CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anjing 'Unicorn' Dijumpai, Ada Ekor Tumbuh Di Kepalanya. Ini Hasil X-Ray Yang Dilakukan..

29-11-2019 11:02 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 2953| Komen: 11|Original author: Pink Lily

Description: Seekor anak anjing dijumpai memiliki ekor di dahi dan diberi gelaran 'Narwhal the Little Magical Unicorn'

Kredit Foto: Post Gazette
Seekor anak anjing lahir dengan ekor kedua di antara matanya dan dijaga oleh Pusat penyelamat anjing, Mac's Mission di Missouri, AS, sewaktu dijumpai merayau-rayau di jalanan sendirian. 

Anak anjing berekor dua itu dinamakan 'Narwhal' sebagai penghormatan kepada tambahan struktur badannya yang dianggap sebagai 'sedikit kecacatan yang sangat sempurna'. 

Nama penuh anak anjing berusia 10 minggu itu ialah 'Narwhal the Little Magical Unicorn'

Kredit Foto: Business Insider
"Ia sememangnya binatang yang penuh magis, sentiasa gembira," kata Rochelle Steffen, pengasas pusat penyelamat tersebut. "Semua orang nak tengok dia. Ramai sukarelawan yang datang dan akan kata 'Hei, boleh kami bermain dengan Narwhal?' Dan sekarang mengambil selfie dengan Narwhal dah jadi satu trend sebab dia sangat comel."

Melalui imbasan X-ray, didapati ekor tersebut tiada tulang. Ini bermakna, Narwhal tidak boleh mengibas atau menggunakan ekor tersebut untuk mengesat mata. 

Imbasan X-ray menunjukkan ekor tersebut tidak bertulang. Kredit Foto: Florida Today
Walaupun Steffen memilih untuk mengekalkan ekor itu, namun dia tidak menolak sekiranya perlu memotongnya andai ia mula memanjang ke dalam atau mengganggu penglihatan Narwhal. 


Anjing itu juga tidak akan diberi untuk dipelihara buat masa ini sehingga pihak penyelamat dapat memastikan ekor depannya itu tidak menimbulkan isu lain apabila anjing itu membesar.  - CARI 
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 29-11-2019 11:09 AM
Mcm nampka video dia lalu kat yt feed,  tapi tak tergerak nak buka tengok.
Quote saviour_09 29-11-2019 11:48 AM
comel

anak aku gila unicorn
kalo tengok ni mau dia gomol
Quote Artemesiaa 29-11-2019 11:49 AM
Kecacatan yang unik moga tak membahayakan dirinya dimasa depan
Quote paz 29-11-2019 12:00 PM
Cute lah. Suka
Quote noell 29-11-2019 12:02 PM
semua nih salah ikan - Asdan
Quote Kurex 29-11-2019 12:27 PM
kecacatan sempurna : lesung pipit
Quote komotthecat 29-11-2019 03:32 PM
comel . happy bila dengar news psl rescued stray cat/dogs
Quote thetimes 29-11-2019 04:20 PM
So cute {:love
Quote fff_cat 29-11-2019 07:52 PM
Suka tengok mata anjing cute... Adorable sangat
Quote L211 30-11-2019 02:02 AM
super cute... gerammm
Quote che-cikL 30-11-2019 06:34 PM
Joirepah minat ni unicorn unicorn ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.100572 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top