CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batuk Berdarah, Rupanya Ada Lintah Menghuni Dalam Tekak

10-7-2019 10:46 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6139| Komen: 25|Original author: Oleh: natrahn

Description: Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lint ...
Lintah merupakan haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki. 



Gambar Hiasan

Bolehkah anda bayangkan jika lintah ini berada di tekak anda? Peristiwa ini berlaku pada seorang wanita di Guiyang, China yang kerap batuk berdarah dan berasa tidak selesa di tekaknya. 

Kegusaran wanita dikenali sebagai Wang akhirnya terjawab apabila doktor mengesahkan terdapat seekor lintah yang menjadi 'penghuni' mulutnya ketika menjalani pemeriksaan di sebuah hospital tempatan.


Ihsan : Mirror UK

Pemeriksaan doktor mendapati seekor lintah melekat bahagian saluran pernafasannya semasa menjalankan proses bronchoscopy. Imej menunjukkan parasit tersebut dengan ukuran 1.2 inci sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran peti suara. 

Doktor membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan lintah berkenaan selain mengelakkan kecederaan lebih serius sekiranya lintah itu dikeluarkan secara paksa. 


Foto: DailyMail/AsiaWire

Sementara itu, Daily Mail melaporkan Wang yang bekerja di sebuah ladang berkata, dia mempunyai tabiat minum air mata air yang mungkin menyebabkan dia tertelan telur lintah atau larva yang kemudian menetas dalam saluran penafasannya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syadq 10-7-2019 11:01 AM
Jangan tiru cara China guna pembaris.
Quote nononcrux 10-7-2019 11:10 AM
syadq replied at 10-7-2019 11:01 AM
Jangan tiru cara China guna pembaris.

hahah ape la.. asal bole je ukur..
Quote nononcrux 10-7-2019 11:10 AM
cina kan suka mkn pelik-pelik.. tu la dia
Quote Kurex 10-7-2019 11:20 AM
Slugtera kuasa api
Quote buapakperut 10-7-2019 12:35 PM
napa tak minum air masak? ingat badang ka.
Quote Foxey 14-7-2019 12:36 AM
Ngeriii seh. Tak suka lintah atau pacat, ni kan masuk lepak kat tekak.
Quote MissVixen 14-7-2019 01:35 AM
Minum air mata air pun kena. Aaaa. Gelinyaaa  
Quote DeeHanania 14-7-2019 05:50 AM
Makaiii geli yer....
Quote shark_eow7 25-9-2019 04:53 PM
aduhh. tengok yg dekat luar pon geli.. kalau masuk tekak lagi laaa
Quote natrahn 25-9-2019 08:27 PM
shark_eow7 replied at 25-9-2019 04:53 PM
aduhh. tengok yg dekat luar pon geli.. kalau masuk tekak lagi laaa

memang geli tgk natang ni..macam mana la setengah orang bole buat rawatan muka dengan lintah ni...
Quote Malaysia.Doom 25-9-2019 08:30 PM
Ko makan lintah kannn...konon eksotik boleh Naik nafsu seks
Quote natrahn 25-9-2019 08:35 PM
Malaysia.Doom replied at 25-9-2019 08:30 PM
Ko makan lintah kannn...konon eksotik boleh Naik nafsu seks

gelinya nak makan....adoi
Quote Malaysia.Doom 25-9-2019 09:44 PM
natrahn replied at 25-9-2019 08:35 PM
gelinya nak makan....adoi

Diorang kadang x kunyah....telan Terus....YG NI agaknya tersangkut Kat tekak.
Quote raxief 25-9-2019 10:48 PM
syadq replied at 10-7-2019 11:01 AM
Jangan tiru cara China guna pembaris.

lagi satu, jangan guna pita ukur China.. lain ukuran inci dia
Quote sambaldurian 25-9-2019 11:10 PM
Tetiba ak pulak yg geli tekak. Oi, liat jugsk lintah ni. Klu minum air panas ke, sup panas ke, cili ke x terjejas.
Quote natrahn 26-9-2019 08:33 AM
Malaysia.Doom replied at 25-9-2019 09:44 PM
Diorang kadang x kunyah....telan Terus....YG NI agaknya tersangkut Kat tekak.

Terus telan ada kemungkinan tak lintah ni nanti hidup dengan tenteram dalam perut? Teringat masa kecik-kecik dulu citer hantu sakinah. Sakinah ni lintah masuk dalam perut, pastu dia kelihatan macam mengandung. Satu kampung pulaukan dia sebab ingat dia berzina. Masa dia mati, keluar lintah ni punya la banyak. Kemudian dia jadi hantu kat kampung tu. Kacau semua orang. Saya pun terkesan dengan cerita tu huhu.
Quote Malaysia.Doom 26-9-2019 08:52 AM
natrahn replied at 26-9-2019 08:33 AM
Terus telan ada kemungkinan tak lintah ni nanti hidup dengan tenteram dalam perut? Teringat masa k ...

Itu dia masuk nyenyet kannn...
Quote shark_eow7 26-9-2019 09:25 AM
natrahn replied at 25-9-2019 08:27 PM
memang geli tgk natang ni..macam mana la setengah orang bole buat rawatan muka dengan lintah ni... ...

tolong bius tido aku dulu la kalau dah terpaksa sangat ambil rawatan ni. kalau nmpak binatang ni pon set perimeter 2 meter jauh dari diri sendiri. geli yang amat natang lembik2 cmni.
Quote natrahn 26-9-2019 09:35 AM
Malaysia.Doom replied at 26-9-2019 08:52 AM
Itu dia masuk nyenyet kannn...

aah la kot huhu .. tapi serius takut cerita tu. Saya n kawan-kawan time tu jadi budak baik. Sebelum maghrib balik rumah dah... takut kat antu Sakinah.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.315070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top