CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga China Paling Ramai Diberkas Dalam Ops Dadu Calling Center

17-12-2019 05:08 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2416| Komen: 7|Original author: Tukang Tulis

Description: Sebanyak 2,661 warga China ditahan dalam operasi banteras judi haram seluruh negara.
PDRM melancarkan 181 serbuan dalam Ops Dadu Calling Center (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook / The Star Online

Sebanyak 2,661 warga China ditahan dalam Ops Dadu Calling Center yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh negara mulai Januari hingga 12 Disember lalu.

Jumlah itu sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan majoriti dalam kalangan 3,185 orang yang diberkas polis dalam operasi tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian pada 17 Disember, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan, mereka ditahan dalam 181 serbuan yang dijalankan.

Selain menahan suspek-suspek, polis turut merampas sebanyak 258,121 peralatan termasuk komputer, tablet dan telefon bimbit.

"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM237,015 dalam serbuan tersebut," ujarnya.


Peralatan yang dirampas dalam Ops Dadu (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook / Arkib Ipd Serdang
Huzir memberitahu, sebahagian besar serbuan dan tangkapan dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Selangor.

"IPK Kuala Lumpur telah melaksanakan 90 serbuan dan IPK Selangor pula 40 serbuan calling center," jelasnya.

Setakat ini, sebanyak 141 kes telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959.

Salah satu lokasi perjudian yang diserbu (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook / Serdang Story
Seharusnya pihak berkuasa memperketatkan lagi prosedur kemasukan warga asing agar mereka tidak sewenang-wenangnya melakukan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulan_gerhana 17-12-2019 05:12 PM
hah ko baru ni ke nak bongkar.. setelah berjota 2 duit org kene tipu.. cait... moga dpt pembalasan
Quote JohnnySins 17-12-2019 05:14 PM
tanya sikit......judi budaya sepet...betui ka? wakkakakakakakakakaa

https://www.freemalaysiatoday.co ... gi-cina-dan-melayu/
Quote Ina8895 17-12-2019 05:27 PM
Makin menjadi sejak D4P memerintah
Quote Skuau 17-12-2019 05:31 PM
Ina8895 replied at 17-12-2019 05:27 PM
Makin menjadi sejak D4P memerintah

ada apa dah dengan DAP???
Quote Ina8895 17-12-2019 05:47 PM
Skuau: ada apa dah dengan DAP???


Kau macai d4p ke?
Quote EmaAsmadi 17-12-2019 05:59 PM
Tahniah pdrm. Tangkap seramai mungkin cina bukit itu
Quote mizkajura 18-12-2019 09:53 AM
Sesuatu sgt bila ciner datang ramai2 tak kena tangkap

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.134504 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top