CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hanya Ada Satu Pemenang, Sebab Itulah Namanya Pertandingan" - Mimiflyyy One Nation Emcees

24-12-2019 10:41 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 20660| Komen: 131

Description: Kredit foto: Instagram One Nation Emcees Official dan Instagram MimiflyyyIsu juara bersama Gegar Vaganza 6 (GV6) nampaknya masih menjadi perbualan ramai. Manakan tidak kerana buat kali pertama dalam s ...
Kredit foto: Instagram One Nation Emcees Official dan Instagram Mimiflyyy



Isu juara bersama Gegar Vaganza 6 (GV6) nampaknya masih menjadi perbualan ramai. Manakan tidak kerana buat kali pertama  dalam sejarah pertandingan ini, dua peserta diumumkan juara bersama.

Masih ramai memberikan pandangan yang sebagai sebuah pertandingan, juaranya harus seorang sahaja.


Kredit foto: Berita Harian

Salah seorang peserta akhir GV6, Mimifly dari kumpulan One Nation Emcees turut berkongsi pandangannya. Menurutnya, pertandingan sebegini patutnya memberikan kejuaraan kepada seorang sahaja.


Kredit foto: Media Hiburan

"Lazimnya memang tak pernah jadi dan saya selalu rasa kalau pertandingan itu akan ada juara dan tempat kedua tidak kiralah pertandingan apa pun. 

"Ia jarang berlaku dan rasanya ini pertama kali saya masuk pertandingan dan ada dua pemenang. Hanya ada satu pemenang, sebab itulah namanya pertandingan. Mesti ada satu.

"Nak kata setuju, pandangan saya patutnya mereka pilih satu.

"Tak mungkin bagi saya yang mereka tidak boleh pertimbangkan hal lain untuk mendapatkan juara mutlak, " ujar Mimifly yang dipetik dari Media Hiburan.




Namun Mimifly akur dan menghormati keputusan pihak juri untuk mengangkat dua orang juara pada edisi Gegar Vaganza kali ini. 

Ia merupakan satu pengalaman luar kotak buat dirinya dan anggota lain dalam One Nation Emcees (ONE).

One Nation Emcees mendapat tempat kelima dan membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta trofi.

Memang GV kali ini penuh dengan kejutan kan? - CARI 

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 24-12-2019 11:28 AM
logik jugak.. tp apa nak heran, juri dh putus kan. hadap jer.
tahniah ONE.
Quote Adeakukesah11 24-12-2019 11:32 AM
Huhu
Mst mimi ketap bibir je tgok permainan sampah astro
Quote kiah_mai_pulak 24-12-2019 11:34 AM
tokti n kd elok je pernah jadi pemenang bersama
Quote Asdan 24-12-2019 11:39 AM

hanya 1 lawan 1 yg mesti hanya 1 pemenang,
selain itu kalau semua pemenang pun boleh,
contoh gimnastik jika semua markah sama
Quote claudya 24-12-2019 11:40 AM
kan tok ram kata bila dicampur ketiga2 markah juri, markah tu jadi sama. benda tu logik sebab ada 3 juri. and tokram kata bila markah sama dia as ketua juri tak boleh nak decide. dia tak nak favour mana2 peserta sebab tu dia kata bagi je both. (walaupun memang dah dirancang) hahaha tapi lepas dengar tokram kata gitu so masuk akal la jugak
Quote Piramida 24-12-2019 11:40 AM
Mula mula what the fish dua pemenang... sampah betul!

Lama2 fikir, baguslah rezeki ke dua2 nya... if not kehidupan setakat tu je, now sekurang2nya masing2 dpt baiki hidup bersama keluarga ... lepas ni kena pandai2 atur kehidupan since dah dpt platform yg diberikan.

Kalau nak fikir lebih dlm buang masa je... sah sah astrouk apa je yg tak drama... so take it as hiburan je lah.
Quote kisahkeaku 24-12-2019 11:48 AM
My fren ckp mimi masa last2 tu ada jerit nama hady masa nak diumumkan pemenang.ada sesiapa ke yg notice kalau tgk ulangan yg last tu?
Quote beta_carotene 24-12-2019 11:51 AM
kiah_mai_pulak replied at 24-12-2019 10:34 AM
tokti n kd elok je pernah jadi pemenang bersama

Menang apa? Album terbaik? Dah memang theyoolls duet?
Quote Minami2013 24-12-2019 11:58 AM
Kalau ada 4 juri mungkin juga tak boleh nak decide. Tapi kalau ada 3 juri, patut boleh buat keputusan sebab satu juri cuma kena pilih salah seorang dan confirm either 3-0 or 2-1 yg membolehkan sorang je menang. I sokong je hady dan naqiu dan tak kisah sapa pun yg menang. Cuma anti climaxxxx sungguhhhh bila 2 juara ..
Quote natrahn 24-12-2019 12:10 PM
kisahkeaku replied at 24-12-2019 11:48 AM
My fren ckp mimi masa last2 tu ada jerit nama hady masa nak diumumkan pemenang.ada sesiapa ke yg not ...

kena tengok balik kat youtube astro gempak
Quote miss_strangers 24-12-2019 12:12 PM
kiah_mai_pulak replied at 24-12-2019 11:34 AM
tokti n kd elok je pernah jadi pemenang bersama

Kd Tu sape? Menang bersama kat mana?
Quote F685 24-12-2019 12:13 PM
Dalam sukan ada kiraan semula ya kalau markah seri
Quote imransulaiman 24-12-2019 12:13 PM
Tahniah untuk semua pemenang...terutama Hady dan Naqiu. Memang mereka nampak sama hebat malam final tu. Masa battle pun mereka enjoy...tak nampak battle pun! Nampak harmoni duet..

KALAULAH keputusan telah dirancang, tak mustahil Datuk Rizalman pun terlibat sama...sebab kan lepas GV akan ada rancangan baru yang melibatkan beliau?

Bayangan "keputusan dirancang" telah nampak clue bila Tok Ram cakap - tunggu kejutan... {:thief

Apa-apa pun, rezeki mereka... Janji Bos Susu terbaikkkkkk! {:good

Quote miss_strangers 24-12-2019 12:13 PM
Patut bagi ONE juara...

#dobebekapmimijap
Quote umbut 24-12-2019 12:13 PM
Gv paling susah nak decide pada aku lah.. both bagus... kalau pilih hady, ngamuk fan malaysia. Kalau pilih naqiu nanti kata.. yelah hady spore.. penyudahnya.. bagilah dua2.. settle.. both layak
Quote syadail 24-12-2019 12:16 PM
lagi sedih One Nation Emcees...Rm15k kena bahagi 4 org dpt 4k sorang je..sedihnya banding ngan yg lain.

Harap depa dpt undangan byk lps ni.
Quote katakau 24-12-2019 12:16 PM
tak tahu kenapa tapi iols rasa hady yang juara tapi sebab naqiu punya fans ramai gila so astro kasi up dua2 sekali.takut peminat unsubscribe astro kekdahnya
Quote September14 24-12-2019 12:20 PM
beta_carotene replied at 24-12-2019 11:51 AM
Menang apa? Album terbaik? Dah memang theyoolls duet?

X silap iol menang pnynyi wanita terbaik apm... sblm diorg buat album duet
Quote pencintaABC 24-12-2019 12:23 PM
beta_carotene replied at 24-12-2019 11:51 AM
Menang apa? Album terbaik? Dah memang theyoolls duet?

Bukan...menang Anugerah planet muzik vokal wanita terbaik...kongsi trofi tahun 2001

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055493 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top