CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meninggal Dua Kali

3-10-2013 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7644| Komen: 42

Description: Bagan Serai: Seorang Warga Emas Menggemparkan Penduduk Kuala Gula, Di Sini, Apabila Disahkan Doktor Mati Dua Kali Dalam Tempoh Lapan Jam, Kelmarin.Tan Chai Jeik, 69, Yang Disahkan Mati Oleh Pegawai
Bagan Serai: Seorang warga emas menggemparkan penduduk Kuala Gula, di sini, apabila disahkan doktor mati dua kali dalam tempoh lapan jam, kelmarin.

Tan Chai Jeik, 69, yang disahkan mati oleh pegawai perubatan yang datang ke rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula pada jam 8 pagi, mengejutkan ahli keluarga apabila tiba-tiba membuka mata dan menggerakkan bibirnya ketika diletakkan di dalam keranda empat jam kemudian.

Adiknya, Chai Soon, 50-an, berkata, kejadian menggemparkan itu berlaku ketika seluruh ahli keluarganya membuat persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian.

“Selepas dimandikan, dia dipakaikan sepasang pakaian khas dan diletakkan ke dalam keranda di hadapan rumah lebih kurang jam 1.30 tengah hari.
ANAK dan cucu mendiang Tan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula, kelmarin.



“Ketika ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang bagi meratapi pemergian mendiang dan namanya disebut-sebut seorang anaknya, tiba-tiba kakak saya membuka mata dan menggerakkan bibir seolah-olah hendak berkata sesuatu,” katanya



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 3-10-2013 08:07 AM
ada bela kot
Quote bbalik 3-10-2013 08:08 AM
len kali minta nombor....
Quote md.jie 3-10-2013 08:09 AM
macam cerita madu tiga..
Quote haryatie 3-10-2013 08:11 AM
maksud nya kali ke2 baru dia ninggal btul2 la yer...
Quote namirulmukminin 3-10-2013 08:13 AM
Bila pulak pengesahan kematian kali kedua tu?
Quote miss_manja 3-10-2013 08:17 AM
sebelum mati kali ke2 dia pesan apa???
Quote Dadadi 3-10-2013 08:23 AM
hehe...baik tanam cpt2..
kalau kali ke3,nayaaaaaa
Quote abas8888 3-10-2013 08:24 AM
mungkin respons auto jasad tu sendiri masa baru mati..regangan urat dan otot..
Quote cikatilia 3-10-2013 08:27 AM
masalah jantung nih
Quote apitkl 3-10-2013 08:29 AM
md.jie posted on 3-10-2013 08:09 AM
macam cerita madu tiga..

ada ka scene mati idup semula dlm crita madu tiga????????
Quote batmana 3-10-2013 08:30 AM
hidup kejap pastu mati balik, tu yg dua kali..
berita selanjutnye keene beli paper metro.. sbb tu cerita tk lengkap..
Quote md.jie 3-10-2013 08:56 AM
apitkl posted on 3-10-2013 08:29 AM
ada ka scene mati idup semula dlm crita madu tiga????????

p psg la ni tengok sampai habehhh...

Quote apitkl 3-10-2013 09:19 AM
md.jie posted on 3-10-2013 08:56 AM
p psg la ni tengok sampai habehhh...

memg x adala scene mati hidup smula tuh dlm madu 3....hg tgk crita mna satu nih
Quote miawpink 3-10-2013 09:36 AM
Gempar warga emas hidup semula



SELINSING - Penduduk Kuala Gula di sini gempar apabila seorang warga emas yang disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan didakwa kembali membuka mata dan menggerakkan badan selepas lima jam diletakkan di dalam keranda.

Adik mangsa, Tan Chai Soon, 55, berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kampung Cina Kuala Gula kelmarin, kakaknya, Tan Chai Gaik, 69, disahkan meninggal dunia akibat sakit tua oleh pembantu perubatan yang datang ke rumah untuk merawatnya.

Menurutnya, setelah dimaklumkan pemergian mendiang, seluruh ahli keluarga menyediakan persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian mendiang.

“Setelah mendiang diletakkan dalam keranda di rumahnya lebih kurang jam 1.30 tengahari, kesemua ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang.

“Sedang nama mendiang disebut-sebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mendiang membuka mata dan menggerakkan sedikit anggota badan ,”katanya ketika ditemui semalam.

Chai Soon berkata, kesemua ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi semula pembantu perubatan yang merawat mendiang sebelum ini dan memintanya memeriksa warga emas itu.

Dakwanya, pembantu perubatan itu sangat terkejut setelah mendapati tekanan darah mendiang memberikan bacaan stabil meskipun tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.

“Pembantu perubatan segera mengarahkan ambulans daripada Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping.

“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang sebenarnya meninggal dunia sejak disahkan pada kali pertama dan kejadian ‘hidup’ kembali itu mungkin disebabkan tindak balas luar biasa tubuh mendiang,” katanya.


sumber= sinar harian
Quote ninjamontel 3-10-2013 09:51 AM
fuhhh sib baik tak bgn
Quote cik.ijaw 3-10-2013 10:07 AM
md.jie posted on 3-10-2013 08:09 AM
macam cerita madu tiga..

Do Re Mi

Quote BurningTimes 3-10-2013 10:23 AM
yina yukit tidak hairanlah, selalunya mayat mereka kena tanam 7 kaki bawah tanah, sangat dalam sampai mayat pun tak boleh nak korek naik atas balik, sebabtu hantu yina yukit pun jarang duk hogging kehulu kehilir ganggu ummah, kalau si ummah mulayu ni lain, duk korek setakat boleh tanam mayat jah, nak jimat tanah katanya, esoknya penuh hantu ummah mulayu ni tak habis2 duk kacau orang, pergi sekolah duk buat histeria melalak, dasar jin pprt kelas ketiga.
Quote awangbok 3-10-2013 11:50 AM
sorry wrong post
Last edited by awangbok on 3-10-2013 11:51 AM

Quote md.jie 3-10-2013 12:15 PM
apitkl posted on 3-10-2013 09:19 AM
memg x adala scene mati hidup smula tuh dlm madu 3....hg tgk crita mna satu nih

cuba hg p duk ataih pokok pegang payung terjun tengok jd lgu mana..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.318845 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top