CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Najib Arah Saya Bunuh Altantuya," Pendedahan Mengejut Dari Banduan Akhir, Azilah

16-12-2019 04:24 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12041| Komen: 62|Original author: intan

Description: "Najib arah saya bunuh Altantuya," Pendedahan mengejut dari banduan akhir, Azilah.
Azilah Hadri,yang ketika ini sedang menunggu hukuman gantung mandatori kerana didapati bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, telah membuat dakwaan mengejutkan dari pejara Kajang.


Memetik laporan Malaysiakini, dia mendakwa telah mendapat arahan untuk membunuh Altantuya atas arahan bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak (yang pada ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri) serta rakan baiknya, Abdul Razak Baginda.

Sumber foto: Azlan Zamhari (MalaysiaKini.com)
Dalam pengakuannya itu, Azilah berkata dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya menuruti arahan iaitu 'shoot to kill' atas tatacara tugasnya sebagai Unit Tindakan Khas  (UTK) Polis.


Pengakuan dan segala perincian maklumat terbaru tersebut telah difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan dalam usaha rayuan menyemak semula hukuman mati dan pertuduhan salah terhadapnya.
Altantuya Shariibuu (sumber: Google)

Azilah juga memohon perbicaraan semula untuk mengemukakan bukti penuh mengenai operasi sulit tersebeut di mahkamah terbuka atas alasan 'keadilan dapat ditegakkan'.

Pengurusan kes dijadualkan pada esok hari.

Jika sebelum ini, Azilah mendapati keterangan tersebut tidak dikemukan semasa prosiding mahkamah.

Dalam Akuan Berkanun untuk menyokong permohonannya, Azilah menuduh Najib mengarahkannya untuk 'tangkap dan hapuskan' Altantuya yang digelar sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara.

"Saya tanya TPM (Najib) apakah maksud tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM jawab 'shoot to kill' sambil tunjuk isyarat potong leher," Petikan Akuan Berkanun.

"Apabila ditanya maksud hapuskan mayat perisik, TPM jawab lupus mayat perisik asing dan hilangkan kesan."

Selain itu, Najib juga memesan supaya berhati hati dengan Altantuyaa kerana dia penuh tipu helah dan pandai berkata-kata, antara salah satu bahawa dia sedang mengandung.

Azilah mengemukakan permohonan semula adalah atas tujuan untuk mempertahankan diri kerana dirinya dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan dan selain untuk menzahirkan perkara sebenar yang telah telah terjadi dalam kes pembunuhan tersebut.

"Juga berharap supaya rakan-rakan di UTK dan PDRM secara amnya supaya berhati-hati dalam melaksanakan arahan supaya kes penganiayaan yang telah berlaku terhadap saya tidak berulang lagi," ujar Azilah.

Sirul dan Azilah (Sumber foto: Google)

Menurut rekod, Najib sebelum ini berulang kali menafikan pernh berjumpa dengan Altantuya malah bersumpah nafi dalam sebuah masjid.

Azilah yang merupakan bekas polis itu turut memohon maaf atas penglibatannya dalam operasi yang telah meragut nyawa seorang manusia yang tidak bersalah.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shariibuu di atas apa yang terjadi kerana saya tiada pilihan dalam waktu tersebut dan hanya menjalankan arahan yang diberikan kepada saya." - CARI 

Sumber: Malaysiakini

1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Oldbitty1

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 16-12-2019 04:32 PM
dayyuummm

tambah popcorn peliisss

makin rancak la politaik negara ni
marhaen macam kita ni makin susah cari sesuap seperiuk sekawah nasik
Quote arnauld 16-12-2019 04:32 PM
Ni yg terbaik "Saya tanya TPM (Najib) apakah maksud tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM jawab 'shoot to kill' sambil tunjuk isyarat potong leher," Petikan Akuan Berkanun.


"Apabila ditanya maksud hapuskan mayat perisik, TPM jawab lupus mayat perisik asing dan hilangkan kesan."
Kalau hampa percaya dpm bagi clear order Kat executioner engkorang mmg ngok hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha siap boleh double check lagi Oder Tu actually maksudnya apa hahaha hahaha hahaha hahaha Kang shafie Tanya bila dia jumpa najib jenuh pusing hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha bang chain of order dia bkn cam Tu la aku berani jamin hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Quote arnauld 16-12-2019 04:34 PM
Lagi3 tahun, dia ckp kami tipu sbb ingat pee h akan memerintah selamanya pulak hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Quote becir 16-12-2019 04:36 PM
Kalau betul pun dia tetap Takleh Lepas. U did kill her under order.
Quote alinone78 16-12-2019 04:37 PM
maksudnya dia mengaku dia bunuh altantuya

full stop
Quote highcastle 16-12-2019 04:41 PM
Sedangkan ada rakaman video yang HD pun seseorang boleh kata itu bukan dia........
Quote zorrro_03 16-12-2019 04:43 PM
apa nak jadi laaa puak2 kencing ni.  kejap gitu kejap gini...
Quote sarah82 16-12-2019 04:45 PM
Hahahahahahaha.. La ni.. Aku x kisah.. Yg aku tau keadaan negara ni kena pulih.. Asyik dok ulang benda yg sama sampai AJM kami pilih bangsat2 ni utk makan gaji buta meh?
Quote chicozinn 16-12-2019 04:54 PM
sarah82: Hahahahahahaha.. La ni.. Aku x kisah.. Yg aku tau keadaan negara ni kena pulih.. Asyik dok ulang benda yg sama sampai AJM kami pilih bangsat2 ni utk m ...


Tau takpe...yg masih hidup ni kena tanggung kos sara hidup makin meninggi..yg dah meninggal tu sah2 la dah xpkir psal soal dunia lagi sbb da msuk alam lain..
Quote misuke 16-12-2019 05:09 PM
aku dh boleh agak jawapan najib..... 'saya tak tahu.. sy terkejut :
Quote ikankeringmurah 16-12-2019 05:15 PM
Sirul pembunuh  sebenar Altantuya masih rilek kt Australia

Sirul pegang rahsia puak2 PH, sbb tu kerajaan PH tk berani nk ekstradisi Sirul ke Malaysia


apa kata Najib mengenai Altantuya
August 5, 2018
Selama ini bermacam fitnah saya hadapi. Tapi semua itu tidak melemahkan semangat saya, termasuk mereka yang menuduh saya mengarahkan Altantuya dibunuh.
Bila saya cabar mereka bawa pulang Sirul ke Malaysia untuk pendakwaan. mereka kata sudah mohon kepada Australia.
Hari ini Menteri Luar Australia menafikan penipuan Tun Mahathir bahawa kerajaan Malaysia pernah memohon untuk ekstradisi seperti yang disahkan Dr Mahathir.
Mereka boleh tipu rakyat. Tapi mereka tidak boleh menipu kebenaran.
https://pakdin.my/apa-kata-mantan-pm-ds-najib-mengenai-kes-altantuya/

kerajaan Malaysia tak pernah mohon bawa pulang Sirul, jelas Menteri Luar Australia, Julie Bishop..
Australia mengesahkan Malaysia tidak memohon untuk membawa pulang Sirul Azhar Umar, pembunuh Altantuya
August 1, 2018
https://pakdin.my/malaysia-tidak-mohon-bawa-pulang-sirul-jelas-australia/
Quote AbukRokok 16-12-2019 05:31 PM
tetiba teringat dulu anwar dan najib kem yg sama dalam pemilihan agung
apakah sejarah mgkin berulang?
Quote addved 16-12-2019 05:32 PM
Kesian orang yang jadi pak turut ni.
Quote umbut 16-12-2019 05:43 PM
Politaik... kaki fitnah.... fitnah sana sini
Quote Rogue98 16-12-2019 05:46 PM
Najib jer aku percaya. Puak Hanching sorry lah korang dah hilang kredibiliti di mata rakyat. Sampai nak kena upah RBA utk memfitnah mencaci menghina Najib. Loser lah guna taktik kotor. Polis pun malas nak layan dah...
Quote ikankeringmurah 16-12-2019 05:50 PM
Azilah pun desperate, dh kena sogok dgn kerajaan PH.. ni jela modal puak2 PH nk benamkan  Najib ke dlm penjara.. kes SRC & 1MDB confirmed Najib akan menang
Quote pengecatbintang 16-12-2019 05:53 PM
Wait n see
Quote ikankeringmurah 16-12-2019 06:07 PM
tiada bukti kaitkan Najib dgn kes pembunuhan Altantuya, Kevin Morais --  22 Feb 2019

https://m.malaysiakini.com/news/465213

Sumber polis memaklumkan bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

nk dgr ckp bekas polis  yg dh tkde KREDIBILITI, dan kantoi sedang disogok oleh kerajaan PH..  bekas polis itu juga kini sedang menanti hukuman mati di penjara Kajang,
atau nk dgr ckp dari sumber rasmi  pihak polis Malaysia?

adakah polis Malaysia masih dibawah arahan Najib / Barisan Nasional?
Quote lesprincesse 16-12-2019 09:49 PM
Dia ni mesti nak try fight for his life.
On the hand pulak- najib pun kalau takde angin takkan pokok bergoyang

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top