CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Zamani Selamat Bernikah Akhirnya..

23-9-2019 09:45 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3363| Komen: 6|Original author: Nia M

Description: Zamani, 48, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya, Nur Juliana Abdul Rani, 36, pada 20 September 2019.Kredit foto: Peveyhack productionPasangan ini telah mengenali hati budi mas ...
Penyanyi Zamani, 48, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya, Nur Juliana Abdul Rani, 36, pada 20 September 2019.

Kredit foto: Peveyhack production


Pasangan ini telah mengenali hati budi masing-masing sejak 14 tahun lalu kerana Juliana merupakan pembantu peribadi Zamani yang bekerja di syarikat rakaman milik Zamani dan keluarga. 

Berpakaian putih, serba ringkas, kedua mempelai ini selamat menyempurnakan majlis akad nikah mereka yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Kredit foto: Peveyhack production


Tahun lalu, nama Zamani hangat kembali apabila menyertai program Gegar Vaganza dan berjaya meraih tempat ketiga. Ternyata melalui program itu, terbukti Zamani masih lagi mendapat tempat di hati peminat.

Dari situ juga, Zamani kembali berinteraksi dengan media dan mengumumkan akan bertunang dengan Juliana pada Jun lalu.

Setelah begitu banyak kontroversi dan menjadi kegilaan para peminat wanita, Zamani akhirnya mendirikan rumahtangga. Tahniah diucapkan! Semoga perkahwinan ini kekal sampai ke syurga. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 23-9-2019 09:47 AM
so happy for you Zamani
Quote helicornia 23-9-2019 09:56 AM
apo wartawan cari ketinggalan ketapi ke news 3 hari lepas
Quote Cpkay 23-9-2019 10:10 AM
tahniah bro zamani.. buang lah spek tu bro... nak tengok gak mata tu
Quote kakayam 23-9-2019 10:39 AM
Beribu ribu tahniah
Quote Loloq89 23-9-2019 04:06 PM
kurus nau zamani
Quote iznanaziz 23-9-2019 04:18 PM
Cpkay replied at 23-9-2019 10:10 AM
tahniah bro zamani.. buang lah spek tu bro... nak tengok gak mata tu

dia slalu pakai spek kan?  ha ah, nak tengok gak dia tanpa spek.
mungkinkah matanya sepet ala korea?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.048202 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top