CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh! Lelaki Warga Asing Panjat Tiang Papan Tanda Di Jalan Bukit Bintang

18-12-2019 11:23 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2562| Komen: 7|Original author: Tukang Tulis

Description: Berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Lelaki dipercayai warga Bangladesh ini memanjat tiang papan tanda di Jalan Bukit Bintang. Kredit foto: Malaysia Gazette

Suasana di depan sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kecoh apabila seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memanjat tiang papan tanda jalan di kawasan berkenaan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, insiden tersebut berlaku pada pukul 1.15 tengah hari pada 17 Disember.

Mujurlah, lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental itu berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota bomba dan penyelamat.

Ada kemungkinan lelaki ini mengalami masalah mental. Kredit foto: Malaysia Gazette

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Isyarurin Ishak, pihak bomba menerima panggilan tentang kejadian kira-kira pukul 1.17 tengah hari.

Seterusnya, dua jentera bomba dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di sana, pasukan penyelamat yang terdiri daripada 12 anggota itu mendapati lelaki warga asing tersebut hanya memakai seluar dan dipercayai cuba membunuh diri.

"Sebaik dihampiri, lelaki itu dilihat meracau dalam bahasa yang tidak difahami kemungkinan bahasa asal negaranya.

"Bomba terpaksa memujuknya hampir satu jam sebelum dia diselamatkan serta dibawa turun," katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat mengambil masa hampir sejam untuk memujuk lelaki ini. Kredit foto: Malaysia Gazette
Lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Tahniah kepada anggota-anggota bomba yang berjaya menyelamatkan lelaki itu walaupun mereka berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengannya. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 18-12-2019 12:22 PM
habis bomba & polis diterajangnya

patut ko biar je situ dia terjun
nanti dalam report tulis sudden death
Quote boojaat 18-12-2019 12:27 PM
Mabuk or dadah kot.. hahaha.. dpt juga bomba pujuk walaupun x paham bahasa dia..
Quote Ina8895 18-12-2019 12:40 PM
Hantar balik bangla
Quote natrahn 18-12-2019 03:03 PM
ler.. ni yang dorang kata isap gam semalam tu kan.. abangla rupanya.

kemain kuat dia tendang bomba
Quote Perawankota 18-12-2019 05:46 PM
Tgk muka mmg dia lah bangla yg aku jumpa kt bukit bintang pakai kain pelekat tgk org busking... Masa tu pon dia dh ckp merepek2.. Kesiannya klu jadik mcmtu to family kt kamping dia x tau apa2
Quote i_is_kennot 18-12-2019 06:20 PM
Nampak kt video, teranjang polis dgn bomba huru hara betul
Quote RinIna 19-12-2019 09:41 AM
Dia ni ke yang terajang bomba tu? Kata sebab dadah. Mana satu betul?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.073888 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top