CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tembak Rakan Sekelas Semasa Majlis Reunion Kerana Dendam Lama

13-9-2019 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3241| Komen: 12|Original author: Oleh: natrah

Description: 53 tahun satu tempoh yang panjang. Seorang warga emas berusia 69 tahun nekad menembak bekas rakan sekelasnya semasa majlis reunion kerana dendam yang telah disimpan selama 53 tahun.


53 tahun satu tempoh yang panjang. Seorang warga emas berusia 69 tahun nekad menembak bekas rakan sekelasnya semasa majlis reunion kerana dendam yang telah disimpan selama 53 tahun.


Kredit Foto - Mothership

Majlis itu dibuat di sebuah restoran di daerah Ang Thong di mana mereka menghabiskan masa berbual dan minum arak.



Kredit foto - Mothership: Bulat (kiri) Suthud, Bulat (kanan) Thanapat

Memetik laporan World Of Buzz dan Mothership, Thanapat, seorang pesara tentera laut bertemu semula dengan Suthud rakan sekelasnya pada tahun 1966 yang kerap membulinya dahulu. 

Semasa majlis tersebut, Thanapat bertanyakan kisah beliau dibuli 53 tahun lalu di mana beliau ditanam hidup-hidup hingga hampir mati dan meminta Suthud meminta maaf atas kejadian tersebut.


Kredit Foto - Mothership

Suthud menafikannya dan enggan memohon maaf. Thanapat akhirnya bertindak mengeluarkan pistol lalu menembak Suthud di perut.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Ang Thong.

Mayat Suthud kemudiannya dibawa ke kuil dan disemadikan di sana. Adik ipar Suthud berkata, abang iparnya tidak minum arak dan menghisap rokok selain tidak pernah mempunyai masalah dengan orang lain.


Kredit Foto - Mothership

Thanapat dikatakan telah melarikan diri dari tempat kejadian dan kes masih dalam siasatan polis. 

Nampaknya, sesetengah orang tidak betah melupakan kenangan lama. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 13-9-2019 11:02 AM
dah lama thread ni ada
Quote natrahn 13-9-2019 12:04 PM

ermm.... ye ke
Quote Artemesiaa 13-9-2019 12:21 PM
Macam ulang siar je
Quote gigahertz 13-9-2019 12:38 PM
ada sesetengah orang memang tidak boleh di bawa bergurau. dan tidak boleh bezakan masa bergurau dan masa serius. ada sesetengah orang pulak 24jam kerjanya bergurau.
Quote Gomea 13-9-2019 02:02 PM
Thread lama ni
Quote BlueRose99 13-9-2019 04:15 PM
Edited by BlueRose99 at 13-9-2019 04:16 PM

'Thanapat, seorang pesara tentera laut bertemu semula dengan Suthud rakan sekelasnya pada tahun 1966 yang kerap membulinya dahulu.

Semasa majlis tersebut, Thanapat bertanyakan kisah beliau dibuli 53 tahun lalu di mana beliau ditanam hidup-hidup hingga hampir mati dan meminta Suthud meminta maaf atas kejadian tersebut.

Suthud menafikannya dan enggan memohon maaf. Thanapat akhirnya bertindak mengeluarkan pistol lalu menembak Suthud di perut.'

No wonder lah!
Quote ikanmasin 14-9-2019 01:36 AM
dendam yg dia simpan puluh tahun ..
memudaratkan dia balik..
Quote natrahn 14-9-2019 12:45 PM
ikanmasin replied at 14-9-2019 01:36 AM
dendam yg dia simpan puluh tahun ..
memudaratkan dia balik..

tu la ikut rasa binasa, ikut hati mati..
Quote ikanmasin 14-9-2019 01:42 PM
natrahn replied at 14-9-2019 12:45 PM
tu la ikut rasa binasa, ikut hati mati..

itulah tp mungkin terlalu lama dia simpan kan..
sampai dia paksa pembuli dia minta maaf tp tak
dilayan.sakit ati sangat dah tu sampai tak peduli
jadi apa pun tak kisah dah..
Quote missinpiece 14-9-2019 07:01 PM
Bukan sebarang buli pulak tu. X dapat bayangkan terkambus ngn tanah. Pk mati jela
Quote natrahn 14-9-2019 07:22 PM
ikanmasin replied at 14-9-2019 01:42 PM
itulah tp mungkin terlalu lama dia simpan kan..
sampai dia paksa pembuli dia minta maaf tp tak
...

tu lah...dia teruk kena buli sampai pindah sekolah n difahamkan memang dia tak pernah join mana2 reunion sebelum ni..kali ni ada yang berjaya trace dia n ajak join reunion ..
Quote ikanmasin 14-9-2019 08:11 PM
natrahn replied at 14-9-2019 07:22 PM
tu lah...dia teruk kena buli sampai pindah sekolah n difahamkan memang dia tak pernah join mana2 r ...

oh mcm tu..ptt lah dia mmg tgg masa jer lah nak balas balik..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052743 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top