Kredit foto: Wow! Ini rupa Jalur Gemilang bila dijadikan anime samurai untuk Olimpik Tokyo, astroawani.com
Acara Sukan Olimpik ialah acara sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Menurut sumber Wikipedia, sukan yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas ini telah diadakan setiap empat tahun sejak 1986 kecuali ketika Perang Dunia.
Acara atau temasya yang disertai oleh atlet-atlet handalan dari serata dunia ini telah menyaksikan pelbagai negara menjadi tuan rumah, dan pada tahun ini, Negara Matahari Terbit, iaitu Jepun akan menjadi tuan rumah rasmi kejohanan Olimpik 2020.
Logo Rasmi Bagi Sukan Olimpik (kiri) dan Sukan Paralimpik (kanan)
Kredit foto: The Tokyo Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games, tokyo2020.org/en/
Memetik sumber Wikipedia, pada 7 September 2013, pada perjumpaan International Olympic Committee yang ke-125 yang dijalankan di Buenos Aires, Argentina, Tokyo menewaskan Istanbul dan Madrid sebagai bandar rasmi tuan rumah kejohanan kali ini. Sebanyak 33 lokasi pertandingan untuk kejohanan kali ini telah disediakan, dengan 28 darinya terletak lapan kilometer dari perkampungan Olimpik. Sebanyak 33 jenis sukan akan dipertandingkan melibatkan 339 buah acara. Untuk kejohanan kali ini, 141 buah negara telah layak untuk bertanding.
New National Stadium, stadium rasmi untuk pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Tokyo 2020
Kredit foto: Japan urged to stop using deforestation-linked wood for Kengo Kuma's Olympic Stadium
Tetapi, mungkin perkara yang menarik perhatian kita pada kali ini adalah duta kejohanan kali ini. Untuk menampilkan kelainan, Jepun menggunakan karikatur anime, yang juga adalah watak-watak anime ikonik kepada peminat anime di seluruh dunia seperti Naruto, Luffy, Shin Chan, Son Goku, Astro Boy dan ramai lagi.
Tokyo yang akan menjadi bandar raya pertama di Asia yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik lebih daripada sekali, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menarik peminat dari seluruh dunia melihat keindahan di negara mereka. Karakter seperti Naruto dan Son Goku yang terkenal menerusi anime dan manga Naruto, Naruto Shippuden, Dragon Ball, serta Dragon Ball Z, pasti akan menjadi pertaruhan negara ini. Tidak ketinggalam juga karakter Luffy yang merupakan tunjang dalam siri anime One Piece yang boleh dianggap sebagai lagenda anime zaman moden.
Selain itu, karakter Miraitowa dan Someity telah dimumkan sebagai maskot rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020, dengan Miraitowa menjadi maskot untuk Sukan Olimpik, manakala Someity menjadi maskot untuk Sukan Paralimpik. Memetik sumber Astro Awani, rekaan maskot-maskot ini membawa maksud yang tersendiri.
Miraitowa (kiri) akan menjadi maskot untuk Sukan Olimpik, manakala Someity (kanan) akan menjadi maskot untuk Sukan Paralimpik
Kredit foto: Meet the Tokyo 2020 Olympic Mascots!, tokyotreat.com
Miraitowa yang berwarna biru dan putih, berserta corak uniknya digambarkan mempunyai kuasa istimewa yang mampu bergerak bebas serta pantas. Someity yang berwarna merah jambu dan putih, diilhamkan dari bunga sakura selain boleh menggerakkan barang dengan kuasa melihat.
Di samping itu, menurut penganjur Tokyo 2020, Miraitowa melambangkan semangat yang kuat tentang keadilan sukan. Someity pula disifatkan sebagai mempunyai kekuatan dalaman, bermaruah serta jiwa yang suci. Tambahnya juga, kedua-dua mascot ini mempunyai personality yang berbeza tetapi saling menghormati antara satu sama lain, mempunyai sifat peramah dan sentiasa berusaha menghiburkan orang ramai.
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung bermula 24 Julai 2020 sehingga 9 Ogos 2020, dengan jangkaan 11,091 atlet dari seluruh dunia akan menyertainya. Apa pendapat anda? Adakah anda bersedia untuk temasya sukan terbesar di dunia ini? - CARI |