KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2013: Dalam pada sibuk membuat persiapan konsert solo keduanya yang akan berlangsung November ini, penyanyi senior popular, Ning Baizura bakal tampil dengan harumannya sendiri, esok.
Haruman yang dinamakan sempena namanya sendiri, NING bakal diperkenalkan buat pertama kalinya kepada orang ramai di pusat beli-belah terkemuka Pavilion pada esok petang yang akan disaksikan pihak media, artis dan sosialis terkenal tanah air. Portal murai.com.my dimaklumkan, idea untuk melahirkan haruman berkenaan sudah lama, bagaimanapun proses untuk merealisasikannya memakan masa kerana ia melibatkan rangkaian runcit terbesar di negara ini. Hadir dalam kemasan 100 ml, haruman NING memiliki citarasa tersendiri kerana ianya melambangkan kekuatan personaliti penyanyi berkenaan yang sentiasa ceria, berkeyakinan dan positif dalam apa juga situasi.
Haruman NING disempurnakan dengan kemanisan eksotik yang dilengkapi dengan sentuhan bauan bunga Afrika jingga dan limau mandarin. Cukup mempersona. Tidak ketinggalan juga gabungan bunga honeysuckle dan jasmine. Asas haruman itupula diperindahkan dengan kehadiran vanilla, ambar dan kayu gaharu menjadikannya cukup sempurna jika disemburkan di badan si jelita Ning Baizura berkata, harumannya itu boleh didapati pada harga berpatutan iaitu RM159 dan setiap pembelian pada hari berkenaan akan dilengkapi dengan skaf eksklusif khusus untuk pembeli istimewa. Jadi jangan ketinggalan untuk hadir ke pusat beli-belah Pavilion, sekitar jam 7.30 malam, esok untuk mendapatkan haruman pertama NING yang pastinya memukau. |
cikatilia posted on 5-10-2013 05:01 PM
RM159 pada hari berkenaan.. means after that lebih mahal la?
baik aku beli bodyshop
meow_tompok posted on 5-10-2013 05:55 PM
bodyshop tahan lama tak laling?
kalau beli one drop perfumes bole sedekah dah kat org lain.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
10-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053310 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.