CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jadi Raksasa Tengok Lipan' - Gadis Panggil Bomba Sebab Trauma

10-7-2019 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11209| Komen: 80

Description: Seorang wanita menghubungi bomba kerana panik selepas menyedari kehadiran seekor lipan di sebuah premis perniagaan di pekan Beluran, semalam.
Seorang wanita menghubungi bomba kerana panik selepas menyedari kehadiran seekor lipan di sebuah premis perniagaan di pekan Beluran, semalam.

Harian Metro melaporkan, tindakan wanita berusia 20 tahun itu didorong akibat trauma terhadap haiwan berbisa berkenaan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.22 petang dan mengerahkan lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk memberi bantuan.


Kredit foto: FB

Namun, sebaik tiba mereka mendapati lipan itu sudah mati dihempap kotak yang dibaling sendiri gadis berkenaan.

Pun begitu, gadis berkenaan dikatakan masih trauma dan duduk di atas meja kaunter sehingga anggota terpaksa menenangkannya.

Menerusi ruangan komen di Facebook JBPM Beluran, kakak gadis terbabit mendakwa adiknya fobia terhadap haiwan 'berkaki banyak' itu.



Kredit foto: FB

“Bagi pihak pemanggil, saya minta maaf admin (Facebook JBPM Beluran), saya kakaknya. Masa tu dia sendiri di gerai. Dia (adik) memang kalau nampak lipan, macam nampak raksasa,” tulisnya.

Tambah jurucakap JBPM Sabah, bomba akan sentiasa mengikut prosedur dan memberi maklum balas kepada setiap laporan diterima.

“Malah, kes seperti ini juga adalah sebahagian kejadian yang tidak boleh dielakkan dan sudah menjadi lumrah tugasan bomba,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jofizo 10-7-2019 02:04 PM
membazirkan masa dan tenaga 8 anggota bomba
Quote jerukkedondong 10-7-2019 02:06 PM
Alahai..lipan ke gonggok tu dik oii
Quote Boomibulat 10-7-2019 02:07 PM
Ingtkan lipan betul rupanya adik lipan...
Quote barfi 10-7-2019 02:10 PM
jerukkedondong: Alahai..lipan ke gonggok tu dik oii

Haha kann macam ulat gonggok aje
Quote Acikgomen 10-7-2019 02:12 PM
Sampai 8 org abam bomba pegi tenang kan ko dekkkk
Quote LadyCarefree 10-7-2019 02:20 PM
Memang faham psl fobia tp ko larik je la kluar kedai bg orng lain handle. Ko tau x kos sekali bomba kluar jawab panggilan camtu? Takot lepas ni ade yng buat bende ni jd lawak dn asyik call bomba sebab nk upkan lg lawak
Quote matamata 10-7-2019 02:22 PM
phobia ni susah nak ckp....phobia labah2 pun ramai....tak padan kecik....sampai ada terma khas utk phobia labah2 kan? cuma term utk phobia lipan blm ada kot
Quote nuryakmal 10-7-2019 02:22 PM
bomba pun agak2la, sampai 8 orang dispatched ... kecemasan kan tau sebab apa... bukan pasal nak tangka ular sawa ke apa.... lipan kot...

Quote Foxey 10-7-2019 02:24 PM
Punya la trauma dia, sampai call bomba
Quote Kurex 10-7-2019 02:24 PM
Harap ada abg bomba yg hensem yg boleh tolong adik kurex kalau adik kurex perlukan bantuan
Quote matamata 10-7-2019 02:24 PM
Wartawan ni pahamke apa tajuk yg dia tulis?
Mangsa tu tdk lipan mcm tgk raksasa la bkn dia yg jadi raksasa bila tgk lipan
Quote kabukiman 10-7-2019 02:25 PM
Penah sendiri nampak lipan betul panjang lebih kurang 20 inci.

Besarrrr kot. Lari laju pulak tu
Quote matamata 10-7-2019 02:25 PM
nuryakmal replied at 10-7-2019 02:22 PM
bomba pun agak2la, sampai 8 orang dispatched ... kecemasan kan tau sebab apa... bukan pasal nak tang ...

SOP utk jentera keluar mmg gitu...dah tertulis....tak blh suka2 tukar...nanti ada masalah perundangan
Quote noraidil_06 10-7-2019 02:28 PM
matamata replied at 10-7-2019 02:22 PM
phobia ni susah nak ckp....phobia labah2 pun ramai....tak padan kecik....sampai ada terma khas utk p ...

Org yg x de fobia mgkn x faham. Iols takut eskalator. Sedang mengatasi. Sebenarnye byk lg fobia. Semua sdg diovercome
Quote matamata 10-7-2019 02:30 PM
noraidil_06 replied at 10-7-2019 02:28 PM
Org yg x de fobia mgkn x faham. Iols takut eskalator. Sedang mengatasi. Sebenarnye byk lg fobia. S ...

hauksnya phobia uols....
Quote noraidil_06 10-7-2019 02:32 PM
matamata replied at 10-7-2019 02:30 PM
hauksnya phobia uols....

Cis!!! U shld calm me down!!! I hate nu sentral eskalator. Hr tu sesat ke nu sentral. Berpeluh-peluh iols, lantas memberanikan diri guna eskalator.
Quote ikanmasin 10-7-2019 02:32 PM
bdk ni terfikir bomba jer kot sbb panik..
Quote ayuct 10-7-2019 02:35 PM
Kesiannya sebab fobia kan...anak saya pun macam tu, fobia dengan lipas.  Kita nampak macam biasa je tapi bagi dia orang yang fobia ni, panic attack terus...
Quote be-keng 10-7-2019 02:38 PM
hmmmm next...!

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070186 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top