CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Nyaris Ajal Bawah Kereta Lepas Ditampar Abang

14-10-2019 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5094| Komen: 21

Description: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersungkur di hadapan sebuah kereta di jalan raya selepas ditampar abangnya.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersungkur di hadapan sebuah kereta di jalan raya selepas ditampar abangnya.

Menurut Asia One, kejadian berlaku di bandar Tongren, Guizhou pada 6 Oktober lalu.



Foto: Pearvideo.com

Kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua kanak-kanak lelaki yang tidak didedahkan identitinya sedang berjalan di bahu jalan raya secara berbahaya tanpa orang dewasa.

Abang mangsa kemudian secara tiba-tiba menampar adiknya itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan terjatuh ke arah kenderaan yang mendatang, lalu terperangkap di bawahnya.


Foto: Pearvideo.com


Abang mangsa dilihat bergegas cuba memberi bantuan, namun gagal menarik adiknya keluar.

Beberapa anggota polis bertugas berhampiran lokasi kejadian bersama beberapa orang awam mengangkat kereta berkenaan untuk mengeluarkan kanak-kanak terbabit.


Foto: Screengrab/Weibo/AsiaOne

Jurucakap polis berkata, mangsa dibawa ke hospital untuk diperiksa dan dia bernasib baik hanya mengalami luka akibat geseran di kepala. - CARI



Bagus
5

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-10-2019 12:51 PM
Adoiii.. biar je anak jln kat jln raye..
Quote moonbug 14-10-2019 12:58 PM
Mana mak bapak
Quote NekNgah 14-10-2019 12:59 PM
Tau pulak panic nak tarik adik tu dari bawah kereta.  Masa buat tak fikir.
Quote Eric.n9 14-10-2019 01:10 PM
Nasib tak penyet budak tu
Quote prettyuglybabe 14-10-2019 01:17 PM
mujur ada camera..
kalau tak masak la driver tu kena tanggung..
Quote Nurul8001 14-10-2019 01:19 PM
Terkedek-kedek si kecik tu ingikut abg dia.
Agaknya, abg tak kasi ikut, dia nak ikut jugak. Manalah parents deme.
Quote haryatie 14-10-2019 01:19 PM
sembunyi2 ikut abg ke ni
tu yg kena tampar kut
mna makayah budak ni
Quote Kurex 14-10-2019 01:25 PM
Kenapa la berita ni mesti dari leluhur tanah besar..
Quote thetimes 14-10-2019 01:53 PM
Kes nak ikut abang tapi abang tak bagi join sekali la ni.
Sekali dapat penampar pulak.
Mujur x jadi apa, kalau x menyesal tak sudah.
Quote hatikudus 14-10-2019 01:57 PM
Kesiannya lah terkedek2 jalan...sekali kena lempang terpelanting bawah keta nasib baik tak laju.  
Quote raihaneem 14-10-2019 02:00 PM
thetimes replied at 14-10-2019 01:53 PM
Kes nak ikut abang tapi abang tak bagi join sekali la ni.
Sekali dapat penampar pulak.
Mujur x jad ...

Mungkin jugak kan..

Teringak masa kecik..adik asyik nk ngekor ja bila nk kluar main. Klau tak bw nnti mak marah..hihi..

Mujur terselamat, belum ajalnya..
Quote shark_eow7 14-10-2019 02:04 PM
aduhaiii... budak2 ni agaknya mak dia suruh g kedai. pastu adik sebok nak ikut.. abang tak kasi.. tapi nak sangat ikut. tu yg smbil jalan marah ke adik.. tampar adik tibe ada kereta datang. nasib  tak mati ke cedera parah ke adik tu. spekulasi je cerita ni.. hahahah
Quote Pink_Purple 14-10-2019 02:11 PM
sekuat hati dia tampar adik sampai menonong gitu..

tampar dia balik..
Quote Artemesiaa 14-10-2019 02:36 PM
Yang lalu kat jalanraya tu buat apa sah2 boleh membahayakan bukan tak ada tempat pejalan kaki lima disebelahnya tu.  Nasib sana banyak cctc boleh rakam kejadian.
Quote Gomea 14-10-2019 03:34 PM
Kuatnya ko tempeleng, sampai tercampak adik ko tu.
Quote ikanmasin 14-10-2019 03:36 PM
nsb baik kereta tu tak laju..kalau tak penyek dah kepala tu..
Quote duri_durians 14-10-2019 04:06 PM
maafkan saaya tidak husnuzon.. adakah ini scammer? memandangkan kat sana mmg banyak scam kemalangan
Quote delsmomm 14-10-2019 04:14 PM
aduuhhh...kesiannya...

nasib la xjadik pape kat bdk tu...

tetiba rasa nak lempang mak bapak bdk tu sbb biar je anak mcm tu..
Quote Perawankota 14-10-2019 04:56 PM
Gila lah mcmni...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top