CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengamuk Nak Bunuh Bapa Sebab Tak Dapat RM20

25-9-2019 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1977| Komen: 10

Description: Lelaki tergamak mengugut untuk membunuh bapanya hanya kerana enggan memberikan RM20 kepadanya.
Lelaki tergamak mengugut untuk membunuh bapanya hanya kerana enggan memberikan RM20 kepadanya.

Harian Metro melaporkan, suspek berusia 34 tahun itu mengamuk di rumah mereka di Kampung Nyior Sebatang, di Tasek Gelugor, jam  4.30 petang semalam selepas mangsa berusia 74 tahun enggan memberikan diminta.



Gambar Hiasan

“Suspek yang berang kemudian mengamuk dengan menolak dan menghempas barang dalam rumah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau dan mengugut mahu membunuh bapanya,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Difahamkan, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah, manakala ahli keluarga lain bekerja.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan sebelum anaknya ditahan polis.

Tambah Noorzainy, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.


Berikutan itu, suspek diraman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-9-2019 01:57 PM
Masih simpan lagi anak macam ni? Tpi nak komen lebih pun tak boleh, sebab nanti kena dekat kurex..
Quote Eric.n9 25-9-2019 02:12 PM
Klu dah taik dadah,,, huhuuhu
Quote nono86 25-9-2019 05:10 PM
Sedehnye.. Kesian ibu bapak. Susah nak buang/halau anak celaka kalau taknak.
Quote Perawankota 25-9-2019 09:50 PM
Harap2 x der lah family or sedara kita mcmni
Quote muraicomey 26-9-2019 11:10 AM
Dadah perosak bangsa
Quote Biabetik 26-9-2019 11:27 AM
Kesian apaknya... Dh umur2 camtu terpaksa hadap lg perangai ank. Patut dah rilek2 abiskan hari tua
Quote taikor 26-9-2019 11:30 AM
Pengaruh dadah. Memang mcm ni sebab dah rosak
Quote Betara_Indera 26-9-2019 11:47 AM
tulah taik dadah ni.. tak tau dah nak buat ape, penjare kan ngabiskn beras, hukum tembak ade pulak persatuan hak asasi pertikaikan pulak
Quote VioletsAre_Blue 26-9-2019 12:12 PM
Orang hisap dadah patut kena gantung je sampai mati, hidup menyusahkan orang
Quote eddlala 26-9-2019 12:14 PM
Bapak dia bekas cikgu. Imam kampung aku ni.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047432 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top