkan sebagai mempunyai kekuatan dalaman, bermaruah serta jiwa yang suci. Tambahnya juga, kedua-dua mascot ini mempunyai personality yang berbeza tetapi saling menghormati antara satu sama lain, mempunyai sifat peramah dan sentiasa berusaha menghiburkan orang ramai.


Kejohanan ini dijadualkan berlangsung bermula 24 Julai 2020 sehingga 9 Ogos 2020, dengan jangkaan 11,091 atlet dari seluruh dunia akan menyertainya. Apa pendapat anda? Adakah anda bersedia untuk temasya sukan terbesar di dunia ini? - CARI 

5

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-1-2020 02:23 PM
Tak sabar nak tengok majlis pembukaannya nanti
Quote fliphair8 14-1-2020 02:38 PM
yg ni kompem takde dewan badminton kampung melayu .....

or padang bola daerah kubang kerian  

ps: hakak pilih kubang kerian sebab sedap jek namanya takde kena mengena ngan yg idup/mati
Quote Austronesian 14-1-2020 02:46 PM
fliphair8 replied at 14-1-2020 02:38 PM
yg ni kompem takde dewan badminton kampung melayu .....

or padang bola daerah kubang kerian  

Kubang Kerian best pernah pg sana
Quote chicozinn 14-1-2020 03:18 PM
mana doraemon??hello kitty??
Quote Kurex 14-1-2020 03:31 PM
ala...  company trip kurex buat bulan 6... alaaaa...
Quote addved 14-1-2020 03:33 PM
Know nothing about fashion takpe tapi know nothing about agama lagi bahaya dik! Fikir fikir kan lah.
Quote bondeh 14-1-2020 09:28 PM
Kurex replied at 14-1-2020 03:31 PM
ala...  company trip kurex buat bulan 6... alaaaa...

Bestnya mahayam nak g Tokyo
Quote Kurex 14-1-2020 09:51 PM
bondeh replied at 14-1-2020 09:28 PM
Bestnya mahayam nak g Tokyo

best ke tokyo? iols tak penah pergi lagi.  
Quote RumiMenari 14-1-2020 10:12 PM
Cantik ke jalur gemilang jadi kostume anime tu?
Quote bondeh 14-1-2020 10:16 PM
Kurex replied at 14-1-2020 09:51 PM
best ke tokyo? iols tak penah pergi lagi.

Colleague meolls baru balik dari sana new year haritu katanya semua benda mahal souvenir utk kami hanya kitkat saja yg mampoooo
Quote Kurex 14-1-2020 10:45 PM
bondeh replied at 14-1-2020 10:16 PM
Colleague meolls baru balik dari sana new year haritu katanya semua benda mahal souvenir utk kami  ...

semoga company bawak dekat kawasan kg je dekat jepun tu.. tapi company bagi duit belanja, tak tau la cukup ke tak
Quote bondeh 14-1-2020 10:49 PM
Kurex replied at 14-1-2020 10:45 PM
semoga company bawak dekat kawasan kg je dekat jepun tu.. tapi company bagi duit belanja, tak tau  ...

Wowwwwzehhhh huntung dek kurex yachhhh
Quote batmana 14-1-2020 10:54 PM
Pehal video present cm powerpoint.buruk benar
Quote RatuDunia94 15-1-2020 10:45 PM
Motif Doraemon xde!
Iols rasa Doraemon jauh lg popular dr watak2 Anime tu sume!
Quote sekngucing 15-1-2020 11:06 PM
fliphair8 replied at 14-1-2020 02:38 PM
yg ni kompem takde dewan badminton kampung melayu .....

or padang bola daerah kubang kerian  

aku tinggal sana wey...

ada mee celop... nasi air.. mcm2 ada....
Quote Zack8hunter 16-1-2020 12:14 AM
RatuDunia94 replied at 15-1-2020 10:45 PM
Motif Doraemon xde!
Iols rasa Doraemon jauh lg popular dr watak2 Anime tu sume!

kanz.. dan jgn lupa kan ultraman.. haha
Quote anastasia7 16-1-2020 12:15 AM
RatuDunia94 replied at 15-1-2020 10:45 PM
Motif Doraemon xde!
Iols rasa Doraemon jauh lg popular dr watak2 Anime tu sume!

I kenal doraemon je la. Anime ganas2 tk kenal.
Quote puanbintang 16-1-2020 10:34 AM
dragon ball....rindu cerita tu! gigih sabtu ahad duk bertenggek depan tv tengok depan tv dedulu..
Quote PDOT777 16-1-2020 10:46 AM
puanbintang replied at 16-1-2020 02:34 AM
dragon ball....rindu cerita tu! gigih sabtu ahad duk bertenggek depan tv tengok depan tv dedulu..

saya sendri pun dh lama tak tgk

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.121813 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top