CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Gaji Di Kuala Lumpur Paling Tinggi, Melaka Paling Rendah" - Kajian Gaji Siswazah

26-12-2019 03:51 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 5516| Komen: 24|Original author: M. Manis

Description: Isu gaji adalah satu isu yang tak pernah selesai dalam kalangan masyarakat.Laporan Siswazah 2018yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan gaji purata siswazahmeningkat jika dibandi ...

Isu gaji adalah satu isu yang tak pernah selesai dalam kalangan masyarakat.


Laporan Siswazah 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan gaji purata siswazah meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2017 iaitu sebanyak RM221 (4.7%) menjadikan jumlah akhir gaji yang diterima oleh siswazah ialah RM4,897.


Foto: odisi


Statistik yang diperoleh daripada tinjauan Gaji dan Upah yang mengumpul maklumat berkenaan gaji dan upah bulanan mengikut pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf bagi pekerja bergaji.


Antara yang menarik untuk disimpulkan dalam laporan tersebut ialah, Siswazah lelaki terima gaji penengah dan purata bulanan lebih tinggi iaitu RM4,335 dan RM5,475 lebih tinggi berbanding siswazah wanita yang hanya menerima RM3,727 dan RM4,369.


Selain itu siswazah berusia 45 tahun ke atas menerima gaji penengah dan purata tertinggi jika dibandingkan dengan siswazah berusia 24 tahun ke bawah.



Untuk pengetahuan anda, Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018, gaji pekerja di Malaysia merupakan antara yang dibayar tanpa mengikut bayaran sepatutnya. Perbincangan antara perkaitan jumlah gaji yang dibayar dengan produktiviti pekerja merupakan refleksi hubungan antara majikan dan pekerja.


Bank Negara turut mendapati bahawa produktiviti yang dihasilkan oleh pekerja tidak setanding dengan apa yang mereka terima. Pekerja Malaysia masih dibayar dengan upah lebih rendah jika dibandingkan dengan pekerja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.- CARI 


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jamil_Abu 26-12-2019 04:18 PM
memang labor fee dekat Malaysia sangat rendah, sebab tu sebagai contoh banyak international bank yg outsourcing ke Malaysia sebab cost per head terlalu rendah compare to labor negara asal masing2.

harap pejabat buruh review la balik tangga gaji kat malaysia ni. kos sara hidup kat kl ni dah la makin tinggi.
Quote chicozinn 26-12-2019 04:43 PM
cukai tanah da review, cukai pintu bakal review tahun depan tapi gaji tak pulak la kena review..pasal melaka tu memang betul kawan aku LA kt sana da 3 tahun keje masih rm1800 basic takde ot..ksian kat dia tu xpadan nak kne bayar macam2..
Quote hawaM 26-12-2019 05:26 PM
chicozinn replied at 26-12-2019 04:43 PM
cukai tanah da review, cukai pintu bakal review tahun depan tapi gaji tak pulak la kena review..pasa ...

LA area KL gaji around berapa. Experience more than 5 less than 10

Quote syadq 26-12-2019 05:55 PM
Tapi kat Melaka boleh dapat sewa rumah sama harga dgn sewa bilik kat KL.
Quote brego 26-12-2019 06:18 PM
aku sebagai perantau di melaka nih,
memang duit tak banyak, tapi hati senang.
sebab living cost masih murah.
nak duit banyak, boleh buat side income.
Quote chicozinn 26-12-2019 08:24 PM
hawaM replied at 26-12-2019 05:26 PM
LA area KL gaji around berapa. Experience more than 5 less than 10

KL tgok nasib kalu dpat firm baik boleh dpat 4k~5k for 2-3yrs practice..sbab aku pun bru 3yrs nk msuk 4yrs bln feb kang..tapi rate jhor ni around 3.5k~4.5k la..depends tau
Quote gigahertz 26-12-2019 08:47 PM
chicozinn replied at 26-12-2019 08:43 AM
cukai tanah da review, cukai pintu bakal review tahun depan tapi gaji tak pulak la kena review..pasa ...

kalau gaji rm1800 keje jalan kaki lagi bagus berbanding gaji rm3000 keje guna kereta/moto
Quote meipanwu 26-12-2019 09:04 PM
i ingat perak yang paling rendah
Quote Simunggu 27-12-2019 09:14 AM
Jurutera siswazah mekaninal bergaji rm2k gross shj di sabah tau...
Quote MaryJoK 27-12-2019 09:21 AM
Usually kawasan kedah, perlis agak rendah.. Sorry I tak buat any research so far.. But dulu masa before grad, I intern dekat kedah dalam audit. Masa tu belum lagi 1000 min salary. I dapat tau kakak senior kerja dah 2 tahun,gaji rm900 lebih. Ye lah private, tapi sedih dengar sebab dia pun degree graduate. To be honest jurang gaji antara malay dgn non malay sangat ketara. Last2 I dapat kerja dekat kl. So far gaji sekarang, for me OK2 la, tapi my chinese friend dia dengar je range gaji I, terus dia kata "ur salary is too low, better find another job" *nangis kat bucu katil*{:cryrun
Quote jazaa100 27-12-2019 10:50 AM
chicozinn replied at 26-12-2019 04:43 PM
cukai tanah da review, cukai pintu bakal review tahun depan tapi gaji tak pulak la kena review..pasa ...

Kezen aku kata ank diabkeja kat melaka starting rm2500.....

Aku senyumkan aje.....
Quote JohnnySins 27-12-2019 03:11 PM
kita kena mintak maklum balaih menteri kesayangan anak muda ni..apa tindakan dia selanjutnya...wakakakakakakakaka

Quote chicozinn 27-12-2019 03:51 PM
JohnnySins replied at 27-12-2019 03:11 PM
kita kena mintak maklum balaih menteri kesayangan anak muda ni..apa tindakan dia selanjutnya...wakak ...

Patut la tisu cepat koyak
Quote najib888 27-12-2019 03:52 PM
MaryJoK replied at 27-12-2019 09:21 AM
Usually kawasan kedah, perlis agak rendah.. Sorry I tak buat any research so far.. But dulu masa bef ...

Kampeni sepet selalu camtu la... siap kata, "hang nak berenti? Silakan..hang keluar 100 orang aku bleh cari immediately". Bagi gaji lagi rendah dari Bangla.. kalau bangsa sendiri, gaji mahal kot.. ada yang takdak kelulusan pun boleh kerja dengan gaji RM1,500..yang budak grad politeknik,experience 3 tahun dibaginya RM 1,000...


Pengalaman aku la ni...
Quote GuaSayangMelaka 27-12-2019 03:54 PM
brego replied at 26-12-2019 10:18 AM
aku sebagai perantau di melaka nih,
memang duit tak banyak, tapi hati senang.
sebab living cost ma ...

TERIMA KASIH

KAMI RAKYAT MELAKA MENERIMA SEMUA BANGSA,ETNIK,AGAMA DI NEGERI KAMI

https://www.facebook.com/melakadestinasiterbaik/
Quote hawaM 27-12-2019 04:12 PM
Jurang gaji pekerja M dengan C memang sangat jauh. I penah kerja dengan company c. I fresh grad masa tu 2000 lepastu letak under non exec sebab xde experience. Sekali i ternampak offer letter satu chinese ni. Gaji dia 2.5k. Ada peluang berbual dengan dia i tanya dulu pernah kerja mana. Sekali dia jawab tu 1st job. nah.. camtu lah nasib kaum melayu di company c.
Quote JohnnySins 27-12-2019 04:13 PM

muka adik baju hijau kat belakang tu ketawa be like "tak kuasa aku"...wakakakakakakakakakakakkaa
Quote MaryJoK 27-12-2019 05:56 PM
hawaM replied at 27-12-2019 04:12 PM
Jurang gaji pekerja M dengan C memang sangat jauh. I penah kerja dengan company c. I fresh grad masa ...

Yesszaaa betul.. Dulu masa I intern, gaji senior i 900..(nanti u baca u post I huhu) sekali ada C baru masuk gaji dia 2000 plus..I pun pernah kena banyak bila kerja dgn C and I.. First job dgn C, tidakku sangka gaji ku paling rendah.. Even my junior gaji lagi tinggi..plus HR (M) sana advise staff M utk resign. And ada sorang staff kat dept Acc gaji dia pun sikit dari junior dia.. Kebetulan dia langsung tak naik pangkat. Junior dia yg dulu bawah dia,semua dapat naik pangkat.. Last2 kami yg M semua pakat2 cabut. Pastu masuk la company I, pun dapat tau gaji saya yang paling rendah.. Sbb the only M dalam dept tu. Sadis sungguh hidup iols..
Quote MaryJoK 27-12-2019 06:09 PM
najib888 replied at 27-12-2019 03:52 PM
Kampeni sepet selalu camtu la... siap kata, "hang nak berenti? Silakan..hang keluar 100 orang aku  ...

Sama ja pengalaman kita ni. Kalau ada party untuk office, aku malas nak gi sebab ada alcohol bagai..kalau x pergi tu mmg kena soal siasat habis dengan HR.. Dan akan affect kami punya performance appraisal... Benciiiiiii.. Apalah nasib

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058352 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top