CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jika Mama Di Sini Pasti Bangga" - Kisah Murid 6A UPSR Ke Pusara Ibu Sentuh Hati Warganet

22-11-2019 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7002| Komen: 42

Description: Alangkah bahagianya jika dapat berkongsi kejayaan bersama orang tersayang. Namun, jika mereka sudah pergi, tiada apa yang dapat dibuat melainkan reda dan titipkan doa.Kisah seorang murid tahun enam di ...
Alangkah bahagianya jika dapat berkongsi kejayaan bersama orang tersayang. Namun, jika mereka sudah pergi, tiada apa yang dapat dibuat melainkan reda dan titipkan doa.

Kisah seorang murid tahun enam dikenali dengan nama Ila begitu menyayat hati kerana dia yang memperoleh keputusan 6A dalam UPSR, membawa keputusan itu ke perkuburan ibunya di Permatang Pauh. 

Kredit foto: FB

Kisah Ila ini dimuat naik oleh neneknya, Aishah Mat Akat yang sempat merakam momen sedih itu menerusi Facebook miliknya. 

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang di sisi opah. Perjalananmu masih jauh. Jika mama ada di sisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga denganmu.

“Teruskan perjuanganmu. Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan. Opah yakin Ila akan berjaya satu hari nanti,” katanya.

Kredit foto: FB

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dapat dilihat Ila dalam keadaan bercucuran air mata ketika berada di kubur ibunya sambil membawakan keputusan UPSR itu. 

Kisah sedih ini mendapat hampir 6,000 kali perkongsian semula di laman sosial dan lebih 1,000 komen daripada warganet. 

Ramai yang mendoakan kejayaan berterusan buat gadis ini di mana depan. - CARI 
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote multinicky 22-11-2019 06:37 PM
sedihnye

nenek2 skrg pon ad facebook eak..nenek muda kot..
Quote Atata 22-11-2019 06:45 PM
Sedih gilaaa. Berair mata tgk gambar tu
Quote Nana_Man 22-11-2019 06:45 PM
Tahniah Ila. Semoga berjaya di masa akan datang juga.
Quote noell 22-11-2019 06:46 PM
multinicky replied at 22-11-2019 06:37 PM
sedihnye

nenek2 skrg pon ad facebook eak..nenek muda kot..

opah dia retired cikgu besaq
Quote faint_heart 22-11-2019 06:47 PM
Apa punca maknya meninggal?
Quote noell 22-11-2019 06:47 PM
faint_heart replied at 22-11-2019 06:47 PM
Apa punca maknya meninggal?

childbirth
Quote multinicky 22-11-2019 06:53 PM
noell replied at 22-11-2019 06:46 PM
opah dia retired cikgu besaq

oh no wonder lah... Alhamdulillah, at least meols rs somebody yg credible blh jg adik ni.. moga berjaya dunia akhirat dik
Quote dua_chzy 22-11-2019 07:04 PM
Sedeh pula aiol. Moga adik Ila jadik insan berjayq dan tak kekwat bila dok atas nanti.
Quote fliphair8 22-11-2019 07:13 PM
Alahai siannya anak ni....semoga nenek terus sihat dan mampu menjaga anak sehingga berjaya
Quote sapeka 22-11-2019 07:22 PM
Tahniah dik
Kuatkan semangat
Quote thetimes 22-11-2019 07:38 PM
{:cryrun
Sedihnya tengok. BTW, tahniah adik!
Quote awaynepian 22-11-2019 07:42 PM
Tahniah dik..even adik xbaca...pakcik doakan semoga adik terus beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...dan menjadi anak yg solehah dan memberi manfaat kepada ibu dan bapa..aamiin
Quote sukacactus 22-11-2019 07:44 PM
Tahniah nak!
Aku tahan je airmata aku ni
Quote Modngengade 22-11-2019 07:52 PM
Eh bukan ada masuk berita yg result budak ni biasa2 je...x celah mana 6A nyer
Quote Kurex 22-11-2019 08:15 PM
tahniah dik..
macam abg dekat sini, walaupun ada porumer kata abg masih bodoh sebab ang kata result tak ok, tetap abg bangga sebab mampu sara mak, ayah dgn atuk abg..

teruskan usaha dan sentiasa merendah diri
Quote irlene_hana 22-11-2019 08:16 PM
Ya Allah sedihnya.. sedih kt opis ni bc. Moga bjaya adik.
Quote sarah82 22-11-2019 08:54 PM
multinicky replied at 22-11-2019 06:37 PM
sedihnye

nenek2 skrg pon ad facebook eak..nenek muda kot..

Nak menangis tapi bila baca komen uols.. Terus.. Hahahahaha
Quote Perawankota 23-11-2019 12:11 AM
Semoga adik berjaya Di masa2 akan dtg juaa
Quote kuzaime 23-11-2019 12:14 AM
mata masuk habuk
Tahniah nak, perjalanan masih panjang, semoga terus berjaya.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063648 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top