View: 9646|Reply: 62
|
"Najib Arah Saya Bunuh Altantuya," Pendedahan Mengejut Dari Banduan Ak
[Copy link]
|
|
Azilah Hadri,yang ketika ini sedang menunggu hukuman gantung mandatori kerana didapati bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, telah membuat dakwaan mengejutkan dari pejara Kajang.
Memetik laporan Malaysiakini, dia mendakwa telah mendapat arahan untuk membunuh Altantuya atas arahan bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak (yang pada ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri) serta rakan baiknya, Abdul Razak Baginda.
Sumber foto: Azlan Zamhari (MalaysiaKini.com)
Dalam pengakuannya itu, Azilah berkata dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya menuruti arahan iaitu 'shoot to kill' atas tatacara tugasnya sebagai Unit Tindakan Khas (UTK) Polis.
Pengakuan dan segala perincian maklumat terbaru tersebut telah difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan dalam usaha rayuan menyemak semula hukuman mati dan pertuduhan salah terhadapnya.
Altantuya Shariibuu (sumber: Google)
Azilah juga memohon perbicaraan semula untuk mengemukakan bukti penuh mengenai operasi sulit tersebeut di mahkamah terbuka atas alasan 'keadilan dapat ditegakkan'.
Pengurusan kes dijadualkan pada esok hari.
Jika sebelum ini, Azilah mendapati keterangan tersebut tidak dikemukan semasa prosiding mahkamah.
Dalam Akuan Berkanun untuk menyokong permohonannya, Azilah menuduh Najib mengarahkannya untuk 'tangkap dan hapuskan' Altantuya yang digelar sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara.
"Saya tanya TPM (Najib) apakah maksud tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM jawab 'shoot to kill' sambil tunjuk isyarat potong leher," Petikan Akuan Berkanun.
"Apabila ditanya maksud hapuskan mayat perisik, TPM jawab lupus mayat perisik asing dan hilangkan kesan."
Selain itu, Najib juga memesan supaya berhati hati dengan Altantuyaa kerana dia penuh tipu helah dan pandai berkata-kata, antara salah satu bahawa dia sedang mengandung.
Azilah mengemukakan permohonan semula adalah atas tujuan untuk mempertahankan diri kerana dirinya dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan dan selain untuk menzahirkan perkara sebenar yang telah telah terjadi dalam kes pembunuhan tersebut.
"Juga berharap supaya rakan-rakan di UTK dan PDRM secara amnya supaya berhati-hati dalam melaksanakan arahan supaya kes penganiayaan yang telah berlaku terhadap saya tidak berulang lagi," ujar Azilah.
Sirul dan Azilah (Sumber foto: Google)
Menurut rekod, Najib sebelum ini berulang kali menafikan pernh berjumpa dengan Altantuya malah bersumpah nafi dalam sebuah masjid.
Azilah yang merupakan bekas polis itu turut memohon maaf atas penglibatannya dalam operasi yang telah meragut nyawa seorang manusia yang tidak bersalah.
"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shariibuu di atas apa yang terjadi kerana saya tiada pilihan dalam waktu tersebut dan hanya menjalankan arahan yang diberikan kepada saya." - CARI
Sumber: Malaysiakini
|
|
|
|
|
|
|
|
dayyuummm
tambah popcorn peliisss
makin rancak la politaik negara ni
marhaen macam kita ni makin susah cari sesuap seperiuk sekawah nasik |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg terbaik "Saya tanya TPM (Najib) apakah maksud tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM jawab 'shoot to kill' sambil tunjuk isyarat potong leher," Petikan Akuan Berkanun.
"Apabila ditanya maksud hapuskan mayat perisik, TPM jawab lupus mayat perisik asing dan hilangkan kesan."
Kalau hampa percaya dpm bagi clear order Kat executioner engkorang mmg ngok hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha siap boleh double check lagi Oder Tu actually maksudnya apa hahaha hahaha hahaha hahaha Kang shafie Tanya bila dia jumpa najib jenuh pusing hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha bang chain of order dia bkn cam Tu la aku berani jamin hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi3 tahun, dia ckp kami tipu sbb ingat pee h akan memerintah selamanya pulak hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul pun dia tetap Takleh Lepas. U did kill her under order. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya dia mengaku dia bunuh altantuya
full stop |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan ada rakaman video yang HD pun seseorang boleh kata itu bukan dia........ |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak jadi laaa puak2 kencing ni. kejap gitu kejap gini... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahahaha.. La ni.. Aku x kisah.. Yg aku tau keadaan negara ni kena pulih.. Asyik dok ulang benda yg sama sampai AJM kami pilih bangsat2 ni utk makan gaji buta meh? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82: Hahahahahahaha.. La ni.. Aku x kisah.. Yg aku tau keadaan negara ni kena pulih.. Asyik dok ulang benda yg sama sampai AJM kami pilih bangsat2 ni utk m ...
Tau takpe...yg masih hidup ni kena tanggung kos sara hidup makin meninggi..yg dah meninggal tu sah2 la dah xpkir psal soal dunia lagi sbb da msuk alam lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dh boleh agak jawapan najib..... 'saya tak tahu.. sy terkejut : |
|
|
|
|
|
|
|
Sirul pembunuh sebenar Altantuya masih rilek kt Australia
Sirul pegang rahsia puak2 PH, sbb tu kerajaan PH tk berani nk ekstradisi Sirul ke Malaysia
apa kata Najib mengenai Altantuya
August 5, 2018
Selama ini bermacam fitnah saya hadapi. Tapi semua itu tidak melemahkan semangat saya, termasuk mereka yang menuduh saya mengarahkan Altantuya dibunuh.
Bila saya cabar mereka bawa pulang Sirul ke Malaysia untuk pendakwaan. mereka kata sudah mohon kepada Australia.
Hari ini Menteri Luar Australia menafikan penipuan Tun Mahathir bahawa kerajaan Malaysia pernah memohon untuk ekstradisi seperti yang disahkan Dr Mahathir.
Mereka boleh tipu rakyat. Tapi mereka tidak boleh menipu kebenaran.
https://pakdin.my/apa-kata-mantan-pm-ds-najib-mengenai-kes-altantuya/
kerajaan Malaysia tak pernah mohon bawa pulang Sirul, jelas Menteri Luar Australia, Julie Bishop..
Australia mengesahkan Malaysia tidak memohon untuk membawa pulang Sirul Azhar Umar, pembunuh Altantuya
August 1, 2018
https://pakdin.my/malaysia-tidak-mohon-bawa-pulang-sirul-jelas-australia/ |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba teringat dulu anwar dan najib kem yg sama dalam pemilihan agung
apakah sejarah mgkin berulang? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian orang yang jadi pak turut ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Politaik... kaki fitnah.... fitnah sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Najib jer aku percaya. Puak Hanching sorry lah korang dah hilang kredibiliti di mata rakyat. Sampai nak kena upah RBA utk memfitnah mencaci menghina Najib. Loser lah guna taktik kotor. Polis pun malas nak layan dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Azilah pun desperate, dh kena sogok dgn kerajaan PH.. ni jela modal puak2 PH nk benamkan Najib ke dlm penjara.. kes SRC & 1MDB confirmed Najib akan menang |
|
|
|
|
|
|
|
tiada bukti kaitkan Najib dgn kes pembunuhan Altantuya, Kevin Morais -- 22 Feb 2019
https://m.malaysiakini.com/news/465213
Sumber polis memaklumkan bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.
nk dgr ckp bekas polis yg dh tkde KREDIBILITI, dan kantoi sedang disogok oleh kerajaan PH.. bekas polis itu juga kini sedang menanti hukuman mati di penjara Kajang,
atau nk dgr ckp dari sumber rasmi pihak polis Malaysia?
adakah polis Malaysia masih dibawah arahan Najib / Barisan Nasional? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mesti nak try fight for his life.
On the hand pulak- najib pun kalau takde angin takkan pokok bergoyang |
|
|
|
|
|
|
| |
|