Kredit foto: Instagram One Nation Emcees Official dan Instagram Mimiflyyy
Isu juara bersama Gegar Vaganza 6 (GV6) nampaknya masih menjadi perbualan ramai. Manakan tidak kerana buat kali pertama dalam sejarah pertandingan ini, dua peserta diumumkan juara bersama.
Masih ramai memberikan pandangan yang sebagai sebuah pertandingan, juaranya harus seorang sahaja.
Kredit foto: Berita Harian
Salah seorang peserta akhir GV6, Mimifly dari kumpulan One Nation Emcees turut berkongsi pandangannya. Menurutnya, pertandingan sebegini patutnya memberikan kejuaraan kepada seorang sahaja.
Kredit foto: Media Hiburan
"Lazimnya memang tak pernah jadi dan saya selalu rasa kalau pertandingan itu akan ada juara dan tempat kedua tidak kiralah pertandingan apa pun.
"Ia jarang berlaku dan rasanya ini pertama kali saya masuk pertandingan dan ada dua pemenang. Hanya ada satu pemenang, sebab itulah namanya pertandingan. Mesti ada satu.
"Nak kata setuju, pandangan saya patutnya mereka pilih satu.
"Tak mungkin bagi saya yang mereka tidak boleh pertimbangkan hal lain untuk mendapatkan juara mutlak, " ujar Mimifly yang dipetik dari Media Hiburan.
Namun Mimifly akur dan menghormati keputusan pihak juri untuk mengangkat dua orang juara pada edisi Gegar Vaganza kali ini.
Ia merupakan satu pengalaman luar kotak buat dirinya dan anggota lain dalam One Nation Emcees (ONE).
One Nation Emcees mendapat tempat kelima dan membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta trofi.
Memang GV kali ini penuh dengan kejutan kan? - CARI
|