CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Kami, Kami Dipaksa Bekerja" - Budak Temui Nota Rayuan Banduan Dalam Kad Krismas

23-12-2019 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4208| Komen: 17

Description: Mengejutkan! Seorang murid perempuan yang menerima satu kad sempena hari Krismas terkejut kerana terdapat nota meminta tolong pada kad itu.Ia merupakan tulisan daripada salah seorang banduan di penjar ...
Mengejutkan! Seorang murid perempuan yang menerima satu kad sempena hari Krismas terkejut kerana terdapat nota meminta tolong pada kad itu.

Ia merupakan tulisan daripada salah seorang banduan di penjara Qingpu Shanghai yang meminta tolong kerana mereka dipaksa bekerja. 


Memetik Channel News Asia, banduan tersebut menulis rayuan tersebut dalam sekeping kad yang memaparkan seekor anak kucing dalam topi santa. 

Kredit foto: zero hedge


“Kami banduan warga asing di Penjara Qingpu Shanghai. Kami dipaksa bekerja.

“Tolong bantu kami dan memberitahu organisasi hak asasi manusia,” tulis nota tersebut.


Sehubungan itu, pasar raya gergasi Tesco di United Kingdom mengambil keputusan menghentikan produksi di sebuah kilang di China susulan kes kad Krismas itu.

Malah, jualan kad Krismas yang dihasilkan kilang tersebut sudah ditarik balik dan kes itu dalam siasatan. 

Pun begitu, Tesco menyatakan belum menemui bukti menunjukkan syarikat kad Krismas itu melanggar peraturan dengan memaksa banduan bekerja. - CARI  

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 23-12-2019 08:29 PM
Bukan ke dalam penjara memang ada tugas masing2 buat kerja?

Macam mencuci ke memasak menjahit bertukang dan sebagainya
Quote debab_78 23-12-2019 08:32 PM
barfi replied at 23-12-2019 08:29 PM
Bukan ke dalam penjara memang ada tugas masing2 buat kerja?

Macam mencuci ke memasak menjahit ber ...

Kan..kat malaysia pun byk inisiatif mcmni utk tmbah pendapatan banduan.. ada yg menjahit, bertukang, buat biskut raya... bg aku mcm xde masalah.. lain la kalau cara layanan mcm buruh paksa kena pukul2 utk buat kerja.. yg tu tak boleh laa...
Quote Simunggu 23-12-2019 08:54 PM
mcm lah china takut uk tak beli mainan mereka....
Quote edoraixora 23-12-2019 08:59 PM
Dah buat jenayah kt negara org, nak duduk free makan tanggung berak cangkung....banyak cantikkk
Quote rosevelvet 23-12-2019 09:27 PM
Dia nk goyang tolo je ke duk dlm jail? Ko mkn pkai ditanggung taxpayers. Byk songeh plak. Selayaknya duk kt jel dikerah smpai reput
Quote top5complete 24-12-2019 06:55 AM
ok la kerja sambil habiskan masa..tidak stress dalam kurungan tu.. tapi kalau kerja sambil kena sebat...tu yang sakit hahaha
Quote nafham 24-12-2019 07:35 AM
Agaknya klu dorang masuk penjara pahang, mesti viral sbb dituduh kena duk bersimpuh smbil buat kain sulaman {:run
Quote belilies 24-12-2019 08:11 AM
Tesco saja stop the production pun xguna jua.... Takkanlah sampai situ saja tindakan? Nota tu dah sampai ke peter humphrey ke? Tergantung je citer ni
Quote belilies 24-12-2019 08:14 AM
Eh seramm..... Sbb jumpa yg ni pulak:

"It asked whoever found the message to contact Peter Humphrey, a British journalist who was himself imprisoned there four years ago."
Quote leylapple 24-12-2019 09:29 AM
abis tu... nak tanggung percuma jer ker banduan2 tu? lebih baik daripada mati...

hidup pun menyusahkan negara tu jer....

entah apalah kesalahan dia.. entah2 smuggle dadah
Quote FOTHER-MUCKER 24-12-2019 09:38 AM
belilies replied at 23-12-2019 04:11 PM
Tesco saja stop the production pun xguna jua.... Takkanlah sampai situ saja tindakan? Nota tu dah sa ...

Dah sampai dah bbc dah interview dia semalam. Peter Humphrey tu juga bekas banduan dari penjara yang sama tetapi telah di bebaskan.
Quote Noraniza_Iblis 24-12-2019 11:23 AM
bagus jugak idea jijang ni..
ptt diguna pakai kt sini..
buat kilang besar2 dlm penjara,
kilang beras ke,gula ke..pastu jual murahh...
berbaloi jgk laa tax payr nangung makan minum depa
Quote belilies 24-12-2019 12:18 PM
FOTHER-MUCKER replied at 24-12-2019 09:38 AM
Dah sampai dah bbc dah interview dia semalam. Peter Humphrey tu juga bekas banduan dari penjara ya ...

Dah diselamatkan tak? Kesiannya. Yg peter humphrey tu pun sempat baca dia pnah dtahan di sana dan dah dbebaskan. Sblum ni kalu tempat lain pun ada jg kes camni, tp dia anta nota selit celah deco haloween, tu pun lepas 2 tahun beli baru owner tu baca sbb baru nak keluarkan deco dah berhabuk bagai. Dah meninggal pun org tu lps diseludup ke indon sbb dia dikecam lps tulis nota tu.
Quote belilies 24-12-2019 12:20 PM
leylapple replied at 24-12-2019 09:29 AM
abis tu... nak tanggung percuma jer ker banduan2 tu? lebih baik daripada mati...

hidup pun menyus ...

Masalahnya kak, banduan foreigner tu ditahan tanpa sbb munasabah dan dipergunakan sbg forced labour. Kalu gugel kat luar news cita pasal dorg ni mmg kesian. Yg dicari, peter humphrey tu pun dh pnah dipenjarakan dan selamat dibebaskan....
Quote ReginaGeorge 18-1-2020 08:59 PM
So u nak minta layan mcm Prince ke? Tak sedar diri...
Quote lazim 18-1-2020 09:04 PM
debab_78 replied at 23-12-2019 08:32 PM
Kan..kat malaysia pun byk inisiatif mcmni utk tmbah pendapatan banduan.. ada yg menjahit, bertukan ...

Dorang dikerah ke macam mn. Klu kat malaysia banduan bt untuk bg skill .. xada la sampai utk kerajaan kaut keuntunhan
Quote Cassieopeia 19-3-2020 09:48 PM
kalau dia buat salah, dok dpm penjara harusla buat keje. ala buat kad krismas je pun.. tp kalau xda salah tetiba kne penjara mmg kesianla..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052992 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top