CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Meremang" - Selepas Nyanyian Alif Satar, Lagu Nasyid Sesungguhnya Kembali Dengan Versi 2020

22-12-2019 08:32 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 8178| Komen: 20|Original author: Vanilla Thunder

Description: Masih ingat lagi dengan lagu nasyid popular era 90-an, Sesungguhnya yang didendangkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu?Jika pada Ramadan lalu lagu tersebut kembali popular setelah dinyanyikan ...



Masih ingat lagi dengan lagu nasyid popular era 90-an, Sesungguhnya yang didendangkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu?


Jika pada Ramadan lalu lagu tersebut kembali popular setelah  dinyanyikan semula oleh anggota Raihan duet bersama Alif Satar yang lebih dikenali sebagai Sesungguhnya 2019. 

Setelah dinyanyikan semula oleh Alif Satar, lagu nasyid yang malar segar itu kembali  popular dan berjaya menambat hati golongan pendengar baru yang tidak berkesempatan untuk mendengar versi asal lagu tersebut dendangan vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani suatu ketika dulu sesehinggakan  video muzik rasmi lagu tersebut  berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 18 juta di Youtube. 


Memandangkan beberapa hari sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirainya, lagu nasyid tersebut kini kembali dengan nafas baru yang dinamakan Sesungguhnya 2020. Apa yang lebih istimewa, Sesungguhnya 2020 kali ini dinyanyikan  sendiri oleh vokalis asal kumpulan itu, Nazrey Johani berduet bersama penyanyi wanita kelahiran Indonesia, Dwi Dina. 


Buat masa ini, masih  tiada info mengenai latar belakang penyanyi wanita ini. Setakat ini, penyanyi wanita itu hanya berkongsi aktivitinya melalui laman instagramnya, @dinahijriana. 

Dwi Dina Foto- Instagram @dinahijriana


Dwi dina bersama Nazrey Johani Foto- Instagram @dinahijriana



Sejak dimuat naik di laman Youtube pada Selasa lalu, video muzik lagu  tersebut telah menerima  hampir 100 ribu tontonan. Meskipun digarap dengan sedikit berbeza dengan versi asal, namun rata-rata memuji keindahan lagu ini apatah lagi dengan kelunakan suara dua penyanyi ini.



Menjengah ke ruangan komen video muzik lagu  tersebut di Youtube,  terdapat juga pesanan yang ditinggalkan oleh netizen untuk membantu Nazrey sama-sama berkongsi video ini supaya dapat membantunya menghulurkan bantuan buat pelajar tahfiz di Sabah. 

Malah ada yang mengingatkan supaya tidak menekan butang skip ads  sebagai tanda sokongan kepada usaha murni penyanyi tersebut dalam mengumpul dana bagi pelajar tahfiz.-CARI

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 22-12-2019 08:53 AM
x sedap. next. so thn depan versi 2021 plak ye.
Quote prizadane 22-12-2019 09:01 AM
Tahniah for the effort. Unfortunately, version ni tak sedap. Version asal lebih berganda sedap n iols kureng la bila perempuan nyanyi nasyid.
Quote kakakOmes 22-12-2019 09:34 AM
Nape nak remake lagu yg sama lepas kejayaan collab ngan Alif Sattar? Banyak kot lagu2 Raihan yg best2 why dok berebut lagu yg sama idk
Quote inspiro92 22-12-2019 09:46 AM
kakakOmes replied at 22-12-2019 01:34 AM
Nape nak remake lagu yg sama lepas kejayaan collab ngan Alif Sattar? Banyak kot lagu2 Raihan yg best ...

x silap  sebelum ni ade iman mutiara 2019. tp x brape famous maybe kurg promosi atau kalau duet dgn famous singer maybe  efek cam sesungguhnya 2019. hrp pasni rakamkan semula lagu puji-pujian.


Copy the Code



[youtube]XEliIRtN1NU[/youtube]
Quote Kurex 22-12-2019 09:47 AM
lagu iman adalah mutiara pun best, puji pujian pun best...
Quote September14 22-12-2019 09:50 AM
Nper dia x join raihan je.. pelik btul
Quote inspiro92 22-12-2019 09:56 AM
September14 replied at 22-12-2019 01:50 AM
Nper dia x join raihan je.. pelik btul

mesti ade something fishy between nazrey & raihan sampai buat nazrey x nak join balik.
Quote Ladybird910 22-12-2019 09:57 AM
Attempt utk tembus indo market should dipuji.tp making the same song over and over again xkn bg big impact.esp when u have soooo many other good songs yg letops..raihan is a very big name..dah penetrate hingga ke UK..cara marketing yg ni sorry iols rse x a good move
Quote MeghanK 22-12-2019 11:51 AM
inspiro92 replied at 22-12-2019 09:56 AM
mesti ade something fishy between nazrey & raihan sampai buat nazrey x nak join balik.

iols rasa bukan nazrey yang tanak join tapi raihan yang tanak dia
Quote katibism 22-12-2019 12:09 PM
Katanya ada Sumayyah 2019 - Hijjaz ft Tomok tp sonyap jah
Quote chicozinn 22-12-2019 01:58 PM
MeghanK: iols rasa bukan nazrey yang tanak join tapi raihan yang tanak dia


Apsal lak raihan xnak dia?btw raihan very the bosan tanpa nazrey tau
Quote per706 22-12-2019 02:33 PM
Love part nazrey je..asal pompuan nih nyanyi cam acah nk slang...xkan jemu dgn suara nazrey,but this one still x dpt kalahkan the original sesungguhnya..
Quote Orix 22-12-2019 02:43 PM
Nazrey ni antara penyanyi yg wasted tahap gaban. Dah elok ada nama, ada bakat tapi pegi downgrade kan diri nyanyi kt pasar malam utk derma... kalau kau menten standard kau, payment nyanyian kau utk 1 show jah beribu2 lemon lg byak kau boleh sumbangkan pd sekolah2 tahfiz drpd menyanyi minta derma kt pasar... Lg sorg wasted Shahir...
Quote MsPercy 22-12-2019 04:35 PM
inspiro92 replied at 22-12-2019 09:46 AM
x silap  sebelum ni ade iman mutiara 2019. tp x brape famous maybe kurg promosi atau kalau duet dg ...

sedap je walaupon tukar style nyanyian. aura suara Nazrey tu yg best
Quote MsPercy 22-12-2019 07:39 PM
Nazrey nyanyi je sedap. part perempuan yg macam x kena. maybe she tried hard utk bg sedap tp x jadi.
Quote i_is_kennot 23-12-2019 04:11 AM
Prefer original version meols..
Quote prizadane 30-12-2019 09:43 AM
MeghanK replied at 22-12-2019 11:51 AM
iols rasa bukan nazrey yang tanak join tapi raihan yang tanak dia

Yup, raihan yang tak nak dia.. heols dah banyak kali bagi statement, heols okay je if raihan nak collab dengan dia. Tapi raihan memang senyap n tak sudi lagi dah. Nazrey pun pernah fan move on since Raihan tak sudi
Quote MeghanK 30-12-2019 01:52 PM
prizadane replied at 30-12-2019 09:43 AM
Yup, raihan yang tak nak dia.. heols dah banyak kali bagi statement, heols okay je if raihan nak c ...

tu la iols perasan jugak nazrey yang banyak kuarkan stetmen..raihan diam je

uols tau ke kes apa..spill the tea please
Quote unguaurora 20-5-2020 07:04 PM
Nurul8001 replied at 20-5-2020 06:53 PM
Ada satu lagi lagu Aliff dan Raihan

Kenapa iols dgr mcm raihan jd bekap singer je??

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075326 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top